•EPISODE: 27

Drama Completed 221360

BRAK

Nadira yang ingin berjalan ke belakang rumah.

Tiba-tiba

Bulu romanya merinding ngeri.

"Abang."

KRAK

"Abang ke tu.?" Perlahan-lahan langkah dia ke stor belakang rumah.

"Abang. Jawablah."

KRAK

Semakin seram ia mendengar suara seperti di patah-patah di sebalik daun pintu dalam.

CLAK

Ia terus membuka pintu stor.

"Gelapnye. Ada ape dalam ni."

Ngahh..

"Abang.. abang ke tu.?" Ia berjalan masuk ke dalam sana.

HAAAAA..

"Argh !!! Ya Allah.." Ia terduduk kaku.

Makhluk hitam besar itu lagi meratah tulang temulang Mak Jah.

"Argh abang.!!! Tolong."

BRAK

Nadira tidak sedarkan diri lagi.

"Umie.."

"Umie, Umie.." Aqtar berlari mendapatkan Nadira di dalam stor.

"Aqtar masuk."

"Umie.."

"Bawa dia ke rumah Hatta." Arah Harris.

"Baik Tengku." Iskandar segera memapah tubuh Aqtar keluar dari stor.

Nadira tidak sedarkan diri lagi.

"Hm, menyusahkan.." Harris akmal berjalan masuk ke dalam rumah, Dia terus mencempung tubuh Nadira untuk naik ke bilik.

"Tengku, Makjah dah tak ada.." Jannah mengepal tapak tangannya.

"Dah call keluarga dia? Kalau belum suruh diorang handle semuanya.." Ia menapak naik ke bilik.

"Makcik akan cuba hubungi keluarga dia, Tengku jangan risau ya.." Jannah mengesat airmata di pipi.

"Lagi satu.." Harris akmal beralih tubuh pada Jannah.

"Ya Tengku, hisk ada apa ye..?" Jannah kembali berdiri di tepi sofa.

"Lepas ni kalau Nadira tanya cakap saja kau tak tahu apa-apa. Ingat biar pecah di perut jangan pecah di mulut.. Faham." Ia terus menapak naik ke anak tangga.

"Baik Tengku.." Jannah terus berjalan ke dapur semula dia bergegas masuk ke dalam bilik pintu di kunci rapat.

Jannah menangis semahu-mahunya tanpa berselindung lagi.

Harris akmal membaringkan tubuh isterinya diatas katil. Shawl, niqab dan anak tudung Nadira dibukanya lalu di letak atas tilam.

"Kau terlalu kuat rempuh dia tadi kesian. Dia masih dalam pantang ni." Harris akmal membuka spek dan jam tangan.

lalu diletak atas meja, perut Nadira diusap lembut.

"Hiiiiihiiiiihihi.."

"Awas kau ya kalau kau kasar-kasar dengan isteri aku lagi."

"Kali ni aku lepaskan kau berambus lah." Ia terus bangkit dari duduk dia berjalan ke kamar mandi untuk bersihkan diri.

Hiiihihhiihiii..

Makhluk itu mencangkung di atas almari pakaian dengan garang.

Makhluk takasat mata menyerigai pada Nadira dengan garang. lama-lama dia menghilangkan diri seperti asap nipis.

Hatta duduk di depan taman mini di depan laman rumah. Dia buntu akal untuk berfikir tentang kejadian tadi.. semuanya jadi dengan tiba-tiba.

"Opah.. Umie mana..?" Aqtar berpeluk tubuh didepan Hatta.

"Umie sibuk. Nanti Opah call Papa ye.." Hatta memeluk tubuh Aqtar dengan senyuman nipis.

Dia jadi serba salah kerana menipu anak kecil seperti Aqtar, Kerana anaknya.. cucu-cucunya menantu menjadi mangsa keadaan.

"Sampai bila Opah nak tipu.." Aqtar menunduk kepala jarinya digenggam kemas.

"Tar.. Opah tak tipu opah.. Opah cuma.." Matanya melilau mencari idea.

"Betulkan, Umie dengan Daddy dah tak sayang Qtar lagi.." Ia mengesat airmata di tepi pipi.

"Aqtar.. Opah tahu kamu budak yang baik dan pandai, Opah tak berani nak tipu kamu."

"Aqtar.." Ziana mula memanggil.

"Maksu." Aqtar berlari mendapatkan Ziana.

"Kenape ni wajah awak merah ni, Hum.? Jom duduk." Ziana mendukung Aqtar ke Hatta.

"Anak rindukan Umie dia." Adu Hatta lagi.

"Hari tu Umie dah balik tapi Papi.."

ISK

ISK

"Kenape cu." Hatta terus menarik tangan Aqtar mendekat.

"Qtar nampak ade perempuan rambut kotor pukul Umie. Umie jatuh pastu, Papi dukung Umie."

ISK

ISK

"Kenape sampai jadi gitu huh.?"

"M-mak Jah dah mati." Tersekat-sekat suaranya.

"Apa.?!!"

"Astaghfirullah hal azim." Ziana dan Hatta mengucap panjang.

"Betul. Qtar tak tipu Opah, Maksu.."

"Qtar sendiri nampak Papi arahkan perempuan jahat tu pukul Umie."

"Tapi kenape Papi buat macam tu.?"

"Umie marah sebab Papi tak endahkan M-mak Jah mati Opah."

ISK

ISK

"Papi tahat.."

"Jangan cakap macam tu tak baik cu." Hatta turut menangis kerana anaknya semakin hari semakin pelik.

"Umie macam mana sekarang ni Qtar.?" Ziana menarik Aqtar mendekat.

"Tak tahu, Umie macam sakit pastu terus tak bangun-bangun."

"Papi arahkan owang untuk bawa Tar ke sini Maksu." Jujur dia dengan isakan.

Nadira menangis semahu-mahunya di atas tanah perkuburan Islam. Mak Jah yang dia anggap sebagai ibu sudah tiada.

Ia melihat semuanya, Tubuh kaku mak Jah di ratah oleh sosok hitam besar itu.

"Mak Jah.. maafkan Nad sebab tak sempat nak melawat mak Jah di hari pengebumian dua hari lepas."

"Yunk."

"Lepas. !! Abang memang tak bertanggungjawab."

"Aku minta maaf, Ini bukan salah aku atau sesiapa dia sendiri yang tidak tahu diri."

"Jom balik." Harris menarik tangan Nadira menjauhi pemakanan itu.

Ia masih rasa panas sejak tadi.

"Yunk. Kau masih tak sihat jom balik, Kau masih dalam pantang yunk."

"Abang kejam." Ia terpaksa ikut langkah Harris menjauhi tanah merah itu.

"Abang, saya nak ambil Aqtar semula." Nadira sudah duduk di seat belakang.

"Esok saja lah. Baik kau rehat dulu jangan sakitkan badan tu."

"Tapi.?"

"Aqtar tu dah besar, Dia pasti mahukan kau manjakan dia lagi." Harris menarik tubuh Nadira mendekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience