•EPISODE: 38

Drama Completed 221360

Hatta membawa Nadira dan cucu-cucunya yang berjalan ke taman negara Pahang.

Kebetulan Ziana sudah pun dapat cuti semestar Azizah, dan Fadilla juga ikut bersama.

"Aqtar.. sini kejap.." Azizah mengamit tangan pada Aqtar dengan senyuman.

"Ada apa Aunty?" Aqtar beralih wajah naik memandang wajah Azizah.

"Aunty? hahaha.. kakak lah, kakak.." Azizah menekup bibir takut tawanya terlepas lagi.

"Aunty. Not kakak lah !! Ayo dah tua kot hahaha.." Ziana mencubit bahu Azizah dengan geram.

Aqtar sudah melarikan diri ke arah Nadira.

Sedangkan Nadira lagi bersama-sama adik ipar yang lain di tepi mini zoo landak laut.

"Aku boleh jadi Aunty diorang tapi dengan bersyarat lah. Kau kena jadi adik ipar aku hehe.." Azizah menampar bahu Ziana dengan kasar.

"Auch !! Boleh tahan juga tangan kau eh." Berkerut dahi Ziana menahan perit bila di tampar Azizah tadi.

"Hihi tengok tangan lah !!! Bye.." Azizah terus berlari anak meninggalkan Ziana.

Nadira tergamam seketika kerana dia sangat mengenali siapa lelaki itu.

Lelaki itu pula turut sama terkejut dengan gadis di depannya saat ini.

Bagaimana ini boleh terjadi?

"Hi abang Wan.." Ziana melambai tangan pada lelaki itu.

"Hi.. Dah lama ke datang sini..?" Irwan Hayyan memandang tepat pada anak mata Nadira.

"Baru jer setengah jam tadi, tu Zah ada dengan bonda dekat sana.." Ziana sangat peramah dengan Irwan.

Mereka sudah lama kenal.

"Oh.." Irwan tersenyum pada Nadira.

Degupan jantungnya berdegup kencang selari nadinya.

"Ehem.. siapa ni.." Ia melihat kearah Ziana pula.

"Oh ni kenalkan Nadira safira, Kakak ipar Ziana.. dia berkahwin dengan abang Har.." Ziana memeluk lengan Nadira.

Tersentap hati Irwan mendengar suara Ziana berkata begitu.

"Oh.. salam kenal saya Irwan tunang Azizah.." Hatinya benar-benar sakit kerana Nadira hanya mematung diri di sebelah Ziana.

"Kak Nad kenal-kenal lah dengan tunang Zizah ni. Ziana nak ke sana kejap.." Ziana meninggalkan Nadira dan Irwan disitu.

"Bila awak berkahwin ?!" Irwan berjalan setapak kearah Nadira.

"S-saya.." Ia menunduk wajah.

"Sampai hati awak buat saya macam ni Nadira."

"Awak cakap awak nak tunggu saya habis belajar bagai tapi sekarang ni apa..?" Bergetar suara Irwan menahan amarah.

"Ira minta maaf sebab Ira berkahwin dulu.. tapi.." Nadira menunduk wajah.

dia takut dengan renungan tajam lelaki itu.

"Puas boleh berkahwin dengan orang kaya !! Puas ke..? Awak memang jenis mata duitan."

"A-awak sedar tak awak tu cuma gagak di rimba bukan burung merak di kayangan." Irwan menghampur kata-kata kesat pada Nadira sepuasnya.

"Saya.. saya terpaksa.."

"Saya tak boleh tunggu awak lagi."

"Saya lakukan semua ni demi masa depan saya.." Nadira mengecut di depan Irwan.

"Huh !!! Awak cakap awak boleh tunggu saya bila-bila masa saja, tapi sekarang apa?"

"Awak memang menyakitkan hati saya.."

"Dengar sini baik-baik Nadira. Saya doakan awak semoga awak dapat karma yang menyakitkan hati lebih dari apa yang awak dah lakukan pada saya selama ni.."

"Awak dah buat hati saya hancur sehancur hancurnya Nadira. Saya akan tunggu karma itu.." Irwan bergegas pergi meninggalkan Nadira.

"Maafkan saye, hisk.."

"Maafkan saye Irwan.."

Ziana dan anak-anak Nadira mencari keberadaan Nadira sejak tadi. tetapi Nadira tiada disitu..

"Mana Ira..?" Hatta mula melihat sekeliling bila Nadira tiada di sekeliling zoo itu.

"Tak tahu lah Bonda, Tapi Zi datang sini dulu kebetulan pula Abang Wan lagi bersembang dengan kak Ira tadi.." Ziana juga mencari keberadaan Nadira.

Irwan dan Azizah hanya mendengar, tak pula mereka menyampuk.


Aqtar berlari kearah Nadira yang lagi termenung jauh entah ke mana.

"Ummi.. Ummi pergi mane.?" Aqtar hampir menangis kerana ia tak melihat kelibat sang emak di mana-mana pun.

"Aqtar awak dari mana ni?" Nadira mengelap peluh di dahi Rayyan.

"Dari dalam, Opah cari Ummi tadi.." Aqtar menunjuk kearah Hatta dan lain-lain di depan pintu kedai aiskrim itu.

"Oh.. Ummi rase panas sikit tadi itu yang Ummi duduk sini kejap maaf ya.." Ia berbohong pada Aqtar.

"Hehe tak apa lah Umie, Qtar tahu Ummi penat bawa baby Papi lagi hihi.." Aqtar memeluk pinggang Nadira.

"Subhanallah pandainye anak Ummi ni." Nadira memeluk tubuh Aqtar.

"Ira.. Kenapa duduk sini.." Hatta menghampiri mereka berdua di situ.

"Maaf Bonda, Nadira baru duduk sini." Ia pura-pura mengesat peluh di tepi mata.

"Kalau macam tu kita balik ke rumah Bonda nak tak.?"

"Lagipun dekat nak petang dah ni. Bolehkan..?" Hatta tersenyum senang sambil mengosok bahu Nadira.

"Baik lah Ira ikut jer.." Ia tersenyum di sebalik niqab.

"Yeayyy pergi rumah Opah.."

"Yyeayyyyy boleh main dengan cat yeayy.." Aqtar melompat keriangan.

"Behave lah sikit anak kesayangan Ummi ni, orang tengok tu.." Nadira tergelak kecil.

"Hihihi.. maafkan Qtar Ummi.." Aqtar dan Rayyan menarik tangan Nadira ke kereta Hatta.

"Tak ape. Awak kan anak kesayangan Ummi yang nombor satu. Hihi.." Nadira membawa Aqtar masuk ke dalam kereta.

Azizah berlari mendapatkan Hatta yang sudah masuk ke dalam kereta.

"Bonda, bonda Hatta tunggu.."

"Ada apa Azizah..?" Hatta keluar dari kereta semula.

"Azizah dengan abang Wan nak ikut bonda balik ke rumah juga boleh tak?"

"Azizah nak rehat dekat sana. Boleh lah eh?" Ia tersenyum lebar mengharapkan wanita itu setuju.

"Boleh, Lagi ramai lagi meriah. Jom.." Hatta menepuk bahu Azizah.

Ia segera masuk ke dalam kereta.

"Yeayy.. terima kasih Bonda.." Azizah terus menutup pintu kereta.

dia bergegas kearah kereta Irwan.

"Awak.. Bonda bagi kite ikut sekali ke rumah dia, Jom.." Azizah menarik lengan Irwan untuk masuk ke dalam perut kereta.

"Hm okay." Irwan hanya mengikuti langkah Azizah saja.

Ziana dan Haikal hanya menaikkan kedua bahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience