•EPISODE: 07

Drama Completed 221360

Nadira membuka pakaian di dalam kamar mandi, dia menyalin memakai kain batik hingga ke paras dada.

TOK

Hampir setengah jam dia mandi dan memakai pakaian tidur seperti biasa.

"Cantik nye bahu tidur ni. Urm tapi.." Ia mengigit bibir sendiri.

"Asal kau tak keluar lagi ni dah lewat lah.." Pintu bilik air di buka luas.

dia melihat Nadira memakai pakaian yang memang tak cukup kain dari pantulan cermin.

Ehem.

Harris akmal meneguk air liur sedikit kasar.

"Abang boleh tak kalau Nad nak pakai jubah masa tidur nanti..?"

"Saye seganlah pakai baju ni, saye tak boleh goda abang malam ni.." Dia mengemam bibir sendiri.

"Suka hati kau lah Nadira.." dia segera menutup pintu bilik air semula.

Segala gelora sudah bangkit Nadira memang membuat jantung dia mulai tak aman.

"Terime kasih abang.." ia segera menukar baju tidur tadi ke jubah plain warna koko gelap.

Lepas menukar baju dan mengeringkan badan. Nadira terus berjalan ke katil.

Dia melihat Harris Akmal sedang membuat kerja pejabat keyboard laptop di tekan dengan kasar.

Perlahan-lahan dia merangkak naik keatas katil. Aqtar Danish masih bermain dengan anak patung di depan mata.

"Abang.."

"Hm.." tubuh isterinya di pandang sekilas saja.

Harini Harris akmal memang menguji tahap keimanan Nadira, bila di panggil hanya 'hm' jeling-jeling macam nak makan orang pulak.

"Abang masih sibuk ke..? Kesiannya keyboard tu asyik stress macam abang.."

"Erm Abang nak Nad tolong apa-apa tak ni..?" dia terus meletakkan pipi di lengan Harris.

"Hm.." spek di hujung hidung di tolak rapat ke sisi mata.

Nadira memuncung bibir sedepa.

Aqtar Danish pula sudah tersengeh-sengeh dari tadi bab nak gelakkan Nadira dia memang nombor satu.

"Ain dah berhenti kerja.." dia melepaskan juga keluhan berat pada Nadira.

"Kenapa dia berhenti kerja tetiba pula?" Nadira menjeling manja pada Harris.

Harris akmal menjeling pada Nadira. Dia memang tak gemar kalau ada orang mengutuk dia depan-depan.

Mau kena telan hidup-hidup nanti baru tahu siapa Harris akmal.

"Dia berhenti sebab mak dia sakit dekat kampung aku terpaksa terima saja surat letak jawatan dari dia."

"Aku takkan halang keputusan dia."

"Sekarang semua benda aku kena buat sendiri. Sakit otak aku macam ni hurm.." Dia memicit dahi.

"Nad boleh tolong abang kalau abang nak." laptop kerja Harris di ambil lalu di letakkan sebelah.

"Kau jangan buat macam tu, Nadira." Spek mata dibuka terus di letak atas meja.

"Nadira nak tolong abang. Saye sanggup buat semua tu. Betul ni tak tipu sumpah.." Dia mula berikrar.

Harris akmal mengangguk saja.

"Alhamdulillah.." Nadira pun mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Okay.. Esok masuk kerja tentang anak aku. Biar Mak Jah uruskan."

"Sudah pergi tidurkan Aqtar dulu lepas tu tutup lampu, aku nak tidur ni.." Bahu Nadira di tolak untuk turun ke katil.

Sememangnya dia tak bersedia untuk jadi seorang suami pada gadis itu.

Tetapi di sebabkan nafsu dia turuti juga. Sayangnya sekarang Mariya pula sudah pulang.

Dia jadi buntu akal untuk memilih siapa di antara mereka masing-masing sudah ada di hatinya.

"Baik abang.." Nadira sudah turun dari katil.

Tubuh Aqtar pula di bawa katil berpagar. Lampu bilik di tutup suasana menjadi sepi dan suram.

"Ummi.. Dukung.."

"Ya sayang. Tidur yang baik ya.." tubuh Aqtar Danish di rangkul semula.

dia mendodolkan anak itu di dada dengan berselawat ke atas nabi.

Harris akmal hanya mendengar suara merdu Nadira yang agak jauh dari katil. Lama-lama dia pun terelap sendiri.

"Ummi.. Papi dah tidur.." rambut Nadira digapai lembut.

"Ya sayang dah tidur baik-baik jangan ganggu Papi.." Nadira mengangguk kepala dia masih berselawat.

"Ummi. Papi baikkan..? Papi sayangkan Ummi kan..? Papi tak garang kan..?" Aqtar mencium pipi Nadira dengan senyuman.

Nadira tiba-tiba terdiam sendiri.

Sebenarnya apa yang jadi semua hanya kebetulan.

Dia sendiri tak pasti sama ada suaminya betul-betul mahukan perkahwinan mereka atau hanya terpaksa kerana lelaki itu kesunyian tanpa Mariya.

Harris akmal membuka mata semula dia masih belum dengar suara Nadira membalas kata-kata Aqtar Danish.

"Ummi.." Aqtar Danish menepuk bahu.

"Tidur ya Ummi dodoi ni umm.." dia terus menepuk belakang anak tirinya semula.

Harris akmal mengigit daging pipi dia tak suka dengan jawapan Nadira begitu.

Setelah Aqtar tertidur di dalam dakapannya tubuh sang anak tiri di letak perlahan-lahan di dalam katil berpagar.

Langkahnya terus turun dari bilik perutnya lapar sesuatu yang berminyak.

Sampai saja di dapur.

"Malam-malam macam ni jugak kau nak laparkan. Eei geram betul.." Hampir lima belas minit dia bertarung di dapur

Sepuluh biji aiskrim goreng tersedia di pingan.

"Taraaaa im done. Bismillahirrahmanirrahim..." Nadira duduk di meja bar.

satu suapan roti goreng terus masuk ke dalam mulut.

"Fuh pana-s.." Nadira meletakkan semula roti tadi dengan berkibas tangan.

Ehem.

Harris akmal bercekak pinggang di belakang Nadira.

"Eh. Abang sejak bile ada di sini.." Dia segera bangun dari kerusi tinggi sambil mengibas tangan.

Harris akmal terus berjalan ke meja roti bersalut aiscream di dalam piring di capai sebiji..

"Duduk lah abang." dia ke peti ais..

"Lewat kau makan. Jangan amalkan sangat nanti kau tak boleh tidur." Harris akmal terus makan.

dia pula rasa lapar malam-malam begini.

Dulu hidup menduda tak pula rasa lapar sekarang dah ada isteri. Pantang isteri ke dapur dia pun join sekali.

Di dalam kereta mereka tak banyak bersembang masing-masing buat hal sendiri.

Harris akmal pula masih dengan fhone dia tersenyum sendiri dengan beberapa chat dari seseorang.

Sampai saja di Pejabat Holding gemilang Harris akmal dan Nadira keluar dari kereta.

"Terime kasih Alif semoga awak lebih cekap dalam pemanduan bye.." dia segera berlari kearah Harris yang sudah jauh meninggalkan diri nya di situ.

Terkedu Alif bila Nadira berkata begitu

"Teruk sangat ke pemanduan aku tadi..? Ah ghisau pula aku aduh.."

Begitulah perempuan.

"Eh Nadira.." Anis dan Diana berlari mendapatkan adik angkat mereka di depan lif.

Harris akmal pula entah kemana dia tak perdulikan Nadira lagi..

"Iraaa... Ira... hiiii..." Mereka berdua berlari laju kearah Nadira.

Nadira terkejut kejap bila namanya di panggil begitu.

"Akak..? Akak.. Ya allah Nad rindukan korang.." mereka bertiga saling berpelukan mesra.

"Eh kejap kenapa datang sini ada hal ke..?" Diana tersengeh nakal.

"Nad dah berkerja di sini akak ganti cik Ain, dia balik kampung jaga mak katanya." Nadira menerangkan semula.

"Haa betul lah tu. Alhamdulillah akhirnya nanti kita boleh lunch sama-sama lagi.." Anis menarik tangan Nadira dan Diana masuk ke dalam perut lif.

"Boleh jer akak takde masalah pun asalkan tempat tu dekat dengan pejabat, Insha-allah boleh. Hihi.." Bahu Anis di peluk rapat.

"Macam mana berkahwin dengan Tengku Harris akmal semua okey ke?"

"Dia ada buli kau tak.." kini Diana mengorek sedikit rahsia dari Nadira.

"Alhamdulillah takde hehe.." wajahnya sedikit muram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience