•EPISODE: 19

Drama Completed 221360

Irma mendapat beberapa bungkusan parsel dari curius jnt, Dia melihat nama Nadira Safira di atas kertas plastik itu. Sebelah bibirnya di garu beberapa kali sebelum ia membawa semua barang-barang itu ke dalam.

"Hi sayang banyaknya beli barang online. Shoppe ada buat jualan 11.11 ke apa?." Si suami mula bertanya sambil mengusap bawah dagu.

"Bukan barang sayang ni. Ini barang kakak." Ia terus bawa masuk ke dalam rumah lalu di letak atas rak di belakang pintu.

"Ouh.. Itu bila nak pergi hantar nya..? Kak Nad memang tak guna alamat yang dia kerja ke sayang."

"Tak.."

"Kenapa pula.? Padahal situ bukan tempat pendalaman pun. Cuma jauh dari pekan jelah kan.?"

"Abang dah lupa! Suami dia tu tak habis-habis lagi nak ganggu hidup kak Nad Irma tak suka."

"Sanggup dia bawa perempuan lain ke rumah mereka. Sedangkan kak Nad dah mengandungkan anak pertama dia."

"Dasar suami takde perasaan.."

"Kalau dah tahu diri tu sudah ada yang punye selama ni kenapa masih teruskan plan mengawini kak Nad juga.." Irma menutup pintu rumah dengan mengunci sekali.

"Jodoh sayang. Jodoh.."

"Yeke, Habis tu selama ni abang dengan kak Nad tak berjodoh lah? Haha kesian.."

"Sayang!! Abang terasa ni sayang.." Amir menghentak kaki sekuat hati di atas simen makmar itu.

"Harus lah. Abang juga lelaki and sudah bergelar suami kepada Irma Safira. Huh.." Ia segera ke dapur untuk memasak makanan petang.

"Sayang ni garang sangat lah."

"Abang risau sikap sayang turun dekat anak saja nanti.." Amir mendekati sang isteri.

Dia tahu Irma hanya menyakat.

Jauh dari lubuk hati, dia masih belum move on dengan Nadira yang sudah bergelar isteri dan ibu pada anak-anak Harris Akmal.

Sejujurnya dia lebih selesa dan mudah difahami dengan Nadira si kakak ipar berbanding dengan si Irma.

Dia juga pernah menaruh hati pada Nadira ketika mereka di bangku sekolah satu ketika dahulu. Tetapi itulah tiada jodoh di antara mereka.

*Ira kalau awak tahu saya sayangkan awak selama ni, apa..? awak tetap pilih dia atau saya Nadira..? Saya betul-betul dah lama suka dan sayangkan awak Ira..*

"Jauh termenung tu.." Irma terus mencuit pinggang sang suami dari belakang.

"Oi sayang Ira. Ops!!." Amir terus menutup mulut kuat-kuat dengan tapak tangan.

Di geleng-geleng kepala kiri kanan dengan laju.

"Abang.. Cu-cuba ulang semula."

"Sekali lagi.." Besar dan menyirap darah tinggi sang isteri di depan Amir.

"Ta-t..akda.. Takda apa, Oh abang lupa nak jemur kain sejadah. Bye.." Amir melarikan diri naik ke bilik sebelum sang isteri bertukar menjadi singa betina.

"ABANG!!!!!." Irma menghentak kaki sekuat hati sama seperti yang Amir lakukan tadi.

Usai solat Isyak berjemaah bersama ibu mertua dan isteri, ia menambah beberapa keratan doa dan zikir sebagai pembasah bibir.

Maimunah menangis dalam zikirnya.

Alunan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang di baca Amir membuat dia teringat pada arwah suaminya yang sudah meninggal tahun lepas.

Selepas Nadira mendirikan rumah tangga bersama Harris baru mereka dapat tahu siapa lelaki itu.

Suami Nadira mempunyai pendamping yang sangat kuat dan kebal.

Si suami meninggal dunia kerana di serang oleh jin-jin kayangan Harris Akmal bertubi-tubi di dalam mimpi kerana dayang-dayang sembilan beradik itu.

"Ihk.. Astaghfirullah hal azim.."

Amir dan Irma segera beralih wajah pada sang ibu di sebelah.

Mereka segera merapatkan diri dengan Maimunah.

"Mak.. Ikhlaskan hati dengan apa yang terjadi selama ni mak."

"Allah SWT tak pernah sekali pun tidur."

"Ini semua ujian untuk kita mak.." Amir mengurut bahu Maimunah yang masih memakai telekung putih itu.

"Isk.. Mak risaukan keselamatan kakak kamu Mir."

"Kita tak tahu apa yang terjadi selama ni.."

"Mak masih tak boleh maafkan Harris! Dia dah bunuh bapa kamu dengan jin belaan dia."

"Mak tak mahu ampunkan dosa-dosa yang dia dah buat dekat keluarga kita selama ni. Isk." Maimunah menangis lagi.

"Istifar banyak-banyak mak. Tak baik cakap macam ni Allah murka mak.." Amir menggeleng kepala mendengar semua kata-kata dari Maimunah.

"Habis tu. Kamu nak mak ampun dan maafkan dia. Lepas tu dia bunuh mak pula."

"Mak kena redha. Allah SWT dah tetapkan semuanya untuk kita."

"Kita semua yang hidup di atas muka bumi ni semuanya pendosa yang selalu minta ampun dari dia."

"Apa mak nak dia merangkak cari mak di akhirat kelak ke..?"

"Mak tahu itu sama saja sikap mak dengan dia. !!" Amir segera bangun dan berjalan keluar dari bilik itu.

"Abang. Kenapa cakap macam tu dengan mak."

"Jangan melampau boleh tak..?" Irma mula memberi jelingan tajam pada Amir.

"Abang melampau..? Sepatutnya awak tegur dan nasihatkan mak tu."

"Jangan sampai keluar akidah di sebabkan hal ni.."

Isk..

"Sampai ke kiamat nanti mak tak redha Irma."

"Astaghfirullah hal-azim azim Mak !! Allahuakbar.." Amir ternaik titik suara lelakinya dengan sikap sang ibu.

"Mak ingat Allah mak.." Irma memeluk tubuh Maimunah dengan erat sekali.

"Maafkan Amir mak. Saya sebagai menantu lelaki mak, saya bukan sengaja nak berkasar bahasa dengan mak."

"Tapi apa yang mak ucapkan tadi tu memang sudah melebihi batasnya mak."

"Irma. Saya nak keluar kejap awak tak perlu tunggu saya pulang ya.." Amir terus turun dari bilik.

"Abang tunggu..." Irma terus berlari turun mengikuti langkah sang suami yang sudah berada di tangga terakhir.

Ia terus mencapai kunci kereta di penyangkut dinding dengan rasa kecewa di hati dia membawa harus membawa diri keluar dari rumah seketika.

"Abang. Tunggu dulu sayang nak cakap ni.."

Langkah Amir terhenti di depan pintu.

Dia masih dengan sikapnya seperti sebelumnya dia kenal dengan Irma dulu ia hanya mahu bercakap bila perlu sahaja.

"Abang. Abang jangan marah dulu ya.."

"Mak memang terbawa emosi bila teringatkan abah. Abang pun tahu sikap abah pada mak macam mana bukan..?"

"Tahu.."

Lama Irma memerhati belakang tubuh lelaki itu.

Tetapi hanya satu patah perkataan saja yang keluar dari mulutnya sang suami.

"Abang jangan marah-marah ya, Sayang akan nasihatkan mak tentang hal tadi."

"Sayang tak mahu abang pergi lagipun ini dah malam abang, Ya.." Irma terus mengambil kunci kereta yang di genggam Amir langsung di bawa masuk ke dalam poket seluar.

"Hendak marah boleh.. tapi jangan sampai di bawa ke akhirat ayang."

"Kerana akhirat bukanlah perjalanan terakhir untuk kita yang tidak sempurna di matanya tau. Ingat tu.."

"Ha.....?" Irma tercengang teruk bila Amir tarbiyah dirinya yang masih berdiri di belakang lelaki itu sejak tadi.

Irma lag seketika.

"Hm.." Amir menggeleng kepala sebelum ia beredar masuk ke bilik kerjanya dekat dengan dapur tanpa menunggu Irma hadam kata-katanya tadi.

TO BE CONTINUE.. Done next part ni. Nantikan next episod pula ya agak-agak siapa yang bakal menemui ajalnya selepas kematian sang ayah Nadira tahun lepas..? Cctv bergerak yang di hantar oleh Harris sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri mereka di dalam rumah itu selama dua puluh empat jam. Itu semua kerana dia masih tak dapat tawan Nadira lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience