Perlahan-lahan Harris membuka selimut di atas perut Nadira, Kini mereka selamat dari segala ancaman yang boleh meragut nyawa ahli keluarganya.
"Morning sayang."
"Hurm.. abang."
Harris tersenyum lebar sambil mengusap perut Nadira dari dalam baju.
"Geli abang."
SESAAT
"Eh kejap." Ia terus bangun dari baring.
"Sayang, kenapa ni.?" Harris juga terkejut dengan tindakan Nadira.
Bangun secara meluru.
"Kite dekat mana ni abang.?"
"Kita di atas kapal layar. Abang tengah bawa sayang pergi honeymoon."
"Jom abang tunjukkan sesuatu." Harris terus membawa emak buyung itu keluar dari bilik tersebut.
"Wah. Kite ada di atas kapal lah abang."
"Ya, cuma kita berdua saja di sini, sayang jangan risau abang akan jaga awak seperti nyawa abang sendiri." Harris menarik tangan Nadira untuk berhadapan dengannya.
"Abang nak keluarga kita seperti keluarga orang lain, bahagia bersama anak-anak sendiri."
"Sayang, untuk kali yang ke seratus lima puluh. Abang benar-benar nak buat pengakuan yang abang tak sempurna."
"Tapi untuk keluarga kita, abang tak nak lepaskan sayang kepada orang lain. Sayang cuma milik abang."
"Milik abang seorang." Harris mengenggam jari-jemari Nadira.
Berkali-kali ia cuba untuk tenangkan diri dari segan sendiri. Tapi sampai bila ia harus mengambil sikap acuh dan acuh terhadap sang isteri.
Isterinya sudah memberi segala-galanya kepadanya selama ini.
"A-abang.." Airmatanya sudah bercucuran di pipi.
"Dengan nama Allah abang cuba berusaha berubah sesungguhnya, abang dah tak nak membela lagi."
"Abang sayang keluarga abang, abang sayangkan awak Nadira."
"Cukuplah selama ini abang berikan segala derita untuk awak."
"Abang tak sanggup lagi nak biarkan awak menangis kerana abang."
"Dengan ikhlasnya hari ni, abang nak beritahu yang abang dah buang semua yang pernah abang membela dulu."
"Betul ke ni.? Abang tak tipukan."
"Tak. Abang tak tipu."
"Abang harap sayang boleh maafkan abang lagi."
"Dengan nama Allah abang tak tipu, abang lakukan ini sebab anak-anak di kandungan sayang." Harris terus memeluk tubuh Nadira.
"Dengan nama Allah yang maha esa, sayang maafkan abang dari dunia hingga ke akhirat."
"Sayang cuma nak abang jadi bidadara sayang di syurga kelak."
"Sayang cuma mahukan abang saje, sayang tak mahu orang lain." Ia tersenyum senang.
Ini lah senyuman paling menawan yang dia berikan kepada Harris Akmal selama ini.
"Alhamdulillah. Terima kasih sayang, terima kasih kerana dapat maafkan abang lagi."
Dia bahagia begini.
Dia bahagia dapat luahkan semuanya pada Nadira.
Dia bersyukur kerana Nadira, isterinya tetap memaafkan kesalahannya.
TAMAT
Dengan ini tamatkan kontrak novel yang bertajuk 'DERITA UNTUK NADIRA SAFIRA' terima kasih kesayangan clls yang masih setia dengan novel hambar ni sampai last episode. Terima kasih banyak-banyak yang support clls tak henti-henti. Kita berjumpa di lain Novel ya, Byebye..
Share this novel