•EPISODE: 36 SETAHUN KEMUDIAN

Drama Completed 221360

Kepulangan Harris akmal di setiap malam membuat Nadira tak pernah tidur nyenyak.

Adakala bila Harris Akmal pulang ke rumah macam-macam bauan busuk menerpa ke rongga hidungnya.

CLICK.

Pintu bilik beradu mereka di buka perlahan-lahan. Harris Terhendap-hendap dia untuk memasuki ke dalam sana.

Harris akmal menapak kaki sebelah kanan untuk masuk ke dalam bilik secara diam-diam.

"Abang dari mana ni.?" Nadira sudah bercekak tubuh di tepi katil.

"Mati aku." Harris akmal kaku dengan suara Nadira agak perlahan.

Tapi cukup lah untuk membuat bulu romanya kembang.

"A-abang ada ada kerja di luar."

"Yunk tak tidur lagi ke..?" Sempat Harris akmal menyembur perfume di baju.

"Setiap hari, setiap hari abang balik lambat."

"Abang pergi mana sebenarnye ni hum..? Cakap sekarang.." Nadira masih bercekak dada melihat Harris berjalan kearahnya.

"Abang tak buat apa-apa pun."

"A-apa.?"

"Abang cuma tolong kawan abang korek kubur."

"D-diorang nak tanam mayat dekat belakang masjid tadi.." Tersekat-sekat suaranya.

Jarang-jarang dia rasa gerun begini.

"Abang nak mandi dulu, yunk.." Harris akmal terus mencium pipi Nadira langkahnya di atur ke bilik mandi.

Nadira melepaskan keluhannya.

Setiap kali Harris akmal menapak ke dalam bilik ada saja alasan yang di beri.

Sampai bila?

Dia risau jika anak-anaknya nanti bakal ikut jejak langkah Harris akmal suatu hari nanti.

Sebaik saja Nadira meletak mug berisi air kopi dan roti bakar cheese ia sudah bersedia untuk di bawa naik ke bilik.

Tiba-tiba.

Rongga hidungnya mula tercium bauan busuk sekali lagi.

"Astaghfirullah hal azim, abang buat ape lagi ni..?" Langkahnya terus berjalan ke ruang tamu.

Naik bulu roma Nadira bila mendengar hilaian kecil itu.

"Pergi !! Atau aku bakar kau dengan surah-surah Al-Quran kau nak ke..?"

"PERGI !! Jangan ganggu keluarga kami lagi.." Nadira terus naik ke bilik semula.

CLIK.

Pintu di bukanya dari luar.

Nadira menapak masuk ke dalam bilik semula.

Suasana di dalam bilik itu berubah menjadi dingin, Harris akmal lagi membaca sesuatu di bibir sambil memejam mata.

CLAK

Nadira menghempas dulang di sebelah katil Harris akmal.

"Sayang, Pergi mana tadi.." Harris akmal menarik tangan Nadira untuk duduk didepannya.

"Abang.. Sayang nak tanya sikit ni, Abang jawab dengan jujur."

"Abang masih membela ke?"

"Kenapa abang ghamat lagi. Jawab bang.." Ia sudah menarik tangan jauh dari Harris akmal.

"Sayang abang, Abang bukan nak tipu sayang ke apa selama ni tapi.."

"Tapi ape? Abang nak korbankan siapa pula selepas Mariya, anak abang. Abang tak takut dosa ke?"

"Bertaubat lah abang ingat Allah."

"Dia ada untuk lindungi kita di dunia ni.." Airmata nya sudah bertakung.

Harris akmal hanya tersenyum melihat bibir Nadira bergerak.

Dia tahu apa yang dia lakukan.

Semua ini demi masa depan mereka dan mungkin Nadira akan mengandung lagi.

"Abang buat semua ni demi kebaikan anak-anak abang juga. Sayang jangan risau semua tu."

"Abang masih normal untuk mengandungkan sayang lagi.." Bibirnya mengukir senyuman nakal pada Nadira.

"Astaghfirullah hal azim, Abang. !!" Terbangun Nadira di sisi Harris akmal.

"Abang tahu tak sepanjang hari sayang kena kacau dek hantu abang tu. Tahu tak.. ?!!!"

"Ya Allah kenapa dengan abang ni hah."

"Mengucap lah abang, Allah tak suka umat dia membelakangkan dia bang.. !!" Nadira sudah menekup wajah.

"Sayang.." Harris akmal terus memeluk bahu Nadira.

"Selagi abang tak tinggal kerja-kerja tu."

"Sayang takkan benarkan abang sentuh sayang lagi."

"Sayang takkan teperdaya dengan kata-kata abang mulai hari ini faham.." Ia terus keluar dari bilik itu tanpa melihat ke belakang lagi.

"Sayang !! Abang boleh terangkan semuanya, dengar dulu Yunk.." Harris akmal melangkah kaki keluar dari bilik itu.

Tubuh isterinya di cempung dengan kasar.

"Abang lepas.. jangan sentuh sayang !!" Dada Harris akmal di pukul kuat bila dirinya sudah berada di dalam dakapan Harris.

"Papi, Umie.." Aqtar sudah berada di depan pintu bilik mereka.

"Aqtar kau buat apa malam-malam keluar dari bilik lagi ni.? Pergi masuk tidur." Arah Harris Akmal.

"Lepas !! Anak tengok tu abang." Nadira memukul lengan sang suami.

Geram betul dia dengan sikap pembangkang bernama Harris Akmal ini.

"Hm.." Harris akmal meletakkan semula Nadira ke bawah.

"Papi, ada makcik ganggu Aqtar dekat dalam sane."

"Dia marah Umie tadi.." Aqtar Danish menunjuk ke dalam bilik.

Nadira dan Harris akmal memandang sesama sendiri.

"Puas hati abang sekarang huh? Puas ke.? Sekarang anak saye pun saka abang ganggu."

"Itu pun masih nak membela?" Nadira membawa Aqtar ke bilik tetamu di bawah.

Harris akmal terus masuk ke dalam bilik Aqtar Danish.

BRAK

ARGHHH

"Aku kan bunuh isterimu.." Makhluk ghaib itu merewang-rewang di atas almari pakaian Aqtar.

"Aku perintahkan kau iblis keluar dari bilik dan rumah ni. Keluar." Harris mengepal sesuatu di tangan.

HAHAHA.

"Kau tahu aku benci perempuan itu, tapi kau tetap membela dia."

HAHAHA

"KELUAR." Harris Akmal mula membaca mantera berulang-ulang kali hingga sedikit demi sedikit makhluk hodoh itu terbakar.

ARGHHHHH

ARGHHHHH

Harris melemparkan serbuk lada kearah makhluk halus yang lagi mengamuk di depannya.

Itu bukan kepunyaan.

Nadira membawa Aqtar turun dari bilik atas, mereka segera masuk ke bilik solat yang berada di samping ruang tamu.

"Ummi.. Aqtar takut.." Aqtar menangis semahu-mahunya sambil memeluk tubuh Nadira.

"Ummi pun takut nak, kite baca doa sama-sama ya." Nadira tak kalah takut dengan jeritan demi jeritan nyaring itu.

"Allahuakbar, ya Allah lindungilah kami."

"Kami berdua berlindung di bawa kekuasaanmu ya Allah, selamatkan kami sekeluarga ya Allah."

BRAK

BRAK

BRAK

Seperti ada sesorang yang ingin masuk ke dalam bilik solat dengan penuh amarah.

ARGHHHH

"Argh. Ummi." Aqtar menjerit ketakutan.

"Ya Allah, kami takut ya allah.." Nadira terus memeluk sang anak tiri kuat-kuat.

Tak pernah ia rasakan keadaan begini sejak dia menjadi seorang isteri kepada lelaki bernama Harris Akmal.

Janji makan janji.. Hm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience