Selang beberapa minit kemudian terbuka pintu peribadi Harris dari luar. Ain berjalan ke bilik peribadi majikannya pintu bilik di buka dengan master key.
"Umiee.." Aqtar Danish pun dah bangun dari tidur.
"Ya sayang."
CLIK.
Pintu bilik peribadi Harris akmal di buka dari luar.
"Datin.." Ain tersenyum lebar.
"Terima kasih cik Ain.." Nadira tersenyum sambil memberi sedikit kehormatan pada gadis itu.
"Sama-sama.." Ain tersenyum juga.
"Tengku pergi mana dah lama ke dia keluar tadi..?" Hatinya ingin tahu dengan siapa suaminya pergi.
"Datin.." Ain mengapai tangan Nadira.
Dia mengelus lembut tangan gadis itu.
"Kenapa..? Cakaplah cik Ain.."
"Sebenarnya Tengku dah keluar dengan cik Mariya lepas habis meeting dua jam tadi."
*Oh! Begitu rupanya! Jadi kenapa dia bawa kami ke sini..? Dia lupa tentang kami ke.? Atau dia memang sengaja nak kunci kami di sini..* benaknya mengatakan lelaki itu benar-benar terlupa tentang mereka.
"Oh.. dengan Cik Mariya, faham.."
"Datin jangan marah dulu.Saya takut kalau-kalau nanti saya di pecat oleh Tengku.." Ain sudah kecut perut.
"Sebenarnya saya dah tahu semuanya siapa Mariya tu cik Ain."
"Cik Ain jangan risau lah.." Nadira tersenyum saja.
"Hahh... seriuslah Datin.." Ain takasima.
"Ya. Kami pernah berjumpa dekat rumah Bonda, sumpah dia memang cantik dari saye ihik.."
"Datin.."
"Awak jangan rasa bersalah sebab hal ni saya sendiri yang tahu."
"Bukan awak yang cerita.. ihik isk." Nadira duduk di tepi pintu.
"Datin kena bersabar banyak-banyak tau, apa-apa pun bertahan lah demi sebuah keluarga ya.." Ain terus keluar dari ruang bilik Harris.
Seminggu kemudian.
Atas bawah Harris melihat belakang tubuh Nadira. Sejak akhir-akhir ini dia langsung tak dibenarkan menyentuh kulit tubuh isterinya. Apa dia ada salah dengan Nadira sebelum ini.
"Kau masak apa malam ni. Nadira.?" Jam di dinding di perhati lama sudah 10.45 minit malam.
Bunyi air di singki mengalir laju.
Nadira segera mencuci sayur-sayuran yang akan di masak untuk esok.
Beberapa sayuran di tos dengan penapis. Dia berjalan ke peti ais, air kosong di tuang ke dalam cawan dia meneguk sedikit rakus.
"Panasnya fuh." Nadira melihat ke kotak aircond dengan mengesat peluh di dahi.
"Nadira... Kau dengar tak ni aku rasa macam lapar malam ni, padahal tadi aku dah makan." Harris duduk di kerusi bar.
Lima minit berlalu begitu saja.
"Aku lapar Nadira. Tadi masa Dinner aku makan sikit saja dengan kawan-kawan aku di luar."
"Kalau ada apa-apa yang kau boleh masak. Tolong masak sikit untuk aku. Boleh..?"
"Saya takde masak apa-apa. Tadi kami dah makan malam. Tengku."
"Saye rase lebih baik Tengku suruh Mak Jah masak, saya letih." Nadira mengambil bekas-bekas yang berisi Ayam dan Ikan tadi terus di simpan ke dalam peti petak.
Nadira berjalan ke ruang tamu tanpa melihat ke belakang lagi.
"Nadira tunggu.."
"Maaf saya dah mengantuk ni bye.." Dia naik ke bilik yang ada satu set katil dan berbagai keperluan di situ.
Pintu bilik kunci rapat.
Dia jijik dengan Harris akmal.
"Nadira! Kau kenapa?" Harris mengejar langkah Nadira sampai di ruang tamu.
"Papi.." Aqtar yang berada di lantai atas memanggil Harris akmal untuk mendapatkan dirinya di sana.
"Mana Ummi..?" Harris akmal mendapatkan Aqtar di situ.
"Ummi pergi sana.." Dia menunjukkan di bilik sebelah.
Dia dapat rasakan ada sesuatu yang menganggu fikiran Nadira sejak seminggu lalu.
Apa salahnya.
*Apa jangan-jangan dia dah tahu aku keluar dengan Mariya tak? Tapi siapa bagitahu dia.*
"Tak guna betul." Harris Akmal mengepal penumbuk
Dia tak suka ada orang lain ikut campur halnya dengan Mariya.
"Jom masuk tidur esok Papi tanya Ummi kenapa dia tinggalkan Aqtar di sini ya.." Harris mendukung anaknya ke bilik semula.
"Ocey Papi.."
Selama seminggu juga lah mereka berpisah tempat tidur.
Harris akmal pula hampir subuh baru boleh tidur kerana memikirkan tentang Nadira yang langsung tidak perdulikan dirinya sama sekali.
Harris akmal menaip sesuatu di screen aplikasi whatsapp.
(ANAK MAK)
[Kau dah tidur?]
Hampir sejam baru Nadira membalas.
Menaip...
[Baru saja nak tidur ni kenapa Tengku..?] 12.15
Menaip...
[Kau period ke nak aku sapu ubat..?]
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2:24 minit Pagi. Tapi Nadira langsung tak membalas mesejnya sama sekali.
[Tengku buatlah kerja baik-baik okay. Ada masa nanti kita chatting lagi bye] 3.35
"Argh panas." Nadira menyudahi mesej terakhir dengan memejam mata.
"Tuhan apa salahku di masa laluku. Kenapa kau takdirkan dia sebagai suami aku.! Aku tak berhak bahagia ke isk..?"
Selepas solat subuh Nadira sudah ke dapur untuk membuat sarapan pagi untuk Harris dan Aqtar sekaligus.
Bahan masak sudah di keluarkan dari peti.
"Selamat pagi Datin.."
"Ya selamat pagi makcik.."
"Masak apa jer arini Datin?"
"Erm masak simple macam biasa. Selalu Tengku makan sikit jer awal pagi.." Nadira tersenyum sambil memasak.
"Ya.. betul tu.."
Macam mana dia nak makan banyak-banyak di rumah ni. Sedangkan ada hati lain dia kena jaga siap bawa keluar breakfast bersama lagi. Jijik!
TING
Nadira selesai memasak dengan segera sia mencuci periuk belanga di dapur.
Dahi yang berpeluh di usap kasar.
Penat lelahnya biar dia saja yang tahu.
"Ya Allah.. Indahnya pagi ni.." Matanya sempat memerhati awan mula bergumpal menjadi besar.
TING
"Siapa pula pepagi hantar mesej ni.." Ia segera menyudahi mengelap keringat di hujung jari dengan pantas.
Nadira mengambil fhone di atas meja bar.
Dua nombor baru tidak di save di perhati lama.
TICK
-PICTURE-
[LUNCH WITH TERSAYANG]
-PICTURE-
[DINNER WITH TERSAYANG]
6.55 pagi. [Kau masak banyak-banyak pun dia takkan jamah. Sebab dia akan ajak aku keluar breakfast kejap lagi. Hahaha!]
[Harris cakap kau masak tak sedap langsung! Baik dia makan di luar lagi sedap dan nikmat.]
Nadira terus tekan screen tiga segi.
Nombor tertera di ketik.
TICK
[Saya Zaddy..]
"Zaddy? Siapa dia."
Menaip...
[Maaf.. ada apa ya?]
[Awak... isteri Harris bukan?]
Menaip..
[Ya..]
[Saya abang Mariya.. Saya cuma nak tahu apa awak tak marah ke kalau adik saya sedang menyulam kasih dengan suami awak..?]
"Menyulam kasih? Ah apa semua ni!.." Dahinya mula berdenyut sakit.
[Saya sebagai abang! Saya tak rela kalau adik saya merebut hak orang.]
[Saya minta maaf atas apapun yang terjadi pada adik saya dan suami awak Datin]
[Saya minta maaf sangat-sangat dengan awak Datin. Saya dah larang adik saya untuk berhubung dengan suami awak lagi. Tapi dia degil!]
Menaip...
[Itu tandanya jodoh mereka sangat kuat tuan..]
[Saya...]
[Saya sebenarnya yang jadi punca!]
[Saya sanggup lepaskan suami saya pada adik tuan kalau mereka berdua memang benar..]
[Saya izinkan adik Tuan berkahwin dengan suami saya.]
BLOCK!
Dia hanya wanita.
Dia di mata lelaki itu hanya seorang hamba.
"Nadira Safira.."
"Psstt.."
Dengan cepat Nadira tangkap suara itu dia mendengar dengan teliti.
"Pssstttt! Sini.."
"Kau cari aku ke..? kihkih.."
"Nadira.. Cepat atau lambat kau akan tetap jadi milik aku selama lamanya."
Nadira terkejut dengan kata-kata terakhir itu dia terus berlari masuk ke dalam rumah.
Pintu di kunci rapat indra pendengarannya normal dia bukan tengah halu.
"Allah.."
"Astaghfirullah hal azim."
"Astaghfirullah hal azim."
"Ya Allah jauhkanlah musibah atas diriku ya allah. Aku mohon padamu ya allah.."
Suara halus itu amat nyata
Semua kata-kata itu membuat dia merinding ngeri.
Dalam keadaan hujan lebat Nadira duduk di gazebo minimalis kayu belakang rumah. Susuk makhluk menyeramkan itu terlihat dengan mata kepala sendiri.
"Aaast.." Suaranya tiba-tiba hilang begitu saja.
Makhluk itu tersenyum lebar.
"Kau milik aku."
Nadira terkaku di situ.
Dia akui kebelakangan ini iman nya terlalu lemah.
Jika dia melihat sesuatu yang aneh sedikit pun ia pasti akan menangis dan mengurung diri di dalam bilik sorang diri.
"Kita pasti akan berjumpa lagi." Makhluk itu tebus dinding dengan tiba-tiba.
Kebetulan beberapa orang bodyguard Harris Akmal lagi cuti. Jadi turn Farish mengelilingi kawasan di belakang rumah majikannya setiap sejam sekali.
"Eh ya allah !!! Datin.." Meluru saja ia mendapatkan Nadira di sana.
"Farish." Nadira mendongak kepala memandang suara itu.
"Datin! Kenapa duduk sini malam-malam ni..?"
"Saya dah rampas kebahagiaan orang! Farish."
"Apa.?" Farish sudah berdiri di belakang Nadira.
Dia hendak memujuk tetapi lelaki di dalam rumah sana amat lah kejam, silap-silap roh jumpa tuhan dulu sebelum jasad.
"Datin.. Apapun yang terjadi."
IHIKKKK
"Datin dah berkahwin dengan Tengku."
"Allah dah atur baik-baik dah untuk kita semua. Datin tak boleh lemah macam ni.." Farish masih memayungi diri.
"Isk. Tapi lelaki itu kejam Farish! Dia isk.."
IHIIIIIIIIIK
"Lelaki. Lelaki mana maksud Datin..?" Farish sedikit blur. Hujan-hujan macam ni dia pula yang meremang.
"Lelaki itu! Dia.."
"Rish.." Iskandar dan Harris Akmal sudah berjalan kearah mereka.
"Kau buat apa ni..?" Harris sudah mendapatkan Nadira. Dahi dan kepala isterinya di tekap lama.
"Tengku. Datin menangis ni, aku dah suruh Datin ke dalam tapi dia cakap lelaki itu kejam." Terang Farish.
"Oh biasa lah tu." Harris mendekati Nadira.
dia memegang kepala wanita itu sambil membaca sesuatu di bibir.
Farish dan Iskandar sedikit terkedu dengan suara yang Harris Akmal yang masih ketara nada nya.
"Tak apalah. Datin korang perlu berehat ni demam, mana bibik bibik lain..?" Harris sudah menekap tapak tangan Nadira. Sejuk.
Tiada jawapan satu pun yang keluar dari mulut Nadira.
"Kita masuk dulu.." Harris terus mencempung tubuh Nadira ke dalam.
Iskandar dan Farish segera mengekori langkah majikan mereka dari belakang saja. Mereka sudah risau tentang Nadira..
Share this novel