•EPISODE: 20

Drama Completed 221360

Sharlinie yang lagi berbual bersama-sama beberapa orang rakan sahabatnya yang dari golongan VVIP. Sekalis pandang ia sudah tahu siapa gadis yang masih memerhati kearah nya sejak tadi.

"Hi.."

"Hi.." Mereka melambai tangan pada Sharlinie dengan teruja.

Sharlinie Monica bukan gadis tomboy lagi.

Dia kembali ke Malaysia dengan gaya baru fesyen baru dan semuanya yang di pakainya betul-betul membuat beberapa lelaki di dalam sana tak henti-henti memandangnya.

"Eh tadi tu macam Cik Sharlinie Monica.. Betul tak?"

"Oh yeke..? Patutlah cantik.."

"Bendul kau ni. Yang tadi kita lambai tu dia lah cik Sharlinie Monica pemilik kekal mall ni.."

"Hahaha.. Maaflah aku terlupa."

"Tapi kan aku dengar dia ada sorang abang tapi tak tahulah handsome ke tak bhahaha.."

"Bengong punya member! Kalau pasal lelaki laju pula kau dapat info eh Ayoo.."

"Well.. Kak ipar kau apa khabar sekarang ni..? Lama betul aku tak dengar khabar dia sejak kau masuk Uni semula dia sihat ke..?."

"Kak Nad ke maksud kau..?"

"Iyup.. Kenapa kau pandang aku macam tu. Seram nok!."

"Kak ipar aku dengan abang aku dah tak duduk sekali lagi sejak Mar ada di sana."

"Apa..? Eh diorang dah berpisah ke..?"

"Haish! Mana ada. Diorang tak duduk serumah sebab kak Nad tak sudi nak duduk satu rumah dengan wanita lain."

"Mana kau tahu Kak nad tak sudi..? Tak baik fitnah gugurl berdosa tau.."

"Aku terdengar Bonda sembang dengan kak Nad haritu kalau kau nak tahu aku pun takkan setuju bila Mar duduk serumah dengan abang aku tu."

"Lagipun ia bukan isteri abang aku pun. Aku risau kalau diorang still macam ni lama-lama hubungan diorang boleh terputus macam tu jer."

"Oh... Abang kau memang tamak tak pernah cukup satu. Lelaki jenis apa lah abang kau tu eh..?."

"Aku risau diorang bakal jadi orang yang tidak pernah kenal je lepas ni.. Hum.." Azie mengeluh perlahan.

"Sama-sama keras kepala. Akhirnya anak-anak bakal jadi mangsa keadaan."

"Betul tak?"

DEG

DEG

"Ah.." Ziana dan Sanita beralih kepada suara itu.

Mereka mengangguk kepala seperti burung belatuk.

"Hi saya Sharlinie Monica.."

"Wahhhhh.. Aii.. Saya Sanita.."

"I Ziana."

"Salam kenal ya.."

Mereka berjabat tangan di antara satu sama lain.

"Saya kenal kakak ipar awak, Zie.." Sha membelek-belek beg tangan di depan Azie.

"Eh! Serius lah Cik Sha.?" Mereka serentak terkejut.

"Ya.. Kami bff. Kami ada ramai kawan-kawan sebenarnya tapi ada yang pindah, ada yang sudah berkahwin and ada yang masih mencari kebahagiaan sendiri."

"Nadira salah seorang daripada rakan-rakan saya yang lain. Sayangnya dia jarang bergaul dengan orang lain kerana.."

"Eeer.. Kerana apa cik..?" Azie terus mendekati Sha.

"Kerana dia boleh nampak beberapa makhluk-makhluk Allah yang lain." Sha tersenyum sambil mengangguk kepala.

"Haaaa.?" Sanita terus menarik Azie mendekat.

"Ambil name card ni.. Kalau korang berdua perlukan sebarang bantuan kecil atau besar atau saja-saja nak berbual awak boleh contact saya, Okay.." Dua name card di beri kepada Azie dan Sanita.

Kata-kata wanita hebat tadi masih bermain di minda sendiri dengan ligat. Sebuah name Card di pegang oleh Azie. Ia masih mematungkan diri di sebelah kiri driver.

"Apalaa.. Yang kau masih fikirkan tu Zie.?" Sanita terus memecut kereta ke belok kiri jalan.

"Apa abang cik Sharlinie kenal dengan kak Nad ke sebelum ni..? Tapi.."

"Jangan-jangan abang cik Sharlinie ni rakan abang aku juga tak? Tapi apa kena mengena dengan kak Nadira pula.. Kan.." Azie memerhati wajah Sanita agak lama.

Sanita hanya diamkan diri kejap.

"I'm tak sure lah babe. Harap-harap tak ada udang di sebalik tembok lah nanti.."

Mereka pulang ke rumah Hatta dengan selamat.

Beberapa bag belanja di bawa keluar dari belakang seat duduk masing-masing tergelak besar kerana mengingatkan hal di mall siang tadi.

"Awal balik.." Mariya tersenyum sinis melihat kearah Azie yang lagi membawa beberapa kertas bag ke ruang tamu.

"Eh! Penyondol.." Azie melepaskan semua kertas bag tadi di atas sofa di sebelah Sanita.

"Azie!! Pergi naik ke bilik.." Hatta terus mencubit pinggang Azie.

"Siapa penyondol..? I ke.." Mariya tersenyum lebar sambil mengusap lengan Harris Akmal.

"Iyalah! Tak kan jiran sebelah rumah aku ni pulak."

"Kau ni memang tak malu tau dasar penyondol! Ada hati nak manja-manja depan kami.."

PLAKKK.

"Bonda!!!..." Azie menekap pipi kirinya yang telah di tampar Hatta tadi.

"Jangan biadap! You yang tak tahu malu dia ni bakal isteri ketiga abang you Azie.." Hatta meninggikan suara kepada Azie.

"Apa Bonda memang gergaji mata dua ke..?"

"Tahu tak sebab apa zie cakap macam ni Along..? Sebab ini adalah salah satu perbuatan terkutuk dari Bonda pada Kak Nad selama ni. Tahu tak.?" Azie mengertap bibir melihat Hatta mengenggam tangan.

"Aziera Amira!!!!!.."

"Bonda! Betul ke semua ni..? Cakap sekarang aku nak tahu semuanya. Please.." Harris mula mengepal penumbuk menjadi satu.

"Itu.. Itttu semua tak betul Har.." Ia sudah takut tentang sesuatu.

Dia tahu bagaimana sikap barannya seorang anak lelaki bernama Harris Akmal.

Semua bermula dari ia sendiri.

Dia pernah memberi nasihat palsu kepada Nadira supaya Nadira membawa diri pergi jauh-jauh dari kehidupan lelaki bernama Harris Akmal selama ini.

TI BE CONTINUE ✨ Perdebatan mereka semakin serius. Harap-harap kes Nadira dapat di selesaikan tak lama lagi dan Nadira dapat melahirkan anaknya dengan aman. Walaupun hakikatnya sang suami tiada di sisi. Mungkin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience