Hatta tak henti-henti berdoa di depan katil Nadira, anak-anak dan menantu sama-sama membaca yasin beramai-ramai.
Harris akmal menapak masuk ke depan bilik wad itu, tiba-tiba
BRAK
Dirinya terpelanting ke dinding putih dengan kuat.
Yang anehnya entah dari mana, Harris tersandar di dinding dengan mengaduh kesakitan.
"Eh kenapa ni Tengku..?" Beberapa Nurse sudah berlari mendapatkan Harris di situ.
"Tak apa-apa. A-aku letih sikit.." Dada kanannya di tekan kasar.
Dia tahu kenapa dia di terajang begitu.
"Bangun Tengku, Kami ambil air kejap.." Nurse Emy terus berlari ke kaunter.
Botol air di bawa semula kepada lelaki itu.
"Sial berdarah.." Bibirnya terluka kerana tergigit sendiri.
Bayang-bayang itu menyeluri dan berdiri betul-betul di depan Harris akmal.
Harris hanya tersenyum sinis wajahnya di tunduk menyembah bumi.
Dia tak sangka pula isterinya ada penjaga begitu rupa..
"Apa kau mahu.." Auranya mula berinteraksi dengan lembaga putih itu.
"Kau dah buat onar terlalu banyak Harris akmal! Berubah lah kembali ke jalan yang di redhai oleh Allah SWT."
"Kau tak ada hak nak atur hidup aku."
"Baik kau berambus sebelum aku bakar, kau.." Harris akmal memejam mata.
Kabus putih itu melayang naik ke dinding.
"Hm.." Harris akmal kembali membuka mata air botol tadi.
Dia minum hingga habis sebotol.
Dia terlalu dahaga.
Mereka sekeluarga terus menutup buku yasin masing-masing.
Damia memeluk tubuh Aqtar, sejak tadi anak lelaki abang iparnya menangis tak henti-henti.
"Ummi.."
"Ummi bangun lah, Qtar takut.."
Hiiiee.
Hieee.
"Ummi."
"Aqtar jangan menangis macam ni, tak baik.."
"Ummi.." Aqtar mengenggam jari-jemari Nadira.
Nadira sudah separuh sedar jari jemarinya bergerak-gerak.
"Nurul Nadira Safira binti Ahmad shah.. kembali ke duniamu.."
"Aku di mana ni?" Nadira mencelikkan mata.
tetapi tempat itu tiada apa-apa pun yang ada hanya lah ruang itu sangat luas hingga tiada pengakhirannya.
"Kembali ke duniamu, Di sini bukan tempat kau.."
Nadira terus bangun dari duduk, dia berjalan entah ke mana sedikit demi sedikit dia melihat ada cahaya kearahnya.
"Itu dunia mu.." Bayangan putih itu mengikuti langkah Nadira dari belakang.
"Itu suami mu.."
Nadira berjalan ke arah Harris akmal yang lagi duduk di luar koridor, dia duduk di sebelah Harris akmal.
ia melihat beberapa rupa aneh dan hodoh bersama lelaki itu.
"Abaikan.. tumpu perhatian pada indramu.."
Nadira menggeleng kepala, Dia takut kerana makhluk-makhluk itu melihat kearahnya dengan tajam.
"Jangan khawtir aku ada denganmu.. Pergi lah."
"Kau siapa?" Nadira beralih belakang tetapi hanya seperti kabus nipis saja bergerak.
"Aku.. aku kembarmu, kembar di dalam perut ibu kita. Aku akan lindungimu dari bahaya."
"Percaya.. aku akan sentiasa bersama-samamu. Pergilah.."
Nadira melihat Harris sedang berlari ke dalam sebuah bilik itu dengan terburu-buru.
"Pergi.. indramu sedang menunggumu.."
Nadira menggeleng kepala dia tak sanggup untuk berpisah dengan kembarnya itu.
"Aku di sisimu.. Walaupun kau tak kan terasa dengan kehadiranku."
"Akan yetapi aku sentiasa di sini di sisimu.." Kabus itu memegang dada kiri Nadira.
Nadira menangis terisak-isak kerana terharu dengan kata-kata itu.
Dia buntu akal untuk terus berada di dunia lain atau teruskan kehidupannya seperti biasa.
"Bagaimana dengan kau? Hiks.." Nadira menutup wajahnya.
"Kita akan berjumpa tetapi tetap lah bersabar."
"Aku akan menunggu keluarga kita di akhirat kelak. Pergilah.."
Dengan sekelip mata Nadira tersedar dari koma, Ya dia sudah menemui indranya sebaik dia membuka tapak tangannya.
"Alhamdulilah..." Mereka sekeluarga terus memanjat kesyukuran kepada Allah.
"Sayang.. alhamdulillah sayang dah sedar." Harris terus datang memeluk tubuh Nadira.
Nadira terdiam sendiri mendengar dan melihat sekeliling tempat itu.
Dia di hospital perlahan-lahan dia mengusap disuatu tempat. "Alhamdulilah.."
"Nadira.. Doktor kata kandungan kamu kembar, Kamu berdua dah tahu ke..?" Hatta duduk di kerusi berhadapan dengan menantunya.
"Har dengan Nadira dah tahu Bonda.. Alhamdulillah kandungan Nadira akan kuat sampai dia lahirkan anak-anak Har nanti." Harris akmal tersenyum memandang kedua kelopak mata isterinya.
Nadira muncungkan bibir.
"Alhamdulilah.. Bonda tahu, menantu Bonda ni kuat menghadapi cabaran hidup.."
"Dan sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak Har nanti." Hatta tergelak kecil.
"Ira muda lagi Bonda.." Ia juga tergelak kecil.
"Jangan emosi sangat sayang abang rindu ni, abang rindu nak jenguk anak-anak kita tu.." Sempat Harris berbisik ditelinga Nadira.
Ternaik bahu Nadira bila mendengar Harris kata begitu merinding bulu roma. Seramm..
Mereka tergelak dengan riaksi Nadira.
"Betul tak sayang.." Harris mengenyit mata pada Nadira.
GLUP
"Abang ni, malu lah.."
"Okay, maafkan abang ya. Abang janji kita-kita saja yang tahu."
"Tak apa suami isteri, begitu lah. Lagipun kamu dah ada di sini sudah dua hari." Hatta tergelak kecil.
"Bonda nak keluar kejap nak pergi kantin dengan budak kecik ni, ye.. Nanti Bonda belikan apa-apa untuk awak ya Nad hurm." Hatta membawa Aqtar keluar dari wad tersebut.
"Baik Bonda." Nadira mengangguk lemah saja.
"Pasti lah sang suami rindu.." Ziana juga mencelah.
"Ish kamu ni, tak kahwin lagi dah pandai." Damia menggeleng kepala.
"Tapi Abang abang Zi semua dah kahwin, rileks lah kakngah."
"Kau saja belum, cari lah cepat sikit suami tu Zi.." Haikal meneguk kepala Ziana.
"Hye sudah !! Bini aku nak rehat ni keluar-keluar.." Harris terus menolak adik-adik keluar dari wad.
Share this novel