•EPISODE: 15

Drama Completed 221360

Hampir tiga hari Harris Akmal terbaring kaku di atas katil hospital. Sedar tak sedar darah tingginya mencanak naik dengan mendadak lebih dari biasa.

Itu kerana emosi dan mentalnya di guna hingga ke tahap noktah kerana mencari sang isteri di mana-mana. Sepertinya sang isteri telah hilang di telan bumi.

"Ish orang tua ni bila nak mampos eh menyusahkan orang jelah!." Mariya bercekak pinggang melihat Harris lagi mengigil kesejukan.

"Ish! Bodoh betul. Satu kerja pula nak kena jaga kau." Ia membebel sendiri sambil ke tandas.

BRUK

"Aduh.. Bodohlah.." Ia terjatuh di tepi singki.

Perlahan-lahan ia bangun dan mengosok punggung sambil memaki Harris yang lagi di atas katil sana.

"Kau kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke huh? Adik-adik kau pun satu hal. Dah tahu abang lagi sakit datanglah jaga."

"Itu pun nak aku ajarkan juga ke macam mana?! Bodoh." Ia memandang ke tandas duduk beberapa tisu di ambil ia terus mengelap hingga ia rasa sudah sesuai untuk duduk.

BUG.

"Argh!!!!!!!!! Eh ape yang bodoh sangat niha? Sial!! Siapa berani main-main tolak aku ni hah.."

HIHI

Tubuh Mariya terus kejung seratus-peratus.

"Hye! Kau jangan main-main lah."

HAHA

HIHI

"Argh!!!..." Ia terus berlari keluar keluar dari tandas dengan menutup kedua-dua belah telinga.

"You kenapa?.."

"ARGHHH.!!!"

Heykal's turut terkejut dengan jeritan Mariya.

"Astaghfirullah hal azim. Hey hey! You ni dah kenapa?" Suzila bercekak pinggang.

"Entah! Terjerit-jerit macam nampak pontianak je! Pelik.." Damia mengedik tubuh.

"Memang I nampak pontianak! Dekat dalam tu.."

"Sumpah.!!" Mariya berlari mendapatkan Damia dan Suzila di tepi sofa.

"Hahaha. Itulah buat dosa banyak-banyak lagi. Kesian.." Azie mencebik bibir.

"Istifar banyak-banyak Mar. You masih belum bertunang dengan si Har ni lagi."

"Baik you balik ke rumah keluarga you jelah Mar.." Haikal's terus duduk di sofa.

"Haha! No way. I ni dah mengandungkan anak Harris Akmal."

"Tak mungkin I nak berjauhan dengan dia pula and by the way Nadira dah berambus dari rumah kami."

"Apa..?"

"Jangan melawak boleh tak Mar!"

"Perempuan ni memang menyusahkan."

"Korang cakap apa ni?."

Mereka terus beralih arah pada suara itu.

"Baby. You dah wake up..?" Mariya dengan senang hati mendapatkan Harris di atas katil.

"Um.. You dah lama ke dekat sini Mar..?" Harris mengusap perut Mariya dari luar baju.

"Lama tu tak juga sudah dua hari Baby. I risaukan keselamatan dan keadaan you tau.."

"Thanks.." Ia tersenyum dingin walhal kepalanya masih sakit.

"You mengandung ke Mar?.."

"Baby.." Lama Mariya mendiam diri sambil menatap anak mata Harris Akmal.

Perlukah dia menipu padahal tadi dia sudah jatuh berkali-kali tetapi tiada setitik darah pun keluar dari pangkal rahim.

"Ya Baby.. Two week."

"Ini semua gila!"

"Kita balik sajalah.."

"Nanti.." Harris bangun dari baring.

Dia cuba imbangi diri untuk tidak terjatuh dari katil walaupun dia rasa Mariya memegang erat lengannya.

"Apalagi Along.?" Haikal's mendapatkan Harris Akmal.

"Tolong sebarkan beberapa gambar Nadira di media. Aku cuba cari dia di merata tempat. Taa-pi.."

"Aku langsung tak ada jumpa dengan dia. Apa dia dah di telan bumi ke Kal..?"

Haikal's dan lain-lain hanya menatap wajah Harris dengan perasaan kosong saja. Mereka langsung tak ada rasa simpati dengan si abang mereka.

"Along dah di buta dengan cinta si Mariya nih! Untuk ape Along nak cari kaklong lagi.?" Azie menarik tangan Haikal's dan Damia pergi dari situ.

"Dia masih isteri aku Azie!.. Korang tak rasa apa yang aku rasa selama dia pergi tinggalkan aku tanpa sebab!"

"Dia pergi hampir dua bulan! Sedangkan aku hampir-hampir mati disebabkan dia Zie!.."

"Betul ape yang Tengku cakap tu. Tapi Tengku tak patut benarkan orang lain duduk serumah dengan ahli keluarga Tengku."

"Apa Tengku tak rasa bersalah ke selama ni membiarkan Datin bersedih sebab perempuan ni..?" Suzila bercekak tubuh.

"I ni bakal isteri Har juge isk.. Kitorang dah lama kenal isk.. Kenape semua orang benci dengan I hah?"

"Ape salah I dengan korang!." Mariya mengesat kelopak mata. Semua itu hanya ingin menarik perhatian Harris Akmal saja.

"Kau salah dengan Nadira! Bukan dengan kitorang.." Damia terus menarik tangan Azie keluar dari wad dengan segera.

"See.. Fikirkan lah sendiri Mar. Along sakit sebab dia rindukan Nadira. Ke mana pun Along pergi dia tetap mahukan sang isteri di sisi bukan perempuan simpanan."

"Tak sedar lagi ke..?" Haikal membuka pintu wad Suzila berjalan keluar dengan Haikal's tanpa memandang ke belakang lagi.

"Maafkan I Mar.."

"You betul-betul cari perempuan sundal tu lagi ke Baby? isk.."

"I terpaksa Mar.." Harris memicit dahi.

Sakit kepala yang di alami sebelum ini kembali menyerang ke sel-sel darah.

"Terpaks! Terpaks! I ni dah bosan dengan sikap terpakse you Baby!." Mariya berlari keluar dari wad.

Dia hanya pura-pura menangis dan terasa hati dengan sikap Harris. Sebenarnya ia hanya mahu bebas dari menjaga si Harris yang lagi sakit di dalam.

"Kau percaya perempuan tu mengandung. Har..?"

Harris terus beralih kepala dengan laju ke tepi sofa.

"Kau..?" Berkerut dahinya bila mata mereka bertentangan seketika.

"Ya aku.." Bayang-bayang itu bergerak menghampiri Harris Akmal.

"Untuk apa kau kesini.? Apa kau mahu lagi!.."t,wa

"Mana darah yang aku pinta..? Apa kau sudah lupa dengan perjanjian kita selama ni Harris Akmal." Makhluk itu tersengih lebar wajahnya sangat menyeramkan.

"Apa masih belum cukup apa yang kau ambil dan bunuh selama ni tanpa simpati. Cukuplah tu aku dah penat nak jelaskan pada kau lagi.." Harris sedia mengepal penumbuk mantra mula di lirik pada hujung bibir.

"Aku tak takut dengan mantra kau Harris Akmal. Hahaha."

"Tak guna! Kau memang musibat." Suaranya meninggi sekujur tubuhnya tiba-tiba dingin.

"Hahaha.."

"Hahaha.."

"Hahaha.."

Suara ketawa besar itu bergema di seluruh pelusuk bilik yang di tempatkan oleh Harris Akmal.

"Dasar iblis laknatullah!!!.. Aku bunuh kau."

"HAHAHA.."

"HAHAHA.."

"Kau fikir aku takut dengan ugutan kau yang sekecil kuman tu.? Kau dah silap besar wahai manusia."

"HAHAHAHAHAHA.." Suara garau besar itu sangat menganggu hingga membuat Harris hilang fokus untuk membaca mantera.

"HAHAHA..."

"Argh sial kau memang celaka!!!. Kau memang tak guna."

BUG

"Argh!" Ia terus terjatuh dari katil ia mengigit bibir sendiri. Keseluruhan tubuhnya membeku dengan tiba-tiba.

"Hahaha.. Kenapa Harris Akmal? Kau tak mampu nak bunuh aku lagi ke." Bayang-bayang putih itu terus terbang ke sisi katil Harris.

"Kau! Kau jangan cuba-cuba nak perbodohkan aku musibat!"

"Aku ke atau kau..?"

"Lepaskan aku! Lepaskan!!!" Ia meronta-ronta diri dari di jerut lidah makhluk itu.

"Aku mahukan darah Nadira. Cari dia atau kau nak tengok setiap ahli keluarga kau hilang satu-persatu begitu saja. Apa kau mahu hm..?"

"Argh! Kau lepaskan aku dulu."

"Berikan semua hak aku semula dan aku akan dapatkan darah Nadira untuk kau dengan segera!"

"Please! Kembalikan hak aku sekarang juga. Aku perlukan ia lagi.."

"Baik.. Aku setuju.."

"Kau harus ingat perjanjian tetap perjanjian!"

"Jika salah sorang dari mereka sudah mempunyai kandungan dari air mani kau. Itu hak aku seutuhnya. Faham..?"

*Ah sial..* Harris Akmal terus menundukkan kepala dia menggigit bibir. Ia harus lakukan sesuatu.

*Aku harus selamatkan Nadira terlebih dahulu.*

*Aku harus mengandungkan Mar dalam masa terdekat ni supaya Nadira tetap setia di samping aku selama-lamanya. Ya itu satu idea yang bagus.*

"Okey deal."

"Bagus. Bagus sangat sahabatku hahaha.."

Tubuh Harris terus di lepaskan dari di jerut oleh lidahnya. Makhluk itu terus menjelir lidahnya yang basah hingga mencecah dinding bercat putih itu.

Beberapa saat kemudian tubuh Harris terapung di awang-awangan.

BRUK

Harris terus memejamkan mata.

Dia sudah merasakan aura-aura saktinya kembali meresap perlahan-lahan masuk ke bahagian belakang tubuh hingga mengena bahagian tulang-tulang rangkanya.

Dingin sekali.

*Demi Nadira..*

*Aku sayangkan Nadira.*

*Maafkan aku Mar! Aku tak pernah sekali pun bahagia dengan kau walaupun kau orang pertama bertakhta di hati aku sebelum ni.*

TO BE CONTINUE..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience