Nadira Safira berjalan agak tergesa-gesa menuju ke pejabat Tengku Harris Akmal yang terletak sedikit jauh dari tempat mereka.
"Assalamualaikum, Cik Ain..." Suara lunak Nadira menyapa lembut telinga Ain.
"Eh, Nadira? Waalaikumussalam."
"Masuklah, Tengku dah tunggu di dalam," ujar Ain sambil menunjuk ke arah pintu bilik Harris Akmal.
"Cik Ain... boleh saya tanya sesuatu?" Nada suara Nadira bergetar sedikit, jelas menzahirkan kegugupan.
"Boleh, tanyalah. Kalau akak boleh jawab, akak jawab," balas Ain sambil bangkit dari duduknya.
Sudah lenguh juga duduk terlalu lama. Sekurang-kurangnya dapat meregangkan sendi walau sekejap.
"Kenapa ya Tengku nak jumpa saya? Ada hal penting ke?" soal Nadira perlahan.
"Akak tak pasti, Nadira. Tapi lebih baik awak tanya sendiri dengan Tengku, boleh ya?"
"Baiklah... terima kasih, Cik Ain." Nadira mengangguk perlahan sebelum melangkah ke arah bilik pejabat Tengku Harris.
"Sama-sama," balas Ain sebelum kembali duduk.
Tok
Tok
Bunyi ketukan di pintu bilik pejabat itu bergema perlahan, memecah kesunyian yang hanya diisi oleh deruan pendingin hawa dan bunyi ketikan papan kekunci.
Tengku Harris Akmal mengangkat wajahnya perlahan, namun tidak serta-merta menjawab.
Matanya tajam memandang pintu, bibirnya mengukir senyuman halus yang penuh makna. Dia sudah meneka siapa yang berdiri di sebalik pintu itu.
“Nadira...” bisiknya perlahan, cukup untuk dirinya sahaja. Tangannya terus menaip, walau pun hatinya sudah tidak berada pada dokumen di hadapannya.
Dia memang menunggu. Dan dia bersedia.
“Sila masuk,” suaranya kedengaran tenang, namun berbaur satu nada yang sukar ditafsirkan antara sabar, harapan, dan sedikit permainan hati.
Apa yang Tengku Harris mahukan daripada Nadira Safira.?
"Masuk."
Click.
Tombol pintu dipulas perlahan, dan daun pintu itu terbuka sedikit demi sedikit memperlihatkan kelibat seorang wanita yang melangkah masuk dengan penuh sopan.
Abaya hitam yang membaluti tubuhnya meluncur lembut mengikut setiap langkahnya, menambahkan aura keanggunan yang sukar digambarkan.
Tengku Harris Akmal memandang tanpa berkelip. Pandangan matanya menelusuri dari hujung tudung Nadira Safira yang terletak kemas, turun ke jemarinya yang menggenggam folder biru.
Setiap pergerakan wanita itu dirasakannya perlahan, seolah masa sengaja memperlambatkan dunia hanya untuk membenarkannya menikmati saat itu.
“Nadira,” tegurnya, suaranya dalam, namun lembut.
“Kau datang tepat pada masanya.”
Nadira Safira hanya mengangguk sedikit.
Tidak lekas mendekat, namun tidak juga gentar. Dia tahu lelaki itu sedang merancang sesuatu, dan dia bersedia walau jantungnya berdegup sedikit lebih kencang dari biasa.
Apakah reaksi Tengku Harris Akmal yang seterusnya? Atau Nadira Safira yang akan mula bersuara dahulu?
“Kau tahu kenapa aku panggil kau datang sini?” tanya Harris, nadanya tenang namun penuh maksud, mata langsung tidak berkelip memandang Nadira.
Suasana dalam bilik itu terasa sepi seketika hanya bunyi pendingin hawa yang berbisik perlahan menemani mereka.
Nadira Safira menelan liur.
Dia berdiri tegak, cuba menyembunyikan gementar di sebalik raut wajah yang kelihatan tenang.
Matanya tidak memandang tepat ke arah lelaki itu, walau hatinya mula berperang dengan pelbagai andaian.
“Kalau saya boleh teka…” Nadira bersuara perlahan, namun cukup jelas.
“Ini bukan tentang kerja.”
Kening Tengku Harris Akmal terangkat sedikit, bibirnya mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan.
“Pandai,” balasnya pendek, sebelum dia bangkit dari kerusi kulit empuk itu dan perlahan-lahan melangkah mendekati Nadira.
Apa yang akan berlaku seterusnya? Nadira Safira akan kekal tenang atau mula berundur.?
"Sebenarnya aku panggil kau datang sini sebab ada hal penting. Anak aku perlukan seorang ibu. Buat masa sekarang, tak ada siapa yang boleh jaga dia."
Nadira Safira mengerut dahi, bingung.
Ini kali pertama dia bertentang mata dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Tengku Harris Akmal.
Segak, tetapi matanya menyimpan seribu satu rahsia.
"Bantuan apa... dari saya?" Nadira bertanya hati-hati.
"Anak aku perlukan penjaga. Buat masa sekarang, dia tak ada siapa-siapa."
Nadira Safira tergamam.
"Anak? Saya rasa... awak silap orang. Kita tak pernah kenal pun."
"Aku tahu."
"Tapi aku juga tahu latar belakang kau... kau ada pengalaman dalam jagaan kanak-kanak. Aku bukan cari pengasuh. Aku cari seseorang yang boleh jadi penjaga sebenar."
Nadira Safira memandangnya tidak percaya. Lelaki ini seperti terlalu yakin, terlalu berani.
"Isteri aku meninggal dunia lepas lahirkan anak kami dua tahun lepas. Sejak tu, aku jaga dia sendiri. Tapi sekarang... aku perlukan pertolongan."
"Kenapa saya?"
"Sebab aku percaya naluri aku. Naluri seorang ayah."
"Kau faham, kan?"
"Aku tak yakin orang lain boleh jaga anak aku. Selama ni, akulah yang rawat dan besarkan dia sampai umur dia dua tahun."
"Anak?" Nadira pura-pura terkejut.
"Ya, anak. Isteri aku meninggal selepas melahirkan dia. Dan sekarang... aku perlukan seseorang untuk jaga dia."
Nadira Safira masih terduduk di sofa empuk itu, tangan digenggam erat di atas riba. Perasaannya bercampur-baur pelik, ragu, dan entah bagaimana... tersentuh.
"Saya tak pernah sangka... datang sini untuk jumpa budak dua tahun yang perlukan penjaga." Nadira cuba berjenaka, tapi nadanya hambar.
Tengku Harris Akmal bersandar sedikit, kedua-dua tangannya disilangkan di dada.
"Aku tak ada banyak masa, Nadira. Aku ada urusan luar negara, mungkin beberapa bulan. Tapi aku tak sanggup tinggalkan dia dengan orang sembarangan."
"Dan saya... sembarangan juga. Kita baru kenal."
"Tapi hati aku tenang bila pandang kau" Suaranya tiba-tiba lembut, hampir membuatkan Nadira berpaling.
Dia terdiam. Lama.
"Nama dia?" Nadira akhirnya bersuara.
"Aqtar Danish."
Hati Nadira Safira terasa ditarik perlahan.
Nama itu... seolah memberi isyarat yang dia tak mampu faham.
"Saya boleh jumpa dia?"
Tengku Harris Akmal mengangguk.
"Dia di atas. Tunggu sekejap."
Lelaki itu bangkit dan melangkah ke arah tangga. Langkahnya tenang, tapi bahunya seperti memikul beban bertahun.
Nadira Safira menarik nafas panjang. Apa sebenarnya yang aku sedang mula ni...?
Langkah kaki kecil itu kedengaran sebelum tubuh kecilnya muncul di ambang pintu bilik tetamu.
Mata bundarnya memandang Nadira Safira tanpa kata. Terselit rasa takut, tapi juga ingin tahu.
"Ini Aqtar Danish," suara Harris perlahan. "Anak aku."
Nadira Safira bangun perlahan dari sofa. Dia tunduk sedikit, cuba sejajar dengan pandangan si kecil.
"Hai... Aqtar," nadanya lembut, penuh senyuman.
Aqtar Danish tidak menyahut.
Dia hanya memandang, lama. Wajahnya polos, tapi matanya menyimpan duka yang Nadira ysendiri tak faham.
Nadira Safira hulurkan tangan.
"Boleh peluk cik Nadira tak?"
Anak kecil itu teragak-agak.
Namun setelah beberapa detik yang mendebarkan, dia melangkah perlahan, menghampiri... dan tiba-tiba, tanpa sepatah kata, dia memeluk pinggang Nadira.
Kejutan itu membuatkan dada Nadira Safira sebak. Pelukan kecil itu terasa terlalu tulus... dan terlalu sunyi.
"Dia tak pernah peluk orang lain macam ni," Harris bersuara, seolah tidak percaya.
Nadira Safira mengusap rambut Aqtar perlahan.
"Kadang-kadang... hati anak kecil tahu lebih awal daripada kita."
Aqtar Danish diam, tapi tangannya tidak melepaskan pelukan. Dalam sekelip mata, Nadira Safira tahu dia sudah terikat dengan satu jiwa kecil bernama Aqtar Danish.
Share this novel