19-seminar doktor-doktor

Others Series 42687

Hari berganti hari,masa berganti masa,
maka seminar bersama doktor-doktor dari
seluruh hospital dan klinik swasta pun bermula.Sebagai ketua , jadual telah aku susun rapi.Masing-masing yang terlibat
tahu bahagian mana akan mereka uruskan.

Tugas hakiki aku disini,telah aku serahkan kepada Fazil.Aku percaya dia boleh urusan semuanya seperti biasa.Aku kena percaya,
bakat Fazil memang berada pada tahap
A+.Bak kata Marina,mungkin aku kena
beri kepercayaan kepada mereka.Aku
tak nak jadi ego.

Ecah,Siti,Radzi,Ayu,Danish dan beberapa orang lagi akan ikut aku.Aku perlukan tenaga kerja yang cekap,kalau ada event luar.Sebab mereka tahu tugas masing-masing.Untuk bahagian services
Marina sudah mencari beberapa orang
yang membuat kerja secara sambilan.
Mamang itu yang selalu berlaku,jika ada event luar dan memerlukan lebih tenaga
kerja.

Hari ini,seawal jam 4pagi masing-masing sudah sibuk di dapur khas.Setiap event luar yang datang,ruangan dapur khas ini
akan digunakan.Jadi suasana kerja akan
lebih santai dan tersusun.Tidak akan ada percampuran menu dan pekerja,jadi ianya
lebih senang diurus kan.

Seperti yang tertera pada kertas yang di serahkan Marina,setiap menu harus lengkap dan siap tepat pada waktunya
Aku tahu sangat tahap cerewet
dari client yang bernama Dr Iqbal ni.
Sebut pasal Dr Iqbal ni,teringa dekat mamat motor merah tu.Nama diorang sama kan.Mungkin kebetulan.Dalam
dunia ni,beribu manusia menggunakan
nama yang sama.Apa nak di hairan kan.
Eh,kenapa aku jadi teringat dekat dia.
Haihh..syoh..syoh..

Aku lincah menyiapkan menu pagi
untuk hari yang pertama.Untuk hari rabu,
saranpan pagi nasi lemak hijau,maknanya nasi lemak,hijaunya dari daun pandan tu,berlaukkan sambal kerang dan sambal biasa.Ada juga telur mata selain telur rebus.

Untuk kuih
ada dua jenis,satu kukus dan satu bergoreng.Ok yang ni settle.Akan sampai
ke dewan makan 20 minit sebelum tetamu
seminar hadir.

Untuk makan tengahari,untuk hari pertama.
Akan di hidangkan,nasi minyak,ayam masak merah,daging masak hitam,sayur
dalca,ada sambal belacan,sedikit ulam dan
ikan masin.Untuk pencuci mulut,akan ada dadih dua perisa dan kek coklat.

Oh aku nak bagi tahu,selain team dapur panas, catering services aku ni,ada team kek dan kuih-muih.Kami hanya akan buat
jika ada permintaan.Tetapi selalunya agak
tidak menang tangan juga .Nasib chef yang hired team tu sudah berpengalaman.
So tak ada masalahlah setakat hari ini.

Untuk minum petang lagi mudah,hanya
diminta bubur pulut hitam,kuih karipap,
kuih donat dan kuih kasturi.

Manakala menu untuk malam hanya
Nasi goreng berlaukkan ayam goreng
dan telur dadar.Ada juga sambal belacan
dan timun sebagai ulaman.
Nampaknya menu untuk kali ni ,semua
tidak ada masalah bagi aku .Team dapur memang diambil daripada lulusan culinary
dan pastry.Kebanyakkan perkerja di catering aku ni semuanya yang baru-baru habis berlajar.

Selalu diorang akan cari team yang ada pengalamankan.Aku tak,
yang mana buat praktikal dekat sini akan ada tawaran untuk mereka untuk di serap
sebagai perkerja tetap.Terpulang sama ada mereka mahu atau menolak.Selalunya
akan ada seorang dua yang akan melekat.
Selebihnya akan selesa mencari kerja
di hotel-hotel besar yang ada nama.Itu
terpulang.Aku dan Marina cuma membuka
peluang sahaja.Selebihnya terpulang pada
tuan empunya diri.

Ok berbalik pada tugas aku hari ini,untuk
sarapan pagi sudah selesai.Dan sudah pun
dihantar awal 20 minit seperti yang dijanjikan.Untuk penyediaan disana,Ecah
akan mengetuai dan memantau keadaan
disana.Ada lebih dari 5 orang perkerja dari
bahagian services akan ditempatkan disana.Ecah akan memantau dan mengendalikan apa-apa jua masalah di
sana.Dan memang dia akan menjadi sasaran bila ada event sebegini.
So setakat saat ini semuanya berjalan
dengan lancar.Dan semoga tidak ada masalah lah.

*******

Selesai tugas untuk hari Rabu.Setakat
ini belum ada dengar lagi suara-suara
complain dari pihak seminar.Alhamdulillah.

Aku merebahkan diri di atas sofa,sebaik
sampai sahaja dirumah.Aku membuka
aplikasi WhatsApp dan berdesup-desup
chat masuk sampai tak terhitung.
Grup catering sempoi ni memang tak pernah sunyi.Entah ada je idea diorang
nak mengarang ayat,ada gambar,ada vedio,
voice mel..haihh.. macam-macam.

Aku buka voice mel Marina dari
chat personal.

"Beb!!!Congrat!!!! Diorang semua berpuas hati beb.Dr Iqbal siap puji nasi lemak kau.
Bau wangi,sambal kerang paling dia tak
boleh move on.Sampai meratah dia."

Erkkk..huh!!bukan doktor tu cerewet ke?
Sedap macam mana pun aku masak,
dia tetap complain.Pelik!!!!

Aku menaip sesuatu.

"Mm..ok lah.Maknanya lidah dia masih
normal."

Send....

typing ....

"Hahaha ..kau kan..dah agak reaksi
kau macam mana."

Aku sekadar membalas dengan emoji
yang sedang tersengeh.

Aku bangun,lalu melangkah kedapur.
Peti ais ku buka,lalu sekotak susu
coklat aku keluarkan.Aku tuang dalam cawan,dan aku capai tin biskut lemak,
lalu aku bawa ke meja kopi di ruang tamu.

Aku on Netflix, malam-malam macam ni
makn biskut cicah air susu coklat,memang
nikmat.Aku jarang makan berat,kalau
malam.Selalunya roti dan biskut akan jadi
sasaran.Sekeping demi sekeping masuk
ke mulut ku,tanpa rasa bersalah.
Hihi.Buat apa nak rasa bersalah.Lapar kan
ki..ki.

sibuk cik Ara kita,kita layan kan aje. selamat membaca guy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience