Hari isnin,biasalah hari paling malas nak hadap jem.Hari ini aku pergi kerja bawa kapcai Y16 biru aku. Boipren' hitam,aku kasi rehat dulu.Kesian dia.
Dia sudah kerah tenaga menanggung beban bawa aku ke Kedah minggu lepas.
So, kasi rehatlah.Mungkin seminggu dua,atau mungkin lebih.Bergantung
pada aku lah.Lagipun aku nak kena bagi
mandi bagi berkilat balik.Kesian dia belum
mandi lagi.Tengoklah ahad depan ke.
Aku macam biasalah kalau bawa kapcai,
mencilok kalahkan penunggang lelaki.
Tambahan kereta jem,slow macam kura-kura.Kalau aku bawak si kuda besi aku tu,haihh susah sikitlah.Kalau jalan sempit lagilah,hati berdebar-debar je mencilok sebelah kereta orang.Bukan apa ,takut tersagat,jenuh makan modal.
Di sebabkan aku bawak kapcai,atau
nama komersialnya Joyah',maka perjalanan tu agak mudah.Terawal lah
sikit sampai ke tempat kerja.
Di sebabkan masih awal,aku pun melenconglah, singgah restoran mamak.Teringin pula nak makan tosei.Aku park motor,lalu terus masuk
kedalam kedai mamak.Macam biasalah
teh tarik mamak mesti on.Bikin ketagih
oo kalau kau sekali pekena.
Usai mengisi perut,aku segera capai beg galas dan meluru keluar.Sehinggakan
dengan tidak sengaja aku terlanggar seseorang.
"Err..sorry..sorry bang,tak sengaja."
Aku tanpa memandang mukanya menunduk minta maaf.
"Hemm.."Hanya itu kedengaran.Aku tanpa membuang masa ,bergegas beredar dari situ.
Lelaki itu perasaan,macam pernah dengar suara perempuan yang langgar dia tadi.
Ketika masih memikir-mikir dia langsung
menarik kerusi berhampiran dan duduk
sambil memanggil mamak untuk order.
Terdengar deruan enjin motor kapcai berbunyi agak nyaring.Dia melirik dengan ekor matanya ke parking.Dia macam familiar je wajah minah yang baru menyarungkan helmet ke kepalanya.
Tetapi dia tidak memikirkan sangat.
Huh,bunyi ekzos motor dia boleh tahan.
Dasyat minah ni.Matanya memandang
semula ke arah bunyi motor tersebut.
Kenapa aku macam pernah tengok
je minah ni ye.Tapi disebabkan
si gadis itu memakai kaca mata hitam
agak sukar dia meneka.
Motor wanita itu mula bergerak
dan .matanya menangkap kemas
beg galas yang dipakai wanita tersebut.
Macam beg..Ara..
Iqbal bergegas bangun untuk memastikan
sama ada betul atau tidak.Dia terkedu..
Sah Ara.Sosok tubuh dan beg Ara dia
kenal sangat.Tapi sayang,wanita itu
telah berlalu jauh.Tak mungkin dia dapat
mengejar.Dia kembali duduk dengan kesal.
"Kenapa aku boleh tak perasan tadi."Air
teh tarik yang dia order di hirup perlahan.
Tak ada rezeki.Padahal dia sudah puas cuba mencari.Tetapi hampa.
Eh,kejap-kejap!!.Kalau betul itu Ara,
maknanya Ara tinggal atau kerja di kawasan ni.
Secarik senyum terukir dibibir.Nampaknya
semakin mudahlah kerjanya selepas ini.
..*****...
"Za!!!minggu depan kita ada client minta
kita siapkan makanan.Mungkin dakm 3,ke
4 hari."
Marina menghulurkan senarai menu
kepadaku.
"Event apa ni?"Soalku sambil membaca
senarai menu yang direquest oleh client.
"Event doktor-doktor.Tetapi diorang nak
kita sediakan sarapan pagi,tengah hari
minum petang dan makan malam."Marina
duduk sambil memandang muka aku.
Aku letak kembali kertas putih di meja
Marina.
"Berapa hari diorang nak kita uruskan."
Aku menyandar di dada sofa.
"Tiga hari yang diorang confirmkan."
"Diorang confirmkan???maknanya??"
"Maknanya mungkin ada pernambahan
hari bergantung kepada seminar diorang
lah."Aku memandang muka Marina tak berkelip.
"Dan kau setuju tanpa bincang dengan aku
dulu?"Marina mengangkat mukanya.
"Kau tak setuju ke?Selalu kau tak kisah."
."Aku tak kisah yang tiga hari tu,tapi yang
penambahan hari aku tak berapa setuju."
Aku mengeluh.Kalau ikutkan tarikh pada
kertas yang Marina bagi tu,jatuh hari Rabu.
Kalau tiga hari,jumaat dah settle Kalau Extend hari,maknanya jatuh hari sabtu.
Marina lupa ke sabtu aku ada hal.
"Eh, sorry lah.Aku ingat kau ok.Kau ada
apa.....Allah...aku lupaaaa....Eh, sorry Za,
aku betul-betul lupa."
"Emmm..tak apalah,nanti aku fikir nak buat
macam mana.Harap diorang tu settle hari jumaatlah.Kali ni doktor dari mana?"
"Client tetap kitalah.Siapa lagi."Aku membulatkan mata.Aku memicit-micit
keningku sambil memejamkan mata.
"Aku tak fahamlah,dia complain macam
macam,lepas tu kita jugak yang dia pilih.
Carilah catering lain."Aku merebahkan badanku diatas sofa panjang.Lelah pula
otak aku pikirkan perangai manusia ni.
Tak suka,cerewet tapi yang tak suka tulah
kau terhegeh-hegeh.
"Relax larr...jangan pening-pening.Dari apa yang aku tahu, pembantu dia cakap ,
Dr tu selalu puji masakan kita.So...
dia bergurau je kot."Marina memandang wajah sahabatnya.
"Banyak lah kau punya bergurau."
Aku bangun lalu mengambil kembali
kertas A4 yang penuh senarai dan waktu
untuk setiap hidangan.
"Aku ke dapur arr.Apa-apa perubahan
kau bagitahu aku cepat."Aku menarik
tombol bilik Marina,lalu melangkah keluar.
"Baik bos!!"Marina menggelengkan kepalanya.Zaharah ni kadang datang anginnya,mulalah buat muka stress.
Lepas tu muncung macam muncung
itik.Mulalah staff lain kecut perut.
"Za .za..."Marina meneruskan kerjanya
kembali.
Zaharah!!!
Itulah satu-satunya sahabat
yang sangat memahami keadaannya
ketika susah.Ingat lagi sewaktu baru
habis berlajar,dia betul-betul terdesak
nak pakai duit.Puas tanya adik beradik,
seorang pun tak dapat tolong.
Hanya Zaharah seorang sahaja yang sanggup tolong dia.Masa tu tuhan sahaja
yang tahu betapa dia berasa sangat
beruntung.
Yang paling baiknya Zaharah ni
dia sedikit pun tidak pernah
mengungkit pasal duit pinjamannya.
Tapi Alhamdulillah,dia dah dapat settlekan
semua hutang piutang dengan Zaharah.
Malah bergabung tenaga dalam membina
kerjaya sendiri Semua atas usaha berani
Zaharah.Bangga sangat dapat jmenjadi sebahagian dari hidup Zaharah.
maaf kalau chapter kali ini,banyak kesalahan ayat dan sebagainya. Mohon tetap setia ya guys
Share this novel