20-Hari last,

Others Series 42687

Tit. tit...
Satu pesanan chat masuk ke aplikasi
hijau.Aku yang baru on kan telefon,setelah
di padam untuk di cas semalaman.
Memang itulah kebiasaan aku,kalau bateri telefon mencecah angka 10%.

Miss call???Aku segera menekan bahagian
tersebut.

"Mm .hello.."Sahut seseorang dari sana.

"Banyaknya miss call.Kenapa?"Soalku

"Akak..puas Ecah call.Akak dah baca chat
Ecah belum?"

"Mana ada,aku baru on je fon ni.Kau kenapa?Ada emergency?"

"Kak,hari ni Ecah tak dapat hired bahagian
services tu,Ecah warded ni."

"Hah!!Warded???eh,kau kenapa Cah?"

"Balik kerja semalam,Ecah kemalangan sikit.Semua ok,cuma luka lah,agak teruk."

"Allah...ok..ok..kau rehat.Nanti akak je ganti
tempat kau.Lagi pun hari last dah kan.Aduii
macam mana boleh jadi gitu.Ni yang akak
risau ni."Aku mengeluh.Nak melawat memang tak boleh.Jadual hari ni padat.Esok pula aku ada hal.
Ahad lah baru lapang sikit.

"Cuba cerita sikit,macam mana boleh accident?"

Ecah pun menceritakan bagaimana dia hilang kendali ,dan gagal mengawal kereta
nya.Alhamdulillah,mujur hanya sedikit
bumper depan keretanya kemek.Luka besar akibat terkena serpihan kaca tingkap
yang pecah.

Aku mengucapkan syukur, Sekurang-kurangnya Ecah hanya luka.
Tidak melibatkan patah atau sebagainya.

"Oklah..kau rehat jelah sampai sembuh.
Tapi akak dua hari ni tak dapat datang
tengok kau lagi.Kau faham kan kerja akak.
InshaAllah Ahad akak datang "

"Ala..Ecah faham la kak.Akak jangan risau.
Lagipun mak Ecah ada ni jaga.Akak settlekan kerja akak tu.Jangan risau ehh!!"

"Mau aku tak risau.Kau tu aku dah anggap
macam adik tau "

"Alo..lo..so suwittt!!!Ni yang cayang giler
dekat akak ni .muahhh..!!"

"Erkk..beragak lah nak muahh dengan aku
ni.Oklah..akak nak gerak dah ni "

"Ok kak.hati-hati ye kak Za sayang..
mmmmmuuuuuahhhhh!!!"
Aku end call .Geli pula dengan muahhh
yang panjang berjela tu.

Budak ni ,aku ingat luka tu salah tempatlah.Ingat otak dia mesti ada short mana-mana urat ni.Orang lain sakit,suara
lemah ,tak bermaya.Ini tidak.Suara bukan
main happy.Agaknya dapat mc kan.Itu
yang seronok sangat.Mmm..

*****

"Kak za,tahu ecah accident.??"Tegur
Siti sewaktu aku mula masuk ke dapur.

"Aah..dah tahu.Kenapa?"

"Tempat dia macamana kak?"

"Terpaksalah akak hired nanti."

"Kesian akak,mesti letih kan."

Eh,ok je.Bukan akak tak biasa.Dah jom
start.Lambat nanti."Siti mengangguk
dan kami mula melakukan tugas masing-masing.

Hari ini jumaat,hari last seminar.Menu sarapan pagi,berupa pulut kukus dengan
sambal udang,ikan masin dan mee goreng.
Manakala pencuci mulut pula,mereka
request kuih tepung talam,kuih lapis dan kuih sri ayu.

Untuk lunch pula,Nasi putih biasa berlaukkan kari danging dengan kentang,
sayur campur dengan udang,ayam goreng
berempah,ikan masin,ulam dan sambal
belacan.Pencuci mulut dua jenis buah-buahan, tembikai dan limau oren.

Untuk minum petang, mereka minta
disiapkan bubur kacang ,kuih karipap,
roti bakar bersapu peanut butter,
Kuih ketayap dan kek choclate moist.
Agak banyak kuih yang mereka request,
sebab tiada menu untuk dinner.
Bererti selepas minum petang tugas
akan selesai.Alhamdulillah.

Tapi kan,aku ni sibuk dekat dapur.Bila masa aku boleh nak pergi sana.Macam
mana nak pantau penyediaan makanan
dekat sana?Haihhh..kenapa aku tak terfikir.
Tak kan nak suruh Marina kot.Office macam mana??Kening yang tidak gatal
aku garu-garu kan.Nampaknya kena
minta tolong Siti lah.

"Siti,mintak tolong boleh?"

"Boleh kak za,apa dia?"Siti mengelap
pisaunya dengan tisu kering.

"Gantikan tempat Ecah,akak tak sempat
lah nak pergi.Akak pergi time minum
petang nanti.Boleh kan?"

"Kerja saya?"

"Akak settlekan.Lupa kalau akak pergi sana
siapa nak pantau dapur."Siti mengangguk.
Sebab itulah dia bertanya pagi tadi.Risau
kalau ketua chef tak ada dekat dapur.
Mahu huru-hara.

"Orait Kak Za,akak jangan risau.Saya cuba
buat yang terbaik."

"Good!!Nanti naik sekali van dengan abang
Lan.Senang tak payah bawa kenderaan
sendiri."Sebetulnya aku risau.Takut jadi
macam Ecah.Yealah badan dah letih,
mata mengantuk,kan bahaya tu.

Seperti yang aku katakan pagi tadi,selesai
segala tugas penyediaan minum petang,aku bergegas ke bilik ku.Aku memang ada bilik rehat sendiri.Mudah
untuk aku stay back,atau nak berehat
sementara menunggu kerja selesai.

Aku bergegas ke bilik air,dan mandi.Dapur
budak-budak aku akan settlekan.Selesai aku solat asar aku terus keluar.

"Za,nak naik sekali dengan abang Lan ke?"

"Tak,saya naik motor je.Nanti saya terus nak balik."Aku tak balik dah ke kedai.
Sebab aku akan terus balik ke rumah ibu.
Ibu aku,tak habis-habis membebel sebab aku hampir dua bulan tak balik.Padahal
jarak bukan jauh sangat pun.Masih dalam
satu negeri.

"Ok,abang Lan gerak dulu."Aku hanya mengangguk kan kepala.

Aku terus capai beg dan keluarkan kunci
boipren' hitam ku dari dalamnya.Settle
semua ,aku terus memecut ke tempat
seminar.Perjalanan tidak mengambil masa
yang lama,hanya sepuluh minit aku sudah sampai di sebuah dewan yang agak mewah.Boleh tahan tempatnya.Aku turun dari motor lalu bergerak ke dalam.

"Mmm..not bad!"Gumam ku.

"Kak Za sini!!"Siti melambai-lambai ke arahku.Aku terus melangkah laju.

Aku melalui beberapa orang peserta
seminar yang kebetulan sudah duduk di meja untuk minum petang.

"Ish..awek baru la.Semalam tak da kan?"
Tegur salah seorang daripada mereka.

Mak aii..ya ampun,naik merah muka aku.
Ini yang aku cukup tak suka hired bahagian
services.

"Hi, peserta??"Aku mendadak berhenti.

"Tak,saya hired bahagian makanan.Maaf
saya gerak dulu ya?"Aku cepat-cepat
beredar dari situ.

"Sombong amat,"Kata yang lainnya.

"Siapa sombong?"Iqbal menarik kerusi
lalu duduk di sebelah Dr Izzudin.

"Tu,awek yang baru lalu tadi.Aku belum
interview ,dia dah sibuk nak blah."Jawabnya.
Iqbal cuba menjengah-jengah mencari
siapa yang di maksudkan oleh Dr Izzudin.
Matanya meliar mencari wanita yang dimaksudkan.Ahh...tiba aku yang nak sibuk
kenapa.....

hi semua..happy reading my dear.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience