22-pelawa

Others Series 42687

"Ara"!!Terbantut aku nak pakai helmet ke kepala.Aku nampak Iqbal berlari anak
menuju ke arah aku.

"Sorry...kau nak balik dah ke?"Iqbal berdiri dihadapan motor Ara.

"Aaa..nak balik lah.Lagi pun kerja dah settle.Kenapa ye?"

"Jom ngopi jap.Aku ada benda nak cakap
dengan kau."

Aku tenung muka mamat depan aku ni.
Nak ke...tak..hish..

"Minum dekat mana?"Iqbal yang berdebar-debar terus tersenyum manis.

"Kau tunggu sini jap.Aku ambik kereta.
kita naik sekali."

"Err...jap..jap.Kenapa nak kena naik sekali.
Aku follow pakai motor je."

Aduh,baru nak ambik mood.Tak apalah,slow-slow.Nak laju-laju
pergi mana bhai...

"Ok ,kau tunggu sini kejap."Iqbal tergesa-gesa meninggalkan Zaharah.
Lebih jurang 5 minit sebuah kereta Lexus
R300,berhenti berhampiran ku.

Fuh,kereta..mantap habis.Yealah doktor kan.Aku segera bagi isyarat supaya dia
bergerak terlebih dahulu.

Kereta milik Iqbal meluncur dengan
kelajuan yang sederhana,supaya mudah untuk Zaharah ikut dari belakang.
Lebih kurang sepuluh minit,Iqbal memberi signal ke kiri dan berhenti di sebuah
restoran mamak.

Iqbal menghampiri aku.Aku cepat-cepat
buka helmet dan letakkan sahaja atas
tank, kemudian aku mengekori belakang Iqbal,masuk ke dalam restoran.

Iqbal memilih meja berhampiran dinding
restoran.Kami sama-sama menarik
kerusi dan duduk.

"Ara nak minum apa?"Tanya Iqbal sambil memandang tepat ke muka aku.
Alamak jangan tenung macam tu bang.
Nanti terjatuh cinta,ki..ki.
Tapi sebetulrnya aku yang malu kalau
kena tenung.

"Err...macam nak ABC lah."Iqbal angguk dan memanggil mamak untuk membuat pesanan.Setelah pesanan di buat,masing
masing kelu.Senyap..dan..

"Kau,sihat?"Soal Iqbal..
Iqbal!!!...apa mende punya soalan
ni.Kau terang-terang nampak dia
dari tadi,boleh kau tanya soalan macam tu.
Apa punya mangkuk la.
Iqbal menyumpah-nyumpah dalam hati.

Aku???tik..tok..tik..tok.Aku nampak
macam sakit ke?Haihhh mamat ni.

"Alhamdulillah sihat."Kemudian kami
diam kembali,sehinggalah mamak
meletakkan pesanan kami diatas meja.

Iqbal cepat-cepat menyedut nescafe
ais.Setelah minum baharulah gugupnya
hampir hilang.

"Aku sebenarnya nak minta maaf dengan
kau "

"Maaf???sebab??"Aku punya ayat memang sempoi.Direct terus.

"Aku tak hantar kau balik homestay itu
hari. Sedangkan kau dah tolong aku.Aku
sampai ke hari ni rasa bersalah."

Alo..lo...Ni yang aku suka ni.

"Hish,tak ada apalah.Lagi pun bukan
aku balik sorang, kawan-kawan aku
datang ambik.Relaxlah..jangan rasa
bersalah sangat Chill ok."Aku berkata sambil menyuap abc kemulutku.
Sedap gila arr abc ni.

Iqbal senyum.Entah kenapa matanya
tak boleh lari dari memandang wanita
dihadapannya.Nampak tenang,santai
dan yang paling dia suka Ara tak perlu nak control ayu bagai.Dia hanya jadi dirinya sendiri.

Aku yang menyedari pandangan mata Iqbal,terus tunduk dan mengadap abc.Apa kena mamat ni.Dia ingat aku tak malu ke
pandang-pandang macam tu.

"Tapi aku tetap rasa bersalah.Nak call,
aku tak minta nombor fon kau,jadi aku
tak tahu macam mana nak minta maaf.
Rezeki aku hari ini, dapat jumpa dengan kau.Alang-alang dah jumpa,aku nak
minta nombor fon kau.Itu pun kalau
kau nak bagi lah."

Aku senyum.Nak nombor fon rupanya.Sebelum bagi kita jual mahal
sikit.

"Nak buat apa nombor fon aku,kan dah jumpa ni?
Lagi pun aku tak kisahlah pasal hal tu.
Aku sikit pun tak terasa hati.So kau jangan
rasa bersalah lagi eh?"

Aduh Ara....please bagilah nombor telefon..
Macam mana nak suruh dia bagi ekk..haihh...

"Ara,tok kata Ara suka tengok sawah
betul ke?"

Hah!!tok???huhu..rindunya.

"Betul lah tu.Aku suka suasana hening macam tu.Damai dan tenang je.Eh,sebut
pasal tok,dia sihat tak?Rindulah.."

Eh,tok je rindu..aku???Rindulah dekat
aku sekali.Ngomel Iqbal dalam hati.

"Alhamdulillah,tok sihat,tapi malam tu dia
sedih,sebab Ara balik.Dia ingat Ara tidur
sana."
Aku lemparkan secarik senyuman.Ya
malam tu,tok beria ajak aku tidur situ.
Tapi aku rasa tak manis kan.Lagipun
aku dah bayar kot sewa homestay.Macam
rugi kalau tak tidur sana.Bila lagi nak ada
suasana macam tu.

"Kesian tok, insyaallah ada rezeki aku
pergi lagi kesana, jumpa tok.Boleh
bagi no fon tok tak.Ada masa nanti
aku call "

Haish..dia minta nombor telefon tok pula.
Kalau aku bagi,maknanya nombor Ara dia
tak dapatlah.Idea..idea...cepattt..mana idea .tingggg!!!Ahaa!!!!

"Masalahnya tok tak de fon.Kau kalau nak call kena call nombor hafis.Kalau nak nombor hafis tak? aku boleh bagi.Nak ke?"

"Err...tak payahlah.Aku nak direct cakap
dengan tok.Bukan melalui hafis.Susahlah
macam ni.Lagi pun tak kan aku nak call
hafis.Memang tak lah "

"Apa kata kau bagi nombor fon kau dekat aku.Bila-bila kau nak call tok,kau bagi tahu
aku.Nanti aku call hafis suruh pass dekat
tok."

"Boleh ke macam tu?"

"Kenapa tak boleh pulak..mestilah boleh.Aku tahu kau malu dengan hafis
kan?So bagi nombor fon kau.Senang sikit."

Aku teragak-agak nak bagi.Biar betul
mamat ni Jangan-jangan dia tipu aku.
Tak kan lah tok tak de telefon.Macam
tak logik.

"Cepatlah..lagi cepat kau bagi,lagi cepat
kau boleh bercakap dengan tok."Kata Iqbal
sambil mengangkat keningnya.

"Ok lah..012,345678."

"Woraittt..saved!!!"Yahoooo!!!!dapaaattt!!!!

"Eh,oklah ,aku dah lewat ni.Aku nak balik
rumah mak aku kejap lagi."

"Balik rumah mak?Habis sekarang menyewa ke?"

"Duduk rumah sendiri.Beli rumah murah
murah je dekat area tempat kerja.Senang
sikit "

Wow..ada rumah sendiri.Hebat!!

"Jauh ke rumah mak?"Hai kau ni Iqbal.
Banyak tanya daa

"Boleh tahan jauh juga.Mak duduk dekat Salak tinggi dengan adik aku."

"Owh .nak aku teman ke?"Eh..eh..Iqbal.
Kemain ye nak teman.

"Aku dah biasa balik sorang.Terima kasih
niat baik kau tu."Aduhh..kembang beb
rasa dada aku ni.

"Kalau macam tu,kau hati-hati bawak
motor.Nanti sampai sana bagi tahu aku.
Bahaya sorang-sorang bawak motor."Fuh
kau Iqbal..cepat lah buat kerja tu.Nanti
melepas.

"Hi..hi..ok.. insyaallah."

"Tu aku dah buat miss call.Aku tunggu
malam ni.Dah sampai call aku.Kalu ada apa-apa masalah tengah jalan pun call aku "

Alahai mamat ni.Melting habis.Habislah
aku malam ni.Tidur dalam senyuman manis menawan lah jawabnya.

"Oklah..aku gerak dulu.Ni kau belanja kan?
Terima kasih ye."Aku bangun Iqbal juga.
Dia cepat-cepat ke kaunter untuk membuat
bayaran,dan cepat-cepat mengekori aku.

Aku siap hidupkan enjin,dan mula mengundurkan motorku keluar petak parkir.

"Hati-hati Ara"Aku hanya mengangguk.

"Assalamualaikum."Habis aku memberi
salam terus aku bergerak keluar.

Iqbal masih terpacak memerhati sehingga kelibat motor Ara hilang dari
pandangan matanya.Dia melangkah
riang ke arah kereta miliknya.Senyumnya
sampai ke telinga.Kena fikir strategi
selanjutnya selepas ini.Iqbal menghidupkan enjin keretanya,lalu
turut keluar meninggalkan kawasan
restoran tersebut dengan hati yang berbunga-bunga.

suka ye Iqbal..hi..hi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience