Nampaknya pertemuan aku dengan Raihan pagi tadi berlarutan sampai tengahari.
Ada je mamat tu idea dia.Ajak aku
pergi pantai lah.Siap suruh letak motor dekat rumah kakak dia.Mentang-mentang dia bawa kereta besar.Jenuh aku tolak
pelawaan dia.Tapi jenis tak makan saman ni macam tak ada perasaan.Hu..hu..aku
tak suka orang paksa-paksa.Last aku letak syarat.Kalau kau nak aku ikut,biar aku bawa motor sendiri.Sudahnya kami tak jadi
pergi pantai.Dia cuma ajak aku lepak dekat
mall sambil main game.Macam orang bodoh je aku layan perangai bebudak
si Raihan ni.
Kenapalah aku boleh terjebak dengan mamat ni.. uwarrrgghhh..!!!
****
Sampai sahaja rumah ,aku terus masuk bilik.Aku terus baring atas katil.Aaaa..selesanya.Hilang stress.
Si Zafril entah kemana.Ibu pun tak dapat dikesan.
Hu..hu..aku balik nak spend time dengan family.Sudahnya boleh pula terjumpa
dengan mamat tu.Mula-mula rasa macam
ok, lama-lama rasa macam bodoh je.
Rugi betul pagi tadi puji si Raihan ni.
Sudahnya aku yang menyesal.Rugi buang masa duduk melayan perangai mamat tu...
Lain kali taubat,aku tak nak dah.
Eh...telefon!!!
Aku cepat-cepat bangun dari katil.Alamak!!
gila arr..aku lupa,aku cas telefon.Aku cepat-cepat tutup
suis, laju aku on kan telefon.Tak sampai 10 saat aku on,
berdesup-desup messages dengan chat masuk.
Miss call?Bapak arr..Ibu call,Zafril..pun sama.lebih 6,ke 7 miss call.Aduh,
sorry wehh.Tanpa aku buka mana-mana chat,nombor ibu aku call dulu.
Sesaat..dua saat .tiga saat...dan...
"Hello, Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam,ibuuuuu..sorry...
Maaf sangat-sangat.Ibu dekat mana ni?"
"Puas ibu dengan Aril call along.Kemana
aja perginya.Sampai tengahari tak balik."
Ini semua salah aku.Kalau aku tak ikut
Raihan mesti aku dah balik.
"Along ada hal tadi ibu.Ibu dekat mana ni?"
"Ibu dengan Aril pergi kenduri sekejap.Ingat
nak ajak along sekali,sebab ibu malas nak masak.Tunggu punya tunggu,tapi along tak balik-balik.Call tak angkat.Kalau ada hal
sekali pun,bagi tahulah ibu."Nah..panjang lebar ibu membebel wehhh.. rindunya ibu
bebel..ahakkk..
"Along tak bawa fon bu.Sebab tu along
tak dapat nak call ibu.Ibu lambat lagi ke
nak balik?"
"Ibu dengan Aril baru je sampai.Makan pun belum.Kalau along lapar, pandai-pandailah
along cari sendiri.Nasi goreng pagi tadi pun ada lagi bawah tudung saji. tinggal along panaskan saja."
"Uuuu..baik bu.Ibu jangan risaulah.Nanti
pandai-pandai lah along cari.Ibuuu..makan kan nasi kenduri untuk along sekali ye."
"Padan muka,merayau lagi entah kemana.Dah..ibu nak makan ni."
"Sampai hati ibu padan kan muka along..huhu..ok ibu makan kenyang-kenyang tau.. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Aku letak telefon di sisi meja.Malas aku
nak buka chat yang beratus tu.Mood aku
sudah melayang sampai ke bulan.Ni semua kau punya pasal Raihan.
Uwaaaaa....Nak makan nasi kenduri.
Sedapnya...Uwaaaa...
Aku bangun,tuala tersangkut dekat hanger aku ambil.Mandi lagi bagus.Dari berpeluh
pagi tadi,sampailah peluh kering melekat.
Lepas tu selamba ikut si Raihan pergi
Lepak mall.Macam bongok je.Nasib
aku pakai baju semenggah,kalau tidak
jangan haraplah aku nak ikut.Lepas mandi,aku nak goreng telur mata,nak
panaskan nasi goreng,aku nak makan.Perut aku lapar.Bercerut-cerut
bunyinya.Ber double kuatnya bunyi time ibu cakap nak makan kenduri, aaaaa ...laparrrrr.
Sebelum balik,Raihan ajak makan tengahari.Malas aku ikut.Cukuplah aku buang masa berjam-jam dengan dia tadi.
Tak berbaloi langsung.Kalau aku tahu,tidur lagi baik.Apalah ngok sangat aku ni.
Macam mana aku boleh setuju je cadangan dia..Haihhh..tak habis fikir aku.
Kalau di ingatkan balik, betul-betul bengong aku ni.Ahhh..benda sudah jadi.Apa lagi nak
bising.Sekurangnya kau tahu dia tu macam
mana.Sudahlah..goreng telur lagi best.
*****
Esoknya
"Ni along,bawa motor tu elok-elok.Jangan nak merempit sangat "Bebel ibu.
"Yang merempit tu,anak jantan mak yang manja tu,pantang lepa, terbang terus.
Along baik,bawa pun santai-santai je."Aku melepaskan pelukkan.Aku mencium pipi
ibu bertalu-talu,sambil mata menjeling
ke arah Zafril.Nampak Zafril membuat memek muka mengajuk percakapan aku.
"Santailah sangat.Ibu tengoklah kejap
lagi,Along siap menarap macam superman
atas motor."Aril selamba mengutuk aku
sambil makan kacang rebus.
"Tolong sikit eyyy.Aku nak meniarap.???.hahah.cuba kau bayangkan aku meniarap bawak motor,
mahu rupa dugong atas jalan."Kami
sekeluarga ketawa.Dapat aku bayangkan
rupa dugong tengah bawa motor sambil
meniarap.Ha..ha..Buruk wehh..
"Kah..kah..kau kan kak,buat aku sakit perut."Aril masih ketawa.Dia bab-bab
membahan memang hobi.
"Ok lah ibu,along gerak dulu,nak singgah
hospital kejap,nak tengok staff masuk wad."
"Iyalah,kirim salam ibu dekat dia.Ni bila
lah dapat jumpa lagi.Along ni asyik kerja
saja.Cuba cuti,pergi mana-mana berehat.
Mana tahu ibu dapat menantu nanti."
"Siapalah nak kan along ni mak.Along bukan pandai nak melaram,bukan cun pun.Dah tu badan bam..bam.Orang lelaki
bukan suka pun.Diorang kan suka yang seksi.Tak gitu adikku sayang?"
"Hah!???Seksi..puihhh..kalau seksi-seksi
memang lelaki suka.Tapi suka tengok je.
Benda free kan.Kalau nak buat bini, sorry
lah.Kau dah tayang body dekat umum,
pastu nak jadi bini aku ..Tak nak aku "
"Ha itulah lelaki..patutnya kalau seksi
jangan tengok.Kan dosa tu.Kalau misalkan,jodoh dapat yang seksi,
tetap syukur Alhamdulillah.Bantu
bimbing dia.Itu tugas seorang suami.
Siapa tak pernah khilaf?Semua orang
ada masa buruk mereka.Jadi
salah satu tugas suami,bimbinglah isteri sebaiknya.Tolong ajar..bantu dan sebagainya.Jangan nak senang
je."Ibu jadi pakar motivasi dah.Sekali dia
keluarkan kata.Pedih telinga kau.
"Ha!!dengar cakap cikgu pencen tu.Kau
tu,tahu nak senang je.Jadi lelaki kena
banyak berkorban.Sebab perempuan mana
pernah salah."Ibu aku memang bekas guru.
Dulu dia cukup tegas mendidik aku dan Zafril.Tapi aku,malas.Berlajar pun sampai diploma je.Ambil course lain,kerja bahagian lain.Tetapi ibu,adalah diantara yang terbaik.Dia tidak pernah menghalang
apa pun minat anak2.Jauh sekali nak memaksa.
"Yealah...perempuan je betul.Lelaki semua
nak senang je."Dengan nada sinis Zafril
membalas.
"Hahaha..ibu..anak ibu terasa.."Sekali lagi
kami ketawa.
Aku yang sudah ready atas motor,mula
memakai helmetku.
"Along gerak dulu bu, Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam.. hati-hati long!"Pesan ibu lagi.
Aku mula memulas trotter motorku
dengan perlahan.
"Alonggg!!!!jangan lupa meniarap macam dugong tau!!!"Jerit Aril.
Aku hanya mengangkat tangan.Malas nak layan.nanti lagi panjang ceritanya.Kalau
tak kerana nak singgah hospital tengok Ecah,pagi esok baru aku gerak balik.Tak puas rasanya dua malam tidur
rumah ibu.
Pap!!!!
"Aduh!!sakitlah ibu.."Aril menggosok lengannya.
"Bergurau je kerja dia.Cer doakan yang baik
baik untuk along.Ini tidak,yang bukan-bukan je keluar dari mulut tu "
"Alaa.. relax lah ibu.Gurau je pun.Barulah
ceria.Meriah bak bunga api tu kebabomm!!"
"Melayan kamu ni Aril,macam naik tak
betul dah ibu.Baik ibu pergi belakang,dekat
kebun ada faedahnya.Ha..lepas ni ada pergi mana-mana tak?"
Aril menggeleng,sambil mengopek kacang rebus.
"Apa lagi,jom tolong ibu kat belakang sana."
"Eh..lupa..Aril janji dengan kawan nak main
bola.Lupa..lupa."Aril cepat-cepat masuk ke dalam.
Ibu hanya menggelengkan kepala.Pantang ajak pergi kebun,mesti mengelat.Anak
muda zaman sekarang dah sama macam zaman dia dulu.Pantang di suruh mesti patuh.Sekarang ni???Emmmm...
maaf baru post.baca sikit dulu.esok kita up lagi ye
Share this novel