28-Dating

Others Series 42687

Jam menunjukkan kurang 5 minit pukul tujuh suku malam.Aku melangkah dengan laju meninggalkan kawasan lobi hospital.
Setelah keluar dari perut lift yang agak sesak,aku menapak laju tanpa menghiraukan sesiapa pun.

Masuk sahaja ke kawasan pakiran,
aku terus menuju ke arah motorku.
Sedang aku sibuk membuka kunci
motorku,terdengar ngauman dari sebiji
motor berhenti di sebelah ku.

Iqbal menyengeh sambil membuka full face helmetnya.

Lorhhh..mamat ni.dari mana pula munculnya.Ini comfirm kerja si dr Din.
Aku dengan muka
cuak,cuba bagi senyuman dekat Iqbal.
Otak aku dah mula main peranan.Selalu
kalau keadaan macam ni,jawabnya lambat
lah boleh balik.Haihhh...

"Dari mana?"Soal ku.

"Dari rumah."What!!!dari rumah??Dah kenapa datang sini Mat?Tapi aku hanya
memandang motor merah yang menggugat iman aku.Huii..lawa gila.

"Owh..cuti ye hari ni?"Glove aku sarung kan
ke tangan kiriku.

"Yup,kebetulan turn cuti hari minggu.Bukan selalu dapat cuti hari ahad.Nasib-nasib je.
Dah nak balik ke?"

"Aah..dah nak senja kan."Iqbal terangguk-angguk macam burung belatuk.

"Jom aku belanja minum."Aku mengeluh.
Dah agak dah.Mesti punya.Baik Raihan,
baik Iqbal,atau mana-mana lelakilah
itu je taktik diorang.Carilah taktik fresh
sikit..ahh...kau ni Za..banyak songeh.

"Dah nak maghrib la,aku tak bawa telekung."Iqbal senyum.Haihlah...
jom abang bawa rumah mak abang.
Sana banyak telekung.Nak bawa balik
rumah abang,kita tak sah lagi..Iqbal
menyeringai dalam hati.

"Hospital ni ada surau.Sana memang ada
telekung kegunaan awam.Azan lagi lima minit.Jom lepak sana dulu.Sementara tunggu masuk waktu."

"Maknanya kena juga lah ni pergi minum?"

Iqbal menyengeh lagi.Mamat ni,kaya betul
senyuman dia.Dah lah tayang gigi dia yang
lawa tu.Encem' pula tu hi..hi.

"Sekali terus dinner.Boleh kan?"

Aku membulatkan mata.Kata minum je.Aku pasrah.Kenapalah hati aku ni
lembut sangat.Mudah je kena gula-gula
dek Mat Kebal ni.Terpaksalah aku kunci
motor aku semula.

Kami beriringan berjalan dan duduk di pinggir kaki lima koridor yang menyediakan bangku besi untuk pelawat.

Beberapa orang perempuan dan lelaki
berpakaian seragam putih menegur
Iqbal.Namun hanya dibalas dengan anggukan dan senyuman.

Aku melirik dengan ekor mata ke arah
Iqbal.Kalau di perhatikan wajah Iqbal
ni,aku rasa umur dia dalam lingkungan 30-an.Mungkinlah.Tak tahulah kalau umur dia muda lagi.Kerja macam Iqbal kan stress.Jadi wajah tu lagi nampak berusia
dari umur sebenar.Aku agaklah...

Tapi oklah.Nampak matang.Dengan rambut yang agak curl,di rias kemas.
Pakai pun simple,tak nampak agak
keterlaluanlah.Pendek kata memang
kenalah dengan orangnya.
Nama pun doktor.Tak kan nak pakai
selekeh kan.

"Kau dah lama jadi chef?"Soal Iqbal
berbasa basi.

"Emmm...hampir 5 tahun,ke lebih.Gitulah
lebih kurang."Iqbal mengangguk.

"Kau pulak,dah berapa lama kau jadi doktor?"Soal aku sambil memandang muka Iqbal.Tadi dia tanya aku, sekarang turn aku pula.Baru ada keadilan disitu.

"Aku?emmm...around 7 years kut.Biasalah,
bukan senang aku nak sampai ke tahap
sekarang.Jadi doktor ni,kau berkawan
dengan stress 24 jam.Jadi aku tak ada masa nak buat apa yang aku suka.Sekarang je aku ada sedikit masa senggang.So dapatlah spend time untuk diri sendiri."Aku mengangguk faham.
Ada juga aku dengar member aku cerita,
jadi doktor ni perlukan mental dan fizikal yang kental.Tambah-tambah kau jadi houseman.Boleh gila kata diorang.
Nasib aku tak minat.

"Keluarga semua sihat?"Aku mengangguk.

"Diorang semua ok.Alhamdulillah sihat."

"Maaf aku tanya,kau ada berapa adik beradik?"

"Aku?emmm..dua je.Aku kakak sulong.Dan ada adik lelaki.Ayah dah tak ada.Yang ada
ibu je."

"Sorry ..kalau buat kau sedih."

"Tak ada apalah.Arwah ayah lebih 10 tahun
dah meninggal.Sedih?Memang sedih.Tapi.itu semua ketentuan Allah.Kami.redho."Iqbal diam.Dia hanya mengangguk.Tak berani nak tanya macam-macam lagi.Takut Ara bertambah sedih.

"Kau pulak berapa beradik?"

"Empat!Dua lelaki dua perempuan.Aku
anak kedua.Atas aku lelaki.bawah aku dua
perempuan."

"Alhamdulillah...Mesti meriah kalau raya kan."

"Bolehlah..sebab abang dengan adik aku dah kahwin.Tinggal aku je belum."Iqbal
membuang pandangan ke arah jalan.
Waktu macam ni , kenderaan agak banyak.
Maklumlah hari minggu,ramai yang ambil
peluang keluar melawat ahli keluarga yang sakit.

"Ni mesti kes memilih kan."
Iqbal terkekeh halus.Memilih?
Emm..

"Bukan memilih,orang yang tak nak
dekat aku.Siapalah yang nak muka
macam aku ni."Aku mencebirkan bibir.
Muka handsome macam ni orang tak nak?
Rugi sangatlah orang tu.

"Kau pulak?kenapa tak kahwin lagi."Ah sudah..aku pula kena.

"Mmm..macam mana nak cakap ek..
Senang cerita,jodoh masih di langitlah."
Aku menyengeh.
Belum sempat Iqbal buka mulut,Azan
berkumandang dari arah surau utama.

Mereka masing-masing diam,sehinggalah
azan habis.

"Jom,aku bawa kau ke surau utama.Sana
dia orang berjemaah."

"Eh,tak naklah.Aku dahlah pakai jeans.Macam tak sesuai nak kesana.Aku solat surau dalam tu jelah."

"Mmm ok lah.Kau tahu tak kat mana surau tu?"

"Nanti aku tanyalah sekuriti kat sana."

"Oklah kalau macam tu.Aku gerak ke surau
dulu.Nanti kita jumpa sini balik."Aku dan
Iqbal bangun serentak.Aku berjalan ke arah
surau dalam,manakala iqbal ke surau utama.

Usai mengerjakan solat magrib,aku keluar semula ke tempat tadi.Sampai sahaja aku di situ,kelihatan Iqbal sudah ada di situ
sambil menggodek-godek telefon.

"Sorry lambat."

"Aku pun baru je sampai sini.Eh,jomlah.
Lewat nanti kau nak balik."

Tahu tak pa.Aku ni panjang lagi langkah
nak menapak.Jarak antara hospital ke rumahnya boleh tahan jauhnya.

Kami berhenti di sebuah restoran Thai
seafood.Aku hanya follow je kemana Iqbal
bawa.Aku bab-bab makan luar ni mana
tahu sangat.Yang aku tahu mamak dekat rumah aku,lepas tu adalah beberapa buah kedai makan sekitar taman perumahan aku.Selebihnya gerai burger,aku memang tahu.Sebab aku ni peminat burger.Selalu
kalau malam,aku lapar,burgerlah jadi sasaran aku.Senang, praktikal dan mudah
nak makan.hi..hi.

"Kita duduk sanalah.Panas duduk dalam.Telunjuk Iqbal
mengarahkan ke sebuah meja terletak
di bahagian luar restoran.
Aku??Aku follow je.senang keluar dengan aku ni.Follow je semua kehendak orang.
Malas nak cakap banyak.

Aku dan Iqbal duduk,sambil membelek-belek menu.Apa bendalah aku
nak makan ni.

"Nak makan apa?"

"Hah?..entahlah..aku ikut kau je lah.Tak tahu nak makan apa."

"Lor..macam tu pulak.Ok lah.Aku order je
apa-apa eh.Kau jangan complain pulak."

"Order jelah.Aku ok."

Seorang pelayan datang,dan Iqbal memesan makanan mengikut selera
dia.Aku hanya tengok je.Malam-malam
macam ni,tekak rasa tak lalu pula.
Mungkin aku letih agaknya.
Tak habis,aku suruh je Iqbal mencekik
sampai licin.Senang esok tak yah sarapan dah Ha..ha.. Jahatnya aku..he..he

aduhhh..maaf sis sibuk sikit.apa2 oun selamat membaca kesayangan hamba

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience