Aku mengangkat beg sandang dan helmetku keluar rumah.Aku ambil stokin
dan menyarungnya ke kaki.Sedang aku memakai jaket kulitku,dua biji motor masuk
ke halaman rumah tok.Motor pertama
yang masuk memang aku kenal,siapa
lagi kalau bukan Raihan.
Yang sebiji lagi tu ,aku tak berapa cam.
Mungkin geng konvoi juga.Aku ni jenis,bukan perhatikan sangat semua
benda.Itu yang kadang orang tegur aku,aku
macam..err...siapa ni..adoiii..teruk betul.
"Kawan Ara dah sampai tu.Ajak masuk dulu Ara."Tok duduk disamping aku.
"Tak payah lah tok.Nanti saya
kenalkan kawan saya dengan tok."
Aku lihat Raihan sedang berdiri di samping motornya.
"Assalamualaikum,dah siap ke za?"Aku mengangguk.
"Waalaikumussalam.Jom jumpa tok dulu."Aku memberi senyuman kepada kawan Raihan disebelahnya.Mereka mengekori aku ke beranda rumah.
"Tok kenalkan ni Raihan.Dan yang ni..er.."
"Daniel."Mereka berdua bersalaman dengan tok.
"Owh..segak-segak nooh orang bandaq.
Buah hati Ara ka.?"Tok menoleh ke arah aku.
"Eh,tak .tak tok.Dia orang ni kawan-kawan
Ara tok.Jumpa pun masa berkonvoi je "Aku cepat menafikan.Gila nak jadi boipren aku.
Tak nak lah.Marah si Raisya.
Raihan hanya mampu tersenyum.One day
nanti Za.Kau tunggu.Bisik hati kecil Raihan
"Alhamdulillah..ingat dah ada buah hati.Eh tak tunggu Iqbal balik dulu?"
"Tak apalah tok.Kirim salam je lah dekat dia.Takut lambat pula sampai homestay.
Kesian dekat kawan-kawan."Aku menolak dengan baik.
"Ya lah..nanti tok sampaikan."Aku memeluk
erat tok.Aku mencium pipi tok, kiri dan kanan.
"Ara pasti rindukan tok nanti."Bisikku
perlahan sambil menahan sebak.
"Tok pun, jangan segan mai sini lagi nah.!
Tok suka Ara ada sini.Bila-bila mai lagi.
Tiduq mai seminggu dua."
"Amboi tok sampai seminggu.Alamat kena buang kerjalah Ara."Kataku terkekeh.
Aku capai beg sandangku.
Tok juga tak kalah ketawa.
"Ara gerak dulu ye tok.Tok jaga diri elok-elok ye."Aku memegang tangan tuanya.
Rasa macam tak nak berpisah.Tok
menarik ku sekali lagi ke dalam pelukannya.
Menitis air mataku..uwaaaaa...nak nangis
lah hu..hu.
Aku melonggarkan pelukkan ku.Aku duduk di bibir tangga untuk memakai kasut.
"Ni Rai..Raihan ka apa tak tau tadi,bawak
motor elok-elok nah.Jangan laju-laju.Biaq
lambat,asal sampai.Ingat tu."Pesan tok.
"Baik tok.Kami bawa motor santai-santai je,mintak diri dulu tok.Terima kasih jagakan
kawan saya ni."Kata Raihan sambil bersalam dengan tok.
Aku menjeling ke arah Raihan.
"Huh,santai lah sangat."Ngomelku dalam hati,diorang ni mana pernah santai.Bawak
motor macam apa ntah.
Aku,Raihan dan kawannya, bergerak meninggalkan kawasan rumah tok.Hon aku bunyikan tanda menyapa tok sekali lagi sebelum megekori rapat motor Raihan.
****
Iqbal melirik jam di tangannya berkali-kali.
Dia yang sejak dari tadi gelisah dan tak senang duduk.
"Mana budak hafis ni.Lama betul."Iqbal
menyumpah-nyumpah dalam hati.Dia dari
lepas magrib tadi tercongok macam orang
bodoh di tepi koridor bengkel motor.
"Bongoklah!!!"makinya sekali lagi.Telefon
dari poket seluarnya di keluarkan.Nombor
hafis di tekan.Sekali..dua kali......
"Sial!!!!"Hamun Iqbal sambil menghenyak
punggungnya di kerusi.
"Ara...harap kau tunggu aku."Gumam Iqbal
kesal.
Selang beberapa minit,sebuah kereta honda berwarna biru berhenti didepannya.
Hafis keluar terburu-buru.
"Sorry Iqbal.Mak aku mintak tulong hantaq
pi surau.Aku tak bulih nak tolak.sorry...."
Saat hafis ingin menghidupkan enjin,
ibunya membuka pintu kereta lalu terus
minta Hafis menghantarnya ke surau.
Hafis tidak boleh buat apa,kalau ibunya
yang minta tolong.Tak elok tolak.
"Jom balik.Aku nak cepat ni."
Iqbal terburu-buru masuk ke dalam
kereta.Hafis tanpa membuang masa terus
memecut laju menghala ke rumah.
Hafis menjeling ke samping.Iqbal yang
mengeluh beberapa kali dapat dia dengar.
"Ada masalah besaq ka kebal?"Hafis penasaran.Dia pelik melihat Iqbal
gelisah lain macam.
"Ara...dia cakap nak balik homestay
lepas maghrib.Ni dah pukul 8 lebih.
Aku......"Iqbal meraut wajahnya.
"Sorry..aku tak tau."Iqbal hanya diam.
Hafis menekan pedal,agar bergerak
lebih cepat.
Masuk sahaja halaman rumah tok,Iqbal
melepaskan keluhan berat.Iqbal tahu Ara
dah tak ada.Matanya memandang, ruangan depan beranda.Kosong!!!
Sebaik Hafis memberhentikan keretanya,
Iqbal terus keluar dan terus meluru masuk
kedalam rumah.
"Assalamualaikum tok!"Sapa Iqbal lemah.
"Waalaikumussalam,hah baghu balik?"Iqbal
mengangguk.Dia menghempaskan punggungnya di sofa kayu milik neneknya.
"Dah. makan?"Iqbal menggeleng.
Hafis juga sudah duduk disamping Iqbal.
"Pi mandi dulu,tok siapkan nasik."
"Ceq tulong tok!"Hafis bangun lalu mengekori di belakang tok.
Dengan malas,Iqbal bangun menuju
ke arah biliknya.Dia tarik tuala yang tersangkut,lalu berjalan longlai ke bilik air.
***
"Hangpa pi mana,lambat baghu balik."Tok
mengambil pinggan kosong lalu di bawa
ke meja.
"Ceq hantaq motor Iqbal ke bengkel.Lepas tu ceq balik mandi.Elok nak pi bengkel balik
mak suruh hantaq dia pi mesjid kampung
sebelah.Tu yang jadi lambat."
"Pak hang pi mana?"
"Dia pi awai lagi.Mak la,sat tak mau pi,sat
nak pi.Dah Iqbal angin ngan ceq "Tanpa
sempat tok nak membalas balik cakap
hafis,Iqbal datang dan duduk di kerusi.
"Ambik nasik bagi Iqbal tu Fis,tok nak ambik ayaq."Hafis menghulurkan pinggan berisi nasi putih kepada Iqbal.
Iqbal mengeluh.Hafis dan tok berpandangan.Emmmm...
kecewa ye abang kebal??sian nohh.. hihi ..happy reading guys.komen jika suka,tak suka pun boleh juga komen.sis ok je
Share this novel