29_belanja makan

Others Series 42687

Hidangan sampai satu persatu.Mata aku
dah berbinar tengok hidangan.
Ish..biar betul mamat ni.Jenuh nak habiskan ni.Aku pandang muka Iqbal.

"Apasal pandang?hensem eh muka aku?Dah jom makan."Aku mencebik.
Perasan betul!! Mentang-mentang memang handsome.Aku memandang makanan di depan aku.
Lapar sangat ke mamat ni.Aku rasa mamat ni betul laparlah.Hari cuti kan.Mesti membuta je kerja dia .
Macam aku..eh..aku lain.Aku patut buat macam tu.Kerja aku banyak
keluar tenaga.Dia mana ada.Bilik pun berekon sejuk.Duduk je 24 jam ngadap
orang.Ngomelku dalam hati.

Kini,meja dah penuh dengan mangkuk
dan pinggan.Ada tomyam seafood.Ada ikan tiga rasa,sayur kailan goreng ikan masin yang tak habis fikir,telur dadar pun dia order.Macam mana nak mencekik ni.

"Kau memang makan banyak macam ni ke?"Aku masih tak percaya.Hidangan keluarga kot.Lainlah ada anak join makan.Eh..kahwin pun belum.Mana datangnya anak?he.he.

"Mana ada banyak.Kita kan berdua.Ni
hidangan untuk dua orang lah."Selepas
membaca bismillah,Iqbal mula menyuapkan nasi kemulutnya.

"Kalau tak habis?"Aku bertanya lagi.
Iqbal pandang muka aku dengan pandangan tajam.

"Err..aku nak basuh tangan.Macam tak best makan dengan sudu."Aku cepat-cepat
bangun.Seram tengok mata dia.Sah lapar gila tu.

Iqbal menggeleng kan kepala.Banyak pulak soalnya.Matanya masih tak lepas memandang Ara yang berjalan ke arah sinki.

Tahu takut, orang suruh order,dia cakap
suruh aku yang order.Bila dah order
bebel pulak.Nasib belum jadi bini.
Kalau tak,mulut tu aku gigit-gigit.
Iqbal senyum sendiri.Kau ni kena cepat
kahwin kebal.Jauh betul imaginasi tu.
Iqbal kembali menyuap nasi kemulut.

Aku duduk semula setelah membasuh tangan.Mangkuk tomyam menjadi sasaran aku.Telur aku dah muak.Menu harian aku tu.Ha..ha..menu paling ringkas untuk aku
yang malas masak dekat rumah.Buat apa
nak masak beria.Aku duduk sorang je.

Iqbal memerhati Ara menyuap nasi kemulutnya.Selalu perempuan
kalau depan lelaki bukan control ayu ke?
Makan pun bersopan santun.Lepas tu makan malu-malu kucing je.Nak suap nasi slow je,bukan apa takut
kena lipstick.Tapi minah depan aku ni,
selamba badak je.Owh lupa,dia mana pakai
lipstick..he..he

"Ok tak lauk ni?Kenapa tak makan ikan tu?ke kau tak makan ikan ?"
Eleh,dia pun tak makan,asik makan telur
je.

Aku menggeleng.Bukan tak makan.Kalau
siang dah tentu aku bedal.Ni dah malam.
Baik aku cakap tak makan.Nanti mamat
ni paksa aku makan.Biar dia habiskan semua.Nasib dia minta nasi separuh.
Tahu pulak dia nak jaga badan.

"Owh tak makan ek..,kalau aku tahu,aku takde order."Aku menyengeh.Telur dadar ku tengok dah licin.Iauk ikan tiga rasa masih belum ter usik.Iqbal menghirup sisa tomyam sehingga habis.

Aku cepat-cepat habiskan nasi.Tomyam aku kutip lauk je Tak boleh nak telan arr.
Lagi pun aku melantak banyak siang tadi
dekat rumah ibu.Ingat malam tak payah makan dah rupanya kena makan lagi.
Macam mana nak kurus ni..uwaaaa.

Habis makan aku bangun ke sinki.Aku basuh tangan kemudian kembali duduk dihadapan Iqbal.

"Dah siap?"Aku mengangguk.Air sirap bandung aku sedut.

"Nanti aku bungkus kan ikan ni.Kau bawak balik?"

"Ek..aku mana makan ikan.Kau je lah bawak balik."Tak nak aku.Lauk yang ibu
bagi sebeban dalam beg aku ni,belum
tentu aku boleh habis.

Iqbal bangun lalu mengangkat pinggan ikan tiga rasa dan berjalan ke arah meja sebelah.Aku lihat dia meletakkan pinggan ikan di atas meja sebuah keluarga muda yang sedang makan.
Kemudian dia kembali semula
ke meja.

"Settle!!"Kata Iqbal.
Hurmm good idea.Yang ni aku salute betul dengan mamat ni.Dari membazir baik sedekah je dengan orang lain.

Aku kembali menyedut air bandung yang
masih bersisa.Iqbal juga.Airnya masih banyak.

"Ni kau makan dengan aku,tak ada orang
marah ke?"Aku mengangkat muka.Aku pandang muka Iqbal sekilas.Kemudian
aku kembali menyedut air bandung.

Iqbal masih menunggu jawapan dari Ara.
Jangan cakap dia ada boyfriend.Hati
Iqbal berdebar-debar.

Dah habis melantak baru nak tanya???
Kalau aku ada pakwe,kebetulan dia nampak mahu kena tumbuk muka mamat ni.

"Aku ada yang marah?Mestilah ada.Silap
hari bulan dia mengamuk.Baran sikit dia tu."Hambik kau.Kecut perut!!!he..he

Iqbal telan air liur.

"Maknanya dah berpunya lah ni.Kira aku melepas lah."

"Melepas??Apa yang melepas?"Tanya ku polos.

"Tak ada apalah.Jom kita balik,risau
pulak boyftiend kau tumbuk aku.Aku dah
lah ajak awek dia makan.Mau mengamuk
nanti."kah .kah..kau takut ehh..tadi ngajak
makan tak takut.Orang sebelum offer lah
tanya.Ni dah kenyang baru nak tanya.Adoiii

"Eh tak pe,kucing aku tak pandai tumbuk
orang.Cakar dia pandai "

"Err..kucing ke?"cis!!ingat betullah ada pakwe.Aku dah hampir sikit je lagi nak
dapat sakit jantung.Ni yang bertambah geram ni.Cubit hidung tu kang..

"Aku nak balik dululah Dekat pukul sepuluh dah ni."Iqbal melirik jam ditangannya, betullah dekat pukul sepuluh.

Kami sama-sama bangun dan menuju ke tempat dimana motor kami terpakir.

"Aku teman kau balik?Pukul sepuluh dah ni.
Bahaya kau bawa motor sorang-sorang."

"Eh tak payahlah.Aku dah biasa."

"Kau tak takut kalau ada yang meneggek
motor kau ni.Muka dia dah lah buruk.Busuk!!kuku tajam.Rambut mengerbang!!Silap hari bu..."

"Woitt..stop .stop..!!Mulut kau kan..eiii aku cubit-cubit nanti kang sia-sia masuk hospital."Geram betul aku dengan mamat kebal ni Aku nak balik la.Yang kau cerita pasal hantu dah kenapa.Aku ni dah lah penakut..eh bukan penakut..lonely je..eh tak..penakut...uwaaaa....

Iqbal ketawa...penakut rupanya.Ingat hati kental.Baru usik sikit dah gelabah.

"Ha,macam mana?Nak balik sendiri atau aku yang teman?"

Hish .. Elok-elok aku tak rasa takut,terus aku jadi seram sejuk.Aku terus memakai helmet.

"Temanlah..sapa suruh kau takutkan aku."

"Yess!!"Iqbal cepat-cepat sarungkan helmetnya.Dengan muka penuh bangga
akhirnya dia follow Ara dari belakang.
Masuk ni dah dua kali lah.Sekali masa tunda motor rosak.Dan yang ni lagi best.Follow dengan dada kembang setaman.

Lebih kurang 15 minit Zaharah memperlahankan motornya.Dia berhenti
disebuah rumah teres dua tingkat berwarna grey.Enjin di matikan.Kemudian
diikuti oleh Iqbal.

"Rumah kau sendiri atau menyewa?"

"Sewa"

"Mmm..boleh tahan.Kau duduk sorang ke?"

"Aah..aku duduk sorang je."

"Ish..ish.."Aku memandang muka Iqbal pelik.

"Kenapa??"

"Kau tak takut ke?Duduk rumah macam ni, sorang-sorang pulak tu."Iqbal mula dah nak mengusik.Hahaha...ni part yang best ni.
Alang-alang kita kasi takut lagi ye...hi..hi..

Aku menelan air liur.Terkelip-kelip aku pandang ke kawasan gelap.Aku pandang
muka Iqbal.....Mamat ni kang...ada yang kena goreng dengan aku ni..Hish!!!!

Selamat membaca semua.Nakal eh Dr Iqbal ni.Bukan main menyakat Ara ye..he..he

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience