9-Tempat viral

Others Series 42687

Setelah melalui perjalanan hampir 3 jam,konvoi kami sampai ke salah satu destinasi yang hendak dituju.Kami berhenti
di sebuah restoran masakan kampung.
Berkonvoi,kalau tak ada makan tempat
viral,memang menjadi satu kewajipan.
Aku lihat muka masing-masing teruja.
Mahunya tak teruja.Lapar kot.!!Kena
angin akan membuatkan perut terasa
cepat lapar.Kena pulak Restoran viral
ni.Dua kali lapar dari kebiasaannya.

Aku memilih ke tandas terlebih dahulu,untuk mencuci muka.Muka
terperap berjam dalam helmet full face,
akan cepat rasa rimas.Kena pula cuaca
panas berbahang.Kau akan rasa macam
nak cabut buang je time bawa motor tu.

Settle aku membasuh muka,aku merapi
kembali wajahku dengan tepekkan
bedak tipis secara ala kadar.Aku oleskan
juga lip balm berwarna pink lembut dibibirku.Apabila aku benar-benar puas
hati,baharulah aku menapak keluar
dari tandas.

Aku terus mengambil nasi dan beberapa
menu kampung yang tersedia.Semua nampak menyelerakan.Perutku dari
tadi bernyanyi riang,minta di isi
dengan cepat.Selesai membayar,
mataku masih melilau mencari celah
untuk aku duduk.Kebanyakkan meja
hampir penuh.

"Za!!!Sini!!"Raihan dan beberapa orang jejaka melambai kearah aku.

Gila!!satu meja tu semua lelaki.Tak akan aku nak duduk dengan diorang.Aku menggeleng,sambil menunjuk ke arah meja
lain.Aku segera berjalan ke arah meja
paling hujung .Aku melabuhkan punggung ku diatas kerusi.Belum sempat aku
menyuap nasi,Raihan dengan seorang
wanita datang mendekati ku.

"Aku makan sinilah"Terbantut suapan pertamaku.

"I join juga boleh??" tersentak aku.Ni minah mana pulak ni.Dia join konvoi juga ke?
Nampak tak aku macam mana?Aku mana ada ambil kisah dengan orang sekeliling.
teruk betul aku ni.

"Duduklah,kerusi tu kosong!"
Kataku sambil tersenyum.
Aku perasan muka Raihan berubah.Dia macam tak selesa bila wanita tersebut duduk di sebelahnya.

"By the way,nama i Raisya and u?"

"Tipah!"Selamba je aku menjawab. Raihan tersedak!Cepat-cepat Raisya menghulurkan air kepada Raihan.Raihan
segera meneguk,sambil menggelengkan kepalanya.

Aku masih dengan sikap selamba, berukku.Aku terus menyuapkan nasi kemulutku tanpa ada rasa bersalah.
Hai,minah ni,tak ada pula dia tanya nama
mamat depan aku ni.Agaknya diorang ni
kenal kot.Aku membuat andaian sendiri.

" Kau makan rebung tak?"
Aku mengangkat muka.

"Aku ke??"Tanya ku sambil memandang
muka Raihan.

"Ye kaulah..aku terambik banyak ni."

"Bagi i lah,i suka rebung gulai ni"Raisya menolak pinggannya rapat ke pinggan Raihan.Rihan memadang muka ku dengan
riak serba salah.
Aku hanya memberi isyarat mengangguk.
Lagipun aku sudah kenyang.Aku pun
ambil sayur banyak tadi.Nasib ada Raisya.
Selamat pinggan aku.Raihan pasrah.

Usai menghabiskan kunyahan terakhir,aku segera bangun untuk basuh tangan.Jam menunjukkan hampir pukul 1.45minit petang.Lepas ni diorang bercadang
hendak pergi ke beberapa tempat lagi .

***

Perjalanan diteruskan ke destinasi selanjut
nya.Dalam fikiran aku harap diorang ni berhentilah dekat mana-mana masjid
untuk bersolat zohor.Malangnya semua
meneruskan perjalanan macam biasa.

Sampai ke destinasi selanjutnya, masing-masing ambil posisi bergambar
dengan pelbagai gaya.Aku memang tak berminat.Tapi kalau aku sorang -sorang
memang menjadi.Hihi..

Beberapa orang rider lelaki datang menghampiriku ketika aku asyik mengambil gambar suasana disitu.

"Hai,bergambar jom"Aku segera menggeleng sambil tersenyum.

"Jomlah ramai-ramai.Rugi datang jauh-jauh tapi tak snap moment ramai-ramai..Woii sini..sini .Semua sini.Kita bergambar semua sekali."Jerit mamat yang menegurku tadi.

Apa nak buat.Aku lihat Raihan laju berjalan
kearah ku,namun dengan cepat Raisya
menarik lengannya untuk berjalan bergandingan dengannya.
Aku berusaha lari dan menyelit mencari Fira.Ha, tu pun fira.Siap kau.

"Kau lupa kawan kan."Aku menerjah depan Fira.

"Mana ada, Aku bagi akak peluang je ."Sambut Fira berbisik.

"Peluang apa?"Aku tak faham

"Peluang Raihan dekat-dekat dengan akaklah"Katanya selamba.

"Kau dah kenapa buat gitu dekat akak?"

"Akak jangan salah faham.Raihan nak kenal dengan akak."

"Jadi,kau kawtim dengan dia lah ni?"Aku memandang tajam muka Fira.Dia lantas mengangguk.

"Bongoklah kau.Kau nampak tak tu makwe
dia "Fira terkejut.Dia segera berpaling kearah yang aku tunjuk.

"Makwe dia ke tu?Dia kata dia single.
Dia yang beria suruh aku ajak akak.Bongok
betul Raihan ni."Aku menyengeh macam kerang busuk.Padan muka.Buat lagi kerja
bodoh ni. Kan dah kena tipu..hi..hi

"Ha tu,makanya jangan lupa kawan."Aku
mengenakan Fira balik.

"Sorrylah,manalah aku tahu,dia dah ada awek."Aku hanya mengangguk.
Sekurang-kurangnya aku dah terlepas
dari Raihan ni.

Jarum dah menunjukkan pukul 3
petang.Mataku melilau mencari tempat solat .Malangnya tak ada .Aku mengeluh kesal.Nanti dalam perjalanan ke destinasi
seterusnya aku kena cari tempat solat.

satu lagi guys.Happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience