32_Pasar borong

Others Series 42687

Minggu ni,kerja agak banyak.Aku dengan team memang tak ada masa langsung
nak curi tulang.Nak tengok telefon pun tak sempat.Kalau rehat,aku akan masuk bilik
personal aku, kemudian aku zzzzz dekat sofa.
Nanti Marina lah yang akan jadi alarm aku.Begitulah aku dua tiga minggu ni.

Pagi ni macam biasa aku bangun awal.Selesai mandi dan solat subuh,aku
bergegas keluar rumah.Memang sengaja
aku keluar awal.Sebab hari ni aku terpaksa
bawa 4w Ford ranger.Cadangnya aku nak lajak ke pasar borong dulu.Kalau aku keluar awal pagi,tak adalah sesak mana.

Aku sampai dekat pasar borong, jam ngam pukul tujuh tepat.Kereta dah penuh.Banyak kali juga aku pusing cari parking.Setelah tiga kali pusing baru dapat parking.Letih datang tempat sesak ni.

Aku turun dari kereta, terus berjalan masuk
kedalam bangunan pasar borong.Meriahnya tuhan saja yang tahu.
Sana sini penjual cuba menarik perhatian orang ramai untuk membeli jualan mereka.
Aku berjalan ke arah pasar basah.Tujuan aku nak cari pembekal baru.Pembekal lama tinggal sebulan sahaja lagi kontrak nya.Lagi pun pembekal lama sudah nak terminate.Dia nak jual dan serahkan semua perniagaannya dekat
orang lain.Dia nak berpindah balik kampung.Nak buka perniagaan dekat kampung katanya.

Dia ada offer untuk sambung kontrak dengan orang baru.Aku was-was.Takut
dapat masalah je.Aku menolak dengan baik.Aku cakap kalau aku cari pembekal
lain tak dapat,aku akan contact owner baru
business dia tu.

Setelah berpuas hati dengan apa yang aku mahu, Alhamdulillah aku sudah dapat pembekal baru.Hari isnin nanti aku akan bawa kontrak perjanjian untuk ditanda tangan.Aku terus berjalan keluar.Aku agak tidak selesa, bila duduk tempat yang sesak.Dengan bisingnya,otak aku jadi huru hara.Padahal masa aku baru-baru strart buat catering dulu,pasar borong ni dah jadi rumah kedua aku.Seawal jam 3pagi,aku dah terpacak dekat sini.
kalau ingat semula semua tu, membuatkan aku rasa bersyukur sangat.Usaha aku
tanpa jemu,membuatkan aku
berjaya pada hari ini.

Aku bangga dengan diri aku.Sebab apa aku cakap macam tu,sebab aku buat semuanya sendiri.
Walaupun ada Marina,tapi dia hanya di dalam kedai sahaja.Berbanding aku,semua tempat aku pergi.Pagi ke pasar borong.Kemudian balik memasak,dah siap
hantar pulak dekat pelanggan.Masa tu aku cuma ada dua orang pekerja sahaja.

Alhamdulillah..usaha aku berbaloi.Aku nikmati kemanisannya pada hari ini.Aku boleh beli apa aku suka.Boleh makan apa aku suka.Boleh pergi kemana aku suka.
InshaAllah kalau ada rezeki lebih.Mungkin dalam masa setahun,aku akan cari tempat strategik untuk kembangkan perniagaan aku ini.

Aku berlari anak menuju ke kereta aku.
Saat aku ingin membuka pintu Ford ranger aku, tiba-tiba ada seorang makcik ni pegang tiang lampu betul-betul depan kereta aku.Lama dia berhenti,kemudian dia cuba melangkah dan dia hampir jatuh.Di sebabkan kejadian tu depan mata aku dan kebetulan hanya aku je yang ada dekat situ,aku cepat-cepat berlari pantas
dan memeluk badan makcik tu agar tidak jatuh terhempas ke kaki lima jalan.

Aku memimpin perlahan makcik itu,ke arah kereta aku.Aku dudukkan makcik tersebut
di kaki lima jalan.

"Makcik ok?"Tanyaku lembut.
Makcik itu mengangguk,kemudian
memandang muka aku sekilas.

"Terima kasih tolong makcik.Tiba-tiba
pandangan makcik macam berpusing-pusing."
Makcik tersebut terus memicitkan kepala dia.

Aku bangun lalu membuka pintu kereta.Sebotol air mineral aku ambil.Aku buka penutup botolnya dan aku hulur dekat makcik tu

"Minum dulu makcik."Huluran aku di sambut oleh makcik tersebut.Dia minum
hingga setengah botol.Alhamdulillah.

"Saya bawa makcik ke klinik ye."

"Tak apa.makcik macam dah ok."Aku mengangguk.

"Makcik datang dengan siapa?"

"Makcik datang sendiri je,drive pun sendiri"

"Ni makcik nak masuk pasar borong ke?Kalau nak saya boleh temankan."

"Tak jadilah nak,makcik nak balik je.Nanti dah ok sikit makcik balik."

"Bahayalah kalau makcik drive dalam keadaan makcik macam ni.Saya hantarkan balik ye.Kereta makcik ,nanti saya suruh kawan saya bawa balik rumah makcik."

"Makcik dah ok ni."Dia cuba bangun tapi..

"Arrghh..."Dia sekali lagi hampir jatuh.Aku menggelengkan kepala.Orang tua-tua memang degil kan.Sama macam ibu aku.

"Macam ni makcik kata ok?"Aku bangun lalu membuka pintu 4w drive aku lalu enjin aku hidupkan.Aku on kan aircond sekali.Kemudian dengan perlahan aku mempimpin makcik tersebut ke arah pintu penumpang dan membantunya masuk kekereta.Makcik itu,tidak menolak.Mungkin dia betul-betul tak larat.Menyesal aku bawa kereta ni.Kesian makcik tu.Susah jugalah dia nak panjat masuk.Ford ranger ni kan tinggi.

Aku biarkan makcik tu dalam kereta sekejap.Sementara itu ,aku call fazil suruh datang sini.Sementara menunggu fazil dan seorang lagi kawan dia datang,aku terus masuk teman makcik tadi.

"Macam mana rasa makcik?Masih pening?"

"Alhamdulillah.Rasa macam kurang sikit."

"Alhamdulillah..rehatlah makcik.Kita tunggu kawan saya sekejap.Dia on the way tu.Makcik duduk mana ye."Mata aku menjelajah wajah makcik sebelah aku ni.Cantik..kulit kuning langsat.Hidung tinggi.Licin je kulit dia.

"Makcik duduk Taman Bersatu"Aku macam familiar nama Taman Bersatu ni.Eh..tu perumahan orang kaya-kaya.Lot-lot banglo
dekat situ besar-besar.

"Taman Bersatu dekat dengan Kampung
Aman tu ye makcik?"

"Ha..situlah.Tahu yea?"Makcik memandang aku sambil tersenyum.

"Tahu makcik.Kalau nak balik rumah
saya,mesti lalu jalan tu."Aku hadiahkan senyuman buat makcik lawa tu

"Menyusahkan kamu saja.Tak pasal-pasal kena hantar makcik balik.Makcik minta maaf sangat-sangat ye,nama siapa ye."

"Saya Za..Zaharah....Tak ada apalah makcik.Rezeki saya nak tolong makcik hari ni."

"Sedap nama tu..Za..Zaharah ye.Kalau makcik panggil Ara boleh?"Aku terkelu.Biar betul makcik ni.Tiba-tiba macam rindukan seseorang tu.hi..hi..

"Boleh je makcik.Ada juga kawan saya panggil Ara.Kita kena tunggu sekejap boleh ye makcik.Nanti kawan saya sampai,baru saya hantar makcik."

"Boleh.."Puan Rosenita masih memandang wajah Arah.Pertama kali jumpa dia sudah suka dengan tingkah laku dan sikap Ara.
Kalau buat menantu bagus ni.Dia senyum sendiri.Hurmmm...

Drrttttt....

"Ha..dah sampai??kejap tunggu situ."Aku mematikan telefon aku.

"Makcik,kawan saya dah sampai,kalau tak keberatan,saya nak minta lokasi kereta makcik dengan kuncinya sekali."

"Ini kuncinya,dan kereta makcik nombor 5 dari sini.Warna merah tu."
Aku mengangguk.

"Makcik tunggu sekejap ye.Saya jumpa kawan kejap."
Aku segera turun dari pacuan empat roda,lalu berlari anak menuju ke arah Fazil.

"Kak za!!"laung Fazil.

"Mana sorang lagi?"

"Saya dah suruh balik kak.Mana keretanya?"
Aku berjalan ke arah kanan jalan,dan kereta BMW berwarna merah aku tuju.Aku berhenti betul-betul depan keretanya.

"Fuh..!!Biar betik kak?Takut saya nak bawak kereta mahal ni."

"Mak Datin ke makcik tu ekk?"Aku memandang muka Fazil.

"Akak tanya saya???Bukan akak ke dengan dia.Saya mana tahu."

"Kalau mak datin habislah...aku selamba je panggil dia makcik.Kau rasa dia marah tak??"Fazil hanya menjongketkan bahunya.

"Nah ambik kunci ni,kau follow aku.Jangan bawak laju-laju.Rosak kereta ni kau tanggung ehh."

"Eh akak..ala...tak nak lah.Akak je lah bawak."

"Aku gurau je lah.Dah masuk cepat.Sian makcik tu tengah tunggu.Kereta aku dekat situ je."Kataku sambil menunjuk ke arah
kanan kami.Setelah selesai berbual,aku dan Fazil mula bergerak menuju ke rumah makcik tersebut.Harap semua urusan dipermudahkan.InshaaAllah.

maaf lambat post.happy reading ye semua

Share this novel

S Syurga Abadi
2024-06-20 14:55:24 

bru hbus marathon.. best sgt novelnya. menarik jln cerita.. tk sbar nk bca next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience