Hari ni aku dan team memang super duper
busynya.Semua memberi tumpuan terhadap tugas masing-masing.
Aku sebagai leader dekat situ dah macam lipas kudung .Ke sana,ke sini mengejar masa.Tugasan hari ini ,mesti siap sebelum pukul 10 pagi.Kemudian team kedua akan menghantar makanan siap,terus kepada client.Sebagai leader chef,aku kena pastikan tak ada satu pun masalah dengan makanan yang syarikat kami sediakan.
Tepat pukul 10 pagi,semua makanan telah dipacking dan di susun kemas dalam van catering syarikat.Ya, aku berkerja di sebuah syarikat catering yang agak
naik namanya.
Bukan itu sahaja,aku juga merupakan rakan kongsi kepada syarikat ini.Jadi puan
Marina tu sahabat dan rakan kongsi aku.
Tak ada siapa pun yang tahu.Hanya aku dengan Marina sahaja.Aku dan Marina
akan berlagak macam pekerja dengan bos.
Si Marina ni kerap bebel dekat aku,jangan
sorok hal yang sebenar.Tapi bagi aku
cukuplah yang lain tahu, aku ni pun
pekerja macam diorang juga.Hidup
lebih santai,aku pun boleh bergurau
senda tanpa ada batasan.
Alhamdulillah,sejak tertubuhnya Zareen Catering Snd Bhd.Rezeki sentiasa ada.
Boleh dikatakan rezeki tidak pernah putus walaupun projek kecil yang masuk
tetap kami terima.Rezeki jangan ditolak.
Aku melangkah lelah ke bilik Marina.
Apron hitam aku buka,lantas aku campak ke sisi meja.Aku memusingkan badanku
kekiri dan ke kanan.Ahhh...pegal rasa
pinggangku.
"Fuh,hari ni maut punya kerja.Gila betul
client tu.Sudah lah bagi menu last minute,
nak cepat pulak tu."Bebel aku depan Marina.
Marina yang khusyuk depan laptopnya
mengangkat muka,lalu menggelengkan kepalanya.
"Kau macam tak pernah dapat projek macamni pula.Bukan sekali kita
dapat client macam ni.Dah banyak kali kan!"Balas Marina.
"Memang betul,tapi aku ni sudah macam
apa dah.Nasib barang ada.Kelam kabut
otak aku.Yang kau pun satu.Yang pergi setuju tu kenapa?"
"Sebab aku tahu kau mampu.Kawan aku ni
bukan kaleng-kaleng tau.Petik jari je boleh
settle semua.Lagipun client kita yang ni tak silap aku dah tiga kali guna khidmat syarikat kita."
"Yang petik jari tu kau,bukan aku.Aku
dah macam komando dalam dapur tu.
Suara aku ni dah macam tarzan panggil
gajah kau tau tak.Memekik,mekik.Kurus tak juga!"Bebelku lagi.
”Kau tak payah nak kurus sangatlah
Bukannya kau gemuk mana pun.Sesuai
apa dengan ketinggian kau."
"Aku nak macam kau.Sekeping macam
papan lapis.Kalau semut tiup pun boleh
melayang.Aku ni???Buldozer tolak pun bergerak kau tau tak?"
Marina ketawa besar.Si Marina ni kan,mudah terhibur.Apa sahaja yang keluar
dari mulut aku ni,semuanya kelakar bagi dia.Untunglah laki dia.Biniboleh jadi supporter bila laki buat joke.
Aku jugak yang single mingle lagi.huhu...
Ada sapa-sapa yang sudi jadi laki aku tak???
uwarrrrr..mak ceq nak berlakiiiii..uwaaaaa.
"Kau kalau bab ketawakan orang,memang kau juaralah.Hari ni aku nak balik awal.
Nak tidur.Nanti aku suruh Fazil settlekan dapur dengan Ecah.Boleh kan big bos??"
"Banyak lah kau punya big bos.Yang big bos tu kau ,bukan aku.Aku ni pencacai je.Modal kau 95% dalam syarikat ni.
Kau tu CEO."Aku memandang malas muka
Marina.Mula dah.Aku cukup tak suka Marina cakap macam tu.Bagi aku,siapa suntik modal besar ke kecik ke,bukan
masalah pun.Ikatan persabahatan tu
yang penting.
"Mengantuk lah aku dengar kau bebel.Nak balik lah."
"Ha,tengok tu.cakap sikit nak lari.Nasib baik sayang.Oklah jumpa esok,aku tahu
kau letih.Balik lah sana.Ha satu lagi,
bawak motor tu jangan tahu nak pulas je. Ingat-ingat sikit nyawa "Mulut Marina masih mengoceh.Perempuan kalau dah kahwin memang gini ek mulut dia.
Membebel sahaja kerjayanya.
"Baik nenek!!."Sahutku laju.
"Kau panggil aku nenek???Hampeh punya kawan!!"
"Gurau pun tak oleh"Aku bingkas bangun
berlari keluar dari bilik Marina,bila marina baling pen ke arah aku.
"Uwekk tak kena..ha..ha.."
Aku terus berjalan ke dapur berjumpa dengan Fazil dan Ecah.Setelah bagi arahan serba sikit,aku pun bergerak balik.
"Bantalllll..tunggu kekasihmu balikkkk!!!Aku merinduimu sayang..muahhhh!!"
pekik ku dalam hati.ki..ki...
satu lagi sis belanja malam ni .Maaf kalau ada ayat atau ejaan yang salah. Sis akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa.
Share this novel