3_Menu baru

Others Series 42687

Selesai bersarapan,aku masuk ke dapur.
Buat pengetahuan kau orang semua,aku
ni tukang masak.Tapi aku bukan chef yang
ada diploma,degree atau yang masta-masta macam dekat hotel tu.Aku ni tukang masak yang lahir dari minat yang mendalam terhadap semua jenis masakan.
Tak kiralah western ke,east ke,north ke
semua aku nak cuba.Jadi tak jadi ,belakang kira.Yang penting usaha.
Sebut ja apa-apa pun jenis masakan,
kau suruh ja,mesti aku berusaha mencari resepi dan berusaha masak sehingga berjaya.Sebab itulah bos aku sayang sangat dengan aku ni.Gaji aku,kalah chef-chef hebat dekat hotel lima bintang
nuu.Jadi,aku tak payah susah-susah nak fikir pasal kerja lain lagi dah.Kau tinggal datang dan buatlah kerja kau dengan
jujur dan ikhlas.Itu prinsip hidup aku.Jujur dan ikhlas.

"Zaharah,awak dah cek e mail yang saya hantar?"Tegur puan Marina mematikan lamunanku.

"Sudah bos."Jawab ku pendek.Sambil
senyum meleret.

"So,macammana? Rasa-rasanya ok tak menu cadangan tu?"

"InshaAllah bos,bagi aku,eh saya ok ja.Saya ikut ja.Saya cuba buat yang terbaik."
Aku bangun,lalu mencapai apron hitamku dari dalam locker.

"Kalau ok,saya akan follow up balik dengan
client kita.Kalau dah ada kata putus nanti
saya inform dengan awak Zaharah."

"Beresss bos.info diterima."Kataku selamba.Aku dengan bos aku ni,memang selalu bergurau.Tapi kena tengok keadaan lah. Tak semua benda aku buat bergurau.
Mahunya aku kena tendang.Tercirit nak cari kerja lain.Sudahlah maintenance "boipren" hitam aku tu boleh tahan senaknya.Kalau kena tendang,kena kayuh
besikallah jawabnya.
.Ha..ha..ha..Aku berjalan menuju ke dapur
merangkap office besar aku.Beberapa helai kertas aku baca .Mm..nasib hari ni masak
untuk 70 pack je,setiap vendor.Belum untuk personal client lagi.Begitulah kerja aku
setiap hari.

"Kak za,hari ni Ecah balik awal sikit ye.Ada hal lah"Ecah senyum simpul depan aku.

"Kau memang suka curi tulang kan?macam
ada laki lak dekat rumah tu."

"Alaaa..bukan selalu.Hari ni je.Serious hari ni Ecah betul-betul ada hal.Please...."

"Mmmm... Asal semua settle,akak bagi kau balik awal."Kataku sambil mengeluarkan beberapa bahan masakan dari dalam kotak.

"Yeayyy...ni sayang gila dengan kak za ni."

"Sayanglah sangat.Dah..dah.Buat kerja cepat."

"Baik komander!!!"Aku hanya mampu menggelengkan kepalaku.Itu baru Ecah je.
Belum si fazil,Si Amran ,Si Siti.....
Pendek kata semua lah.Makin berkedutlah
muka aku..uwarrrrr.....

"Kak za, dengar cerita kita ada menu baru ye."Sapa fazli semasa dia ambil barang berhampiran dengan aku.

"Nampaknya macam tulah Zil.Tapi bos belum dapat kata putus lagi.Kalau cliet tu setuju dengan syarat -syarat kita, InshaAllah,minggu depan mungkin dah
mula dengan menu baru."Jelasku panjang
lebar.

"Maknanya kerja kita makin bertambahlah ye,aduhh, letihlah macam ni"Keluh Fazil
sambil mengira stock barang.

"Nampaknya macam tulah.Alah relaxlah.
Akak yang perempuan pun on,kau lelaki
dah lemah.Stamina kena kuat bro.Lagipun
kau bukan kahwin lagi.Masa ni lah nak kerja keras."

"Kak Za cakap senanglah.Gaji akak tu besar.Kami ni biashe-biashe je.Cukup hujung bulan licin."

Aku memandang muka Fazil.Mamat ni,
gaji besar kot.Rm 3000 per bulan tak termasuk kerja lebih masa dan kerja
hari cuti awam.Berganda-ganda kot.

"Kau bujang,basic saja dah 3000.Belum masuk elaun itu,elaun ini kau boleh dapat hampir 4000.Kau duduk dengan family.So
apa yang tak cukupnya."

"Saya pun nak kahwin."

"So??Kahwinlah.Kumpullah duit.Dan satu lagi,janga boros bro.Kau jangan ikut pepatahbiar papa asal bergaya.Jangan kau
ikut yang tu.Merana kau esok."Aku tenung muka Fazil dalam-dalam.Dia hanya memandangku sambil tersengih.

"Akak ni membebel kalah mak saya."

"Tahu tak pa.Anggap saja ini satu nasihat
dari seorang kakk buat adik dia.Mana ada kakak tak sayang adik dia."Tanganku lincah
menumis bahan masakan.

"Akak sayang saya???Wahhh .happynya.
Nanti saya nak bagthu mak lah."

"Eh,dah kenapa kau nak bagitahu mak kau
pulak"Oceh ku bengang.

"Nak suruh mak saya masuk meminang akak.Akak kan sayang saya."Aku menggenggam sudip dengan kuat.

"Kau nampak tak ni benda apa?Sekali aku hempuk muka kau dengan sudip ni baru
ada akal"Kataku sambil menghala sudip
kemuka Fazil.

"Huish..akak ni garang betul.Tapi saya suka."

"Fazilllllll"Aku mengeraskan suaraku.

"Eh,lupa saya kena potong danging.Bye sayang..muahhh."Fazil terus mencicit
berlari.

Aku hanya mampu tarik nafas dalam-dalam.
Sabar Za..sabar...fiuuuhhhh...

sis belanja satu lagi chapter .selamat berhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience