1_Malas

Others Series 42687

"Uwarrrgghhh...emmm.Ngantuknya.
Kenapalah hari ni kena kerja.Kalau cuti lagi, kan best."Aku mengomel tanpa membuka mata.Rasanya baru je habis kerja Sabtu lepas.Satu hari cuti macam tak rasa apa.Aku peluk bantal ikan aku sekemasnya.Mulutku menguap lagi.Aku buka mata perlahan-lahan,sambil memandang kosong kearah dinding.Hurm..
Badan pun masih lemau.Semalam pun aku
tak keluar mana.Habis masa dengan
membuta je.Nak keluar...malas!! Member-
member ajak join ride ke JB.Aku awal-awal lagi dah tolak.Aku nak rehat.Mental dan fizikal aku down.Letih betul.

Aku menggeliat malas.Jam menunjukkan pukul 6.30 minit pagi.Aku menarik selimut lalu melipatnya dengan malas.Aku kutip bantal yang bersepah jatuh ke lantai dan aku susun sekemas-kemasnya.Aku betulkan cadar yang agak senget,agar kembali ketempat asalnya.Setelah berpuas hati,barulah aku tarik tuala dan melangkah masuk kedalam bilik air.

Tidak mengambil masa yang lama di bilik air,aku bergegas keluar untuk mengerjakan solat subuh.Alhamdulillah setakat hari ini ,solatku tak pernah aku tinggalkan lagi, kecuali hari bulan mengambang penuh.
Cepat atau lambat aku tetap akan laksanakan kewajipan yang satu ni.

Siap merias wajah dengan tepekkan bedak nipis tanpa warna warni diwajah,aku melangkah turun ke dapur.Perutku dari semalam belum terisi satu pun makanan berat.Aku hanya sempat menjamah roti dan beberapa biji buah rambutan yang Ecah bagi kelmarin.Bakinya masih ada dalam plastik.Aku buka peti sejuk!Tapi....
kosong beb! hahaha..Ahh..nanti singgahlah tepi jalan beli meehoon.Aku capai beg galas ,lalu kunci superbike kesayangan,aku ambil.Aku mula panaskan enjin seketika sebelum aku memulakan perjalanan.
Nak bawa kereta,tak mungkinlah.
Pagi-pagi macam ni,jem gila kot.Nanti dengan aku,aku sekali gila.Baik aku naik motor je.
senang nak cilok sana ,nak cilok sini.Tahu-tahu je dah sampai.Tak payah nak sakit kepala.Dengan traffic light banyak.Dah lah banyak,lama pula tu.Meroyan aku dibuatnya.

Aku menolak motor keluar dari pagar.Dengan ketinggianku mencecah 165 cm,diikuti berat aku yang comel ni mudah sangat nak uruskan motor ni.Lagipun cc 500 je pun.Sesuailah untuk aku untuk ulang alik pergi kerja.Nak kendalikan pun senang.Berat?besi mana yang tak berat.
Tapi kalau hari-hari dah bawak,tak ada masalah pun.Pada aku sesuailah.
Niat hati ada juga nak upgrade cc.600cc
ke,1000cc ke..tapi tulah.Dalam mimpi jelah.Tengoklah macam mana nanti Eh!!!
Simpan niat siap-siap.Mana tahu ada rezeki lebih.Lesen aku memang dah B full.Tinggal kumpul buget je lagi.Best betul berangan.Oh,ye aku juga ada kapcai.
Kadang aku bawa kapcai biru aku
tu.Bergilir-gilir bawa dengan boipren hitam aku.Dua-dua aku sayang.Kalau ada even
mana-mana tempat,ada masa luang aku akan join.Tapi tak selalu sangat.Tak best
join diorang ramai-ramai pergi ride.Kata
ride santai,tapi hampeh.Kemain bawak macam ribut.Tak best langsung.Aku sayang nyawa woii!!!!Pakwe pun tak ada lagi.Nanti mati sia-sia je.

Helmet yang sudah siap aku pegang,aku sarungkan ke kepala.Dengan jaket kulit warna hitam,tudung hitam,seluar hitam ,pendek kata serba hitam lah.Aku nampak macam gagahlah sikit,ah... tiber..hihi.Sarung tangan dah ready,dengan lafaz bismillah aku memulas trotter motorku dan terus meluncur pergi.Setiap hari, pergi dan balik ku,doaku tidak pernah putus agar aku dipermudahkan perjalanan dan dijauhkan dari segala kejadian buruk.Alhamdulillah setakat ini semuanya
berjalan lancar dengan izin dari-Nya.Minta
jauhlah semua benda buruk .
InshaAllah.

hai..setelah sekian lama menghilang,kin muncul dgn nama baru.Dari Memseroja kini tukar Embun Maya.Novel Aishah terpksa sis padam kerana ada berlaku sedikit masalah.Jadi sis buat cerita baru. harap semua dapat support sis ye.enjoy dulu part 1.ada masa nanti sis up part 2 pula.bye...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience