25-Raihan???

Others Series 42687

Aku cukup suka bawa motor awal pagi.
Tambah kawasan perumahan yang kami
duduki ini,masih sunyi walaupun hari
sabtu.Kawasan ni agak jauh sikit dari pekan atau bandar.Disini rumah
kami jenis sebiji-sebiji,dan agak berjarak
dengan rumah jiran-jiran.Banyak pokok
pokok menghijau menghiasi kiri dan kanan.jalan.Tenang dan sejuk je.

Tak sampai sepuluh minit,aku masuk
ke kawasan rekreasi yang agak luas
kawasannya.Aku park motor aku,
bersebelahan laluan masuk ke track
jogging.Senang kalau jadi apa-apa
motor aku dekat,nak cabut.

Kunci aku cabut dan masukkan kedalam poket.Helmet aku letakkan atas sit motor.
Tawakkal ajalah.Kalau hilang aku nangis
kuat-kuat dekat situ.Tak akan nak bawak helmet berlari kot.

Seperti biasa sebelum berlari kena panaskan badan dulu.Dalam 3 minit
aku sudah mula berlari anak.
Pengunjung masih belum ramai.Tapi
sudah ada dua tiga orang mendahului
aku.Jogging pagi-pagi best.Sejuk je.

Dapat satu round,aku mula kelelahan.
Nampak tak??Ini menandakan aku sudah
lama tak menggerakkan kaki aku.Yang aku
buat berdiri dan berjalan ke hulu dan ke hilir,untuk memasak.Walau pun berpeluh,
tapi tetap tidak sama dengan berlari atau
berjogging

Aku duduk di kerusi batu tepi tasik.Tasik ni boleh tahan juga luasnya.Sayup mata memandang.Orang beriadah semakin
ramai,maklumlah tempat ini boleh bawa anak-anak bermain dan berkelah.Seronok
kan.Tak payah nak pergi jauh-jauh.

Aku raba-raba poket seluarku.Aikkk
jatuh ke??
Kemudian aku menepuk dahiku.Alaa
telefon aku lupa bawa.Baru nak ambik
gambar permandangan dekat sini.
Emmm..apa nak buat,kita termenung ajalah ekk.Aku mula menyandarkan badanku ke dada kerusi.Aku menghirup
sepuas-puasnya udara segar dekat sini.
Ahhh...tenangnya.

Dari jauh kelihatan seorang lelaki berlari
sambil memakai headfon di kepala.Saat memandang ke arah tasik,sekilas matanya
terpandang seorang wanita sedang termenung santai menghadap ke dada tasik.Namun dia tidak berapa pedulikan
sangat Tempat ini memang sesuai kalau
nak healing.Tenang dan damai.

Oleh kerana wanita itu mengadap ke tasik,maka wajahnya agak tidak jelas
kelihatan,sebab wanita itu memakai topi
hoodie.Raihan meneruskan larian sehingga
ke laluan masuk utama track berjogging.
Dan mendadak dia berhenti.
Antara percaya dengan tidak,dia menggosok-gosok kan matanya beberapa kali.

Raihan menghampiri sebiji kuda besi
berwarna hitam terparkir elok di sisi laluan track berjogging.Mulutnya mencarik sedikit senyuman.Emmm..Ini motor Za...
Maknanya.........Matanya memandang keliling kawasan tersebut.

Jangan -jangan...Dia cepat-cepat berpusing untuk berpatah balik.Lariannya
dilajukan.Dalam hati,dia berdoa agar wanita yang dia lihat tadi masih berada disitu.Tak sampai lima minit dia sampai ke
tempat yang dia maksudkan.Tetapi.....

"Aik dah hilang?"Tanpa melengah kan masa dia terus selusuri laluan track,dengan harapan besar dapat berjumpa dengan Zaharah.Tidak
mengambil masa yang lama,dia terpandang sosok tubuh berhoodie
hitam sedang berjalan santai,sambil
tangannya dihayunkan ke atas dan ke bawah.
Raihan memperlahankan lariannya.
Dia belum mahu menyapa,sebab dia suka
tengok Zaharah berjalan santai macam tu.

"Hemm..!!!Raihan sudah berada di sebelah
Zaharah.Terangkat bahunya.

Terkejut beruk dibuatnya aku.Nasib aku
tak bagi sedas tindakan refleks aku.Aku
mengurut dadaku yang berdebar kencang.
Mahu tak berdebar.Tiba-tiba ada suara
unta di sebelah.Sabau je lah.

Raihan terkekeh geli hati.Comel je muka
Zaharah bila terkejut.

Ketawa..ketawa lagi.
Ada yang kena sekeh dengan aku ni.
Sudah lah muncul tiba-tiba je.Kot nak bagi
salam ke.Bagi nasi lemak ke,Ok juga.

"Assalamualaikum Za,tak sangka ek
boleh jumpa kat sini."Nasib bagi salam.
Sejuk sikit hati Eh..tiberr..

"hmm.. waalaikumussalam."Fuh macam
tercekik pula,tekak ni.

"Selalu jogging sini ke?"Aku berhenti dan berjalan ke arah bangku yang
terdapat disitu.Aku duduk ,topi hoodie aku tarik kebelakang.Tiba-tiba rasa panas.

"Sebetulnya ni baru first time."Aku berbohong.Raihan memandang pelik.

"Baru pindah sini ke?"

"Errr..aku ..ha aku datang rumah makcik
aku.Makcik aku kata kat sini ada tempat
best kalau nak lepak-lepak.Itu yang aku
try datang.Not bad.Aku suka."Pirahhh
rumah makcik konon.Padahal tempat ni lah pagi petang kau lepak kalau
balik rumah ibu.Sorry Raihan..
bohong sunat tak pe kan.Hi..hi

"Kau tinggal sini ke?"

"Eh tak lah.Aku pun datang rumah kakak
aku.Rumah kakak aku sebelah banggunan
tinggi tu.Tak jauh pun dari sini."
Aku mengangguk faham.Maknanya
Raihan tahulah kawasan ni.Harap dia
tak tahulah rumah aku ada dekat sebelah
belakang sana.

"Kau memang datang sorang je ke?Lainkali
ajaklah awek baru best "Untuk tak nampak
sangat canggungnya ,aku try jadi peramah.

Raihan memandang muka aku.
Kemudian dia duduk di atas akar pokok
yang terkeluar dari tanah.

"Aku datang dengan awek akulah ni"Raihan
mengambil ranting kecil lalu di patah-
patahkan menjadi kecil.

"Really???waahhh..mana dia?Kenalkan lah dengan aku."Aku memandang kiri dan kanan.Muka aku tiba-tiba ceria.

"Kau cari apa?"Raihan turut memandang
ke arah yang sama.

"Awek kaulah"Raihan serta merta ketawa.

"Eh,ketawa pulak.Mana dia??Cepatlah kenalkan de.ngan aku."Aku tiba-tiba jadi
tidak sabar.

"Kau betul ni nak kenal dengan dia.Aku takut kau sakit jantung je."Raihan memandang muka Zaharah.

"Eh aku kenal ke?wahh sapa tu."Aku semakin tak sabar.Siapa ek?

"Ni depan aku ni."Raihan bangun.Dia menyapu-nyapu seluar dengan tangan.

Deg!!!!

Aku menjegilkan mataku.Ahh..bergurau
kasar kau ye mamat rehan.

"Kau nampak kunci motor aku ni?Kalau nak rasa kunci masak lemak cili padi ,aku boleh bagi.rasa."

"Garangnya..janganlah garang-garang.Kau
tahu tak,wanita garang ni ramai lelaki
suka tau.Aku salah seorang daripada mereka."Raihan mengangkat keningnya
sambil memandang aku.

"Eiii...kau kan..."Raihan ketawa lagi.Geli hati tengok muka Zaharah.Geram!!!

"Eh..sorry..soryy..aku gurau je lah.
Jom aku belanja kau sarapan."Raihan
masih memandang muka Zaharah .

"Mmm,memandangkan aku lapar ni..rugi tolak kalau orang nak belanja."kataku sambil tersengih.

"Oraitt jom,kita pergi restoran dekat tepi simpang masuk sana.Situ pun boleh tahan sedap makanan diorang."

"Kau macam selalu datang sini je."

"Kalau datang rumah kakak aku,memang restoran tu aku selalu singgah makan.
Selalunya waktu petang.Mee rebus dia
sedap.Kau kena cuba."

"Emm..nanti aku cuba."
Aku bangun dari bangku.Nampaknya
Raihan ni boleh tahan juga.Makin kenal
makin tersuka pula perangai dia.
tapi, bab-bab makan ni jangan fikir banyak
Rezeki jangan ditolak.Musuh jangan di cari.Tak gitu...

maaf lambat update busy..busy. happy reading guy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience