Setelah selesai solat subuh,aku melipat telekung pemberian tok.Besar pahala tok dapat.Rezeki aku juga,aku sebenarnya terlupa nak bawa telekung.
Aku solat zohor semalam pun guna telekung surau punya.
Selesai melipat,aku letak elok-elok dalam beg. Aku bangun lalu keluar ke halaman rumah.Bau suasana pagi di kawasan
kampung sangat menyegarkan.Homestay ini juga di kelilingi sawah padi.Negeri
jelapang padi ni memang cantik.
Walaupun masih belum lagi terang,
suasana damai terhampar menyapa
pandangan mata.Aku memejamkan mata.
Menikmati angin pagi yang menyapa pipi.
"Tok!!"Sepatah perkataan terkeluar dari mulut ku.Tiba-tiba aku rindu dengan tok.
Aku tersenyum sendiri bila ingat semula
moment indah bersama tok.
Teringat dekat Arwah nenek.Rindu sangat
dengan nenek.Sedikit sebanyak ,keletah tok dapat melunaskan rasa rinduku kepada
nenek.Al-Fatihah.Mulutku terkumat-kamit
membaca surah Al-Fatihah sehingga selesai.
"Hemmm!!!"Aku tersentak.Lamunanku
terhenti.(Eh,macam tajuk lagu pulak..hi
hi)
"Apa yang di tenungkan tu?"Raihan berdiri
di sebelahku.Mamat ni,buat aku terkejut saja.Dah tu mematung dekat pula tu
dengan aku.Aku jarakkan sikit kedudukan
aku dengan Raihan.Bahu kami hampir
berlaga.Eiii...
"Ahh..apa dia buat dekat sini.Aku baru nak
feeling sorang-sorang.Kacau daun betul lah."Gumamku dalam hati.
"Saja tengok sawah padi ni.Aku suka suasana macam ni."Mataku tidak memandang muka Raihan,tetapi masih terpaku teguh memandang hamparan hijau
di hadapanku.
"Emmm..samalah.Tengok sawah padi ni
buat aku tenang."Raihan menambah.
"Apa cerita mamat yang kau tolong tu?"Aku memandang muka Raihan.
"Cerita??"Aku masih memandang muka Raihan.Raihan ni sekali imbas kalau tengok,macam cina pun ada.Mungkin
ada darah keturunan cina agaknya.
"Yea lah..macam mana boleh sesat sampai
rumah mamat tu."Kini Raihan pula memandang muka aku Aku cepat-cepat
melarikan pandangan mataku ke arah sawah.
"Aku tolong dia.Motor mamat tu bateri
drop."
"Berani kau tolong dia?"Aku mengeluh.
Pernyataan apakah ini.Ini Malaysia
kawan.Bukan Bangladesh.
"Salah ke tolong?"Aku lontarkan soalan
kepada Raihan.
"Tak salah,tapi dia kan lelaki.Kalau dia
buat bukan-bukan dengan kau,macam
mana?Kan bahaya tu."Mmm..betul juga tu.
Tapi mungkin bak kata tok,Allah dah aturkan takdir aku semalam.Kalau niat
baik,maka baiklah perjalanannya.
"Allah ada, InshaAllah segalanya baik-baik
saja.Eh,aku masuk dulu.Nak kemas-kemas.
Kejap lagi kita nak sarapan kan?"
Raihan mengangguk.Dia baru nak berbual
panjang dengan Zaharah.Emmm..
"Oraitt aku masuk dulu,jumpa lagi."Aku terus pergi meninggalkan Raihan yang masih berdiri di situ.
Kepergian Zaharah di pandang kosong
oleh Raihan.Dia merasakan sukar untuk
mendekati Zaharah.Tetapi dia tidak akan
cepat berputus asa.Tak dapat hari ini,
Hari lain kan ada.
Raihan juga melangkah meninggalkan
kawasan tersebut.Dia juga
perlu bersiap-siap untuk bertolak balik.
Akan tetapi,baru dua tapak Rauhan melangkah tiba-tiba,
"Raihan tunggu!!!"Mendadak kaki Raihan
berhenti.Dia memalingkan mukanya ke arah suara tersebut.
"Aduhhh,nak apa minah ni.Tak cukup ke
semalam dah menyusahkan aku."Ngomel Raihan dalam hati.
"Ha,nak apa?"Tanya Raihan acuh tak acuh.
"Ish..cuba senyum sikit.Nak minta tolong sikit boleh tak?"Raihan memandang muka
minah di depannya.
"Tolong apa?"Rimas sebenarnya dengan Raisya ni.Raisya ni cantik,tapi tu lah,
suara manja yang di buat-buat membuat
kan Raihan meluat sangat.
"Motor i,ada masalah sikit."Raihan mengeluh.Tak habis-habis ada masalah.
Semalam pun macam tu.Bila dia check
elok je.
"Jomlah."Raihan melangkah ke arah motor Raisya.Punyalah ramai manusia lain yang ada dekat sini,dia juga yang Raisya cari.
Tak tolong kan kata sombong.Raihan
memicit pelipis keningnya.
"Serabut!!!"Getusnya dalam hati.
******
Alhamdulillah perjalanan balik sangat
lancar dan di permudahkan Allah.
Masuk sahaja sempadan selangor,aku sudah terpisah dengan geng-geng konvoi.
Aku terlebih dahulu memulas trotter kuda
besiku masuk ke simpang jalan lama Malas aku nak follow sampai hentian rawat dan rehat di hadapan.
Ikutkan kami perlu berkumpul dan baru bersurai.Tapi aku malas.Biarlah nak kata
aku sombong.Lepas ni tak nak dah aku join
ride macam ni.Kalau aku nak ride mungkin ride solo atau ada teman dua atau tiga orang member.Kalau Ramai sangat,bagi
aku dia lebih ke serabut.Ada macam-macam peel.
Aku tak ada singgah mana-mana dah.Aku terus balik.Nak tidur dan rehat puas-puas
sebelum kerja esok.
Aku sampai rumah ngam pukul 6 lebih.
Alhamdulillah walaupun ride kali agak
bosan tapi aku bersyukur, aku dapat
berkenalan dengan tok dan Iqbal kot.
Mamat tu walau agak kurang mesra,
tapi oklah.Tak macam Raihan,over sangat.
Aku pantang,kalau kau tak kenal sangat
tapi acting kau agak over.Aku jadi rimas!!
Mungkin aku kurang bergaul sosial agaknya.Yea lah,cuti aku kalau tak membuta aku akan balik rumah ibu.Sekarang ni aku duduk sendiri.
Sebab jarak dari rumah ibu ke tempat kerja
aku agak jauh.Ibu risau aku balik kerja memalam.Aku kan perempuan.
Aku lupa nak bagi tahu,aku ni ada
adik lelaki sebenarnya.Tapi dia masih berlajar di universiti swasta berdekatan.Jadi dialah menemani ibu aku.
Zafril..ya itulah nama
adik aku.Adik yang otak gila -gila kambing.
Kadang jadi ustaz.Kadang jadi cikgu disiplin,kadang jadi cikgu pendidikan Jasmani.Pendek kata adik aku ni lalang lah.ki..ki.
Aku melepaskan tudung ku dari kepala.
Fuh!!!lega gila.Aku keluarkan baju-baju
kotor dari beg,lalu aku masukkan kedalam mesin basuh.Telekung yang tok bagi juga
aku basuh,sebab aku dah pakai,kain batik je aku simpan dekat dalam almari.
Aku capai tuala putihku,lalu bergegas ke
bilik air.Asar aku belum buat lagi.Tanpa
mengambil masa yang lama,aku bergegas
keluar bersiap-siap untuk solat.Siap solat
aku kena ke dapur.Perut aku lapar gila.Masa makan tengahari tadi,aku hanya
makan roti canai,biarpun Raihan nak ambilkan aku nasi. Aku tolak cakap perut
aku tak berapa ok.
Sebut pasal Raihan kan,Mamat ni ok je.
Ramah,caring,mungkin dia biasa bercampur dengan ramai orang,jadi
dia agak santai dan selamba bila ber
tegur sapa antara satu sama lain.Cuma
aku ni yang kurang ramah.Jadi benda
rasa janggal.Kesian juga kalau aku fikir
fikirkan.Aku layan dia macam nak tak nak
je.Hmmmm..sorry lah Raihan.Aku pun tak tahu kenapa.Tapi dengan Iqbal......haihh
malas lah fikir.
Raihan..kena usaha lebih tau.Kalau suka jangan putus asa.Tapi kan..nampak gaya si Ara ni macam selesa je dengan iqbal. emmm..kita tungguuuuu
Share this novel