Dan aku masih tidak percaya. dengan
apa yang terjadi hari ini.Aku
memandang Ducati merah dengan
penuh teruja.
Angan-anganku menjadi kenyataan.
Dapat juga aku menunggang motor
idamanku,walaupun ejin tak hidup.
Rasa hendak lompat bintang pun
ada dekat situ.
Za,relax..relax.Ingat!!jangan curang
dengan boipren hitam kau.Nanti
tidur luar kau malam ni.he..he.
"Kau dah ready??"Aku mengangguk.
"Oh!ye,lupa aku nak tanya.Nama kau apa?"
Dia lantas membuka visor helmetnya.
"Aku Za..Zaharah."Kataku santai.
"Aku Iqbal..Iqbal Haniff."Aku
mengangguk dan juga tersenyum.
Tapi senyumanku terlindung.Sebab aku
tak buka pun bandana mukaku dari tadi.
So tak nampaklah senyuman manis
penuh gula dari aku..ahakkkk!!!
"Kau ok???Kalau tak ok,boleh je kita
batalkan."Iqbal meminta kepastianku
sekali lagi.
Aku cuma mengangkat ibu jari tanda ok.
Tanpa membuang masa,aku naik keatas motornya dan ready untuk ditunda.
Manakala Iqbal juga,sudah ready untuk
memulakan penundaan.
Dengan lafaz Bismillah,aku dengan penuh
debar bercampur bangga terus di tunda
dengan perlahan oleh Iqbal.
Alhamdulillah,segalanya dipermudahkan,
aku berjaya mengawal motor Iqbal hingga sampai masuk ke kampung dia.
Kami meneruskan tundaan sehingga
betul-betul memasuki halaman
rumah neneknya.Aku terpegun!!
Cantiknya kampung dia!!belakang rumah
ada sawah terbentang luas.
Hilang seketika letih mengawal motor
Iqbal yang boleh tahan beratnya.
Aku menongkat motor merah Iqbal.
Iqbal juga sudah memakir motorku
di bawah pokok.Dia berjalan kearahku.
"Fuh..boleh tahan berat.Kau ok?"Katanya spotan.Aku mengangguk.
"Nilah rumah nenek aku."Katanya lagi.
"Iqbal!! lorr awat balik mai tak habaq,tidak,
tok bulih masak lebih"Seorang wanita tua keluar menuju kearah kami.
"Saja ceq tak mau habaq ka tok.nak bagi
surprise!!,lagi pun ceq makan kedai dah tadi.Tak mau menyusahkan tok."Iqbal menyalami tangan tua neneknya,lalu memeluk dan mencium pipi tua itu
bertubi-tubi.
"Ish..hang pun..malu kawan hang duk tengok tu."Alamak!!!Iqbal lupa.Dia kalau
sudah berjumpa dengan neneknya,
memang lupa alam sekeliling.
Aku membuka glove,dan helmet.Cap hoodie aku turunkan kebelakang.
Bandana mukaku ,juga aku turunkan.
Nak bersalam dengan orang tua,tak akan
tak cium tangan.
Aku perasan Iqbal memandangku tidak
berkelip.Begitu juga dengan neneknya.
"Lorr..pompuan ka.Tok ingat laki-laki."
Tanpa melengahkan masa,aku menghulurkan tangan untuk bersalaman
dengan nenek yang menggelarkan dirinya
tok.
Baru Iqbal teringat.Minah ni lah yang bersuap bagai pagi tadi.Mana pergi
boipren' romantik dia tadi??Pelik juga
kalau kena tinggal.Iqbal meraup mukanya.
"Panjang ceritanya tok.Bagi kami masuk dulu.Tekak kerin ni.lapaq ayaq.Sat gi
ceq ceghita"
Iqbal aku lihat terlebih dahulu berjalan
memasuki rumah neneknya.
"Mai kita masuk.Panaih di luaq ni"Aku
capai helmet dan mengekori tok dari
belakang.Kasut, aku buka dan letak elok
elok di sudut tangga.Tangga tidak terlalu
tinggi.Hanya ada tiga anak tangga batu yang menghubungkan ke beranda.
"Mai masuk! macam ni lah ghumah kampung.Tak besaq mana.Tapi selesalah kalau anak cucu mai balik."Peramah tok ni.
Aku hanya mampu berikan senyuman dan mengangguk faham.
Bagi aku,rumah tok ni sudah cukup
selesa.Halaman luas.Banyak pokok-
pokok,belakang ada sawah padi.Betul
tenang kalau duduk dekat sini.
"Duduk dulu tok buat ayaq sat nahh."
Tok terus bergerak ke dapur.Aku yang
serba salah,turut bangun untuk menyusuli tok ke dapur.
Tak akan aku nak duduk berdua
dengan mamat ni.Sudahlah asyik tenung aku je dari tadi.
Iqbal sedari tadi sukar melarikan matanya
dari merenung wajah Zaharah.Dia sendiri
pun tidak tahu mengapa dia berkelakuan
begitu.Padahal dia kalau dengan perempuan memang susah nak mesra.
Apalagi nak pandang muka.
"Eh kau nak pergi mana?"Soal Iqbal
"Nak tolong tok buat air."
"Tak payah.Air tu tok aku dah buat awal.Kau duduk je situ.Kau tu tetamu aku."
"Tapi..tak manislah macam ni."Aku lihat
dia tersenyum.
Mak..mamat ni handsome lah..gedikku
dalam hati.
"Kau dah tolong aku,terima kasih banyak-banyak.Jadi kau duduk je rehat diam-diam.Bak sini telefon kau."
"Nak buat apa?"Tanya aku bengong.
"Nak caslah.Kata bateri habis."Oh..hahaha
aku boleh blurr pula bila dengan mamat ni.
Aku segera buka zip beg sandangku,dan meraba-raba mencari telefon.Dapat je terus aku keluarkan dan hulur kepada Iqbal .
Iqbal mengambil telefon ku,dan terus bergerak masuk ke bilik.Mmm..mataku
tak habis menjelajah ruang tamu rumah tok ni.
Bersih,kemas dan tidak banyak perabot.
Jadi ruang tamu nampak luas dan selesa.
Beruntungnya ada kampung,ada nenek.
Aku sudah tidak ada siapa-siapa lagi.
Ibuku masih adalah.Tapi kami bukan
berasal dari kampung.Kami hidup
di bandar.Hendakkan suasana kampung
memang tak dapatlah.Tapi ketenangan
tetap ada.Sebab kawasan rumahku boleh dikatakan jauh dari hiruk pikuk kota.Akub
memang sengaja membeli rumah semi banglo yang sedang-sedang,elok untuk
aku dan ibu berteduh.Keliling rumah ku masih ada ruangan tanah yang agak luas.Bolehlah kami menanam pokok-pokok
buah-buahan dan membina mini taman
bunga.Aku bersyukur,kerana berkat usahaku,aku dan ibu dapat hidup bahagia
dan gembira.
maaf andai ada salah ayat dan perkataan selamat membaca guys.
Share this novel