"Buka mulut,aku suap."Tegas Raihan lembut, tapi bagi aku ini macam memaksa.
"Aku makan sendiri."Dengan dada berdebar
aku bersuara.Raihan melarikan tangannya ke tepi,apabila aku cuba mengambil karipap dari tangannya.
"Nope!!Buka cepat mulut tu."Aku mengeluh
kesal.Nak je aku tunjal hidung dia.
Aku pantang betul orang macam ni.
Nak tak nak aku buka juga mulutku.
Raihan dengan senyum bangga terus
menyuap karipap kemulutku.Dan...
"Arrrgh..sakit lah."Raihan menarik
tangannya.Aku senyum penuh
kemenangan.Padan muka.Aku buat
selamba macam tak ada apa yang
jadi.
"Kau gigit jari aku Za?Wow!!aku suka!"
katanya sambil terkekeh halus.
Aku???krik..krik..mamat ni, betul-betul
gila!!
"Ni baki ada lagi.Cepat buka mulut aku suap."Aku mengeluh.Tak serik budak
ni.Aku gigit jari sampai putus baru tahu.
Aku merampas baki kuih dari tangan Raihan.Kau tahu dia bantai gelakkan aku.
Ntah apa yang kelakar pun aku tak tahu.
Aku kasi jeling satu kali.Tapi jenis tak reti bahasa ni,mana faham.Gila!!!Getus ku dalam hati.
***
Iqbal turun dari motor berkuasa tingginya tidak jauh dari tempat Zaharah duduk.Dia sedari tadi memerhatikan gelagat dua sejoli yang sibuk suap-menyuap.Pagi-pagi
sudah di hidangkan dengan moment hangat.
"Untunglah diorang kan.Aku juga yang
single."Iqbal yang kebetulan berhenti
tempat yang sama,untuk membetulkan
tali kasutnya yang tercabut dari ikatan.Dia senyum sendiri.
Dia masih memerhati merpati dua sejoli sedang asyik makan berdua.Pada pandangan dia, diorang memang sesuai.Sama padan.Sama cun.
Sama minat motor besar.Mesti
best ride sama-sama.
Usai membetulkan tali kasutnya, Iqbal
terus bergerak laju meninggalkan tempat tersebut.Iqbal juga mahu ke utara.Tapi bukan ikut mana-mana geng konvoi,sebab
dia mahu ke kampung neneknya di Kedah
Jauh lagi perjalanan dia.Lambat bergerak
lambatlah sampainya.
***
Aku meneguk air mineral yang aku beli
di seven eleven kelmarin..Peristiwa tadi membuatkanaku hilang mood.
Si Fira ni pun satu.Sudah di ajaknya aku
berkonvoi,lepas tu dia sibuk
berkepit dengan pakwe dia.Sudahlah perempuan yang join konvoi ni gedik-gedik.
Macam menyesal pun ada.Aku jumpa kau
Fira,aku tumbuk buat sambal tempoyak.!!
"Jom,!!diorang semua nak gerak dah.Nanti lambat sampai."Ajak Raihan.
Aku bangun ,lalu menyapu debu yang melekat di punggung seluar jeans aku.
Aku menarik balik bandana ke atas kembali.Hoodie cap juga aku tarik menutupi kepalaku yang bertudung.
Memang berlapis-lapis aku pagi-pagi
angin yang menerpa ke badan sejuk oii.
Boleh mengigil kau dibuatnya.
Aku ambil helmet lalu memakainya dengan cermat.Aku perasan,selain Raihan ada beberapa pasang mata sedang memerhatikan gelagat aku.Ish..aku mengangguk dan mengangkat tangan
tanda bersahabat.Dalam berkonvoi ni,
mana boleh buat sombong Esok-esok jadi
kemalangan ,atau kesulitan,tak ada siapa nak tolong.Walau tak berapa menyukainya,
tetapi aku kena akur.Cuma masih menjaga
batas-batas tertentu.
Masing-masing sudah bergerak
ketengah lebuh raya.Geng-geng
rider ni sebenarnya sporting,cuma aku ni
kan perempuan.Tak berapa nak kenal sangat. Jumpa pun sekadar senyum je.Tak lebih.Susah kalau pemalu ni Macam kerdil
je aku ni dimata diorang.
Setelah Raihan bergerak,aku mula membontoti motornya.Belum pun sepuluh
minit perjalanan masing-masing memecut
laju.Terpaksa aku memecut sama,agar tidak tertinggal.Ikutkan aku boleh je santai
santai.Cuma tak bestlah,aku datang berkonvoi.kenalah ikut cara diorang.
Fira memotong motosikal ku,dia mengangkat tangan tanda menyapa.
Huh!!ada pun minah ni.Ingat sesat tak
jumpa jalan.Aku sekadar membunyikan
horn satu kali,tanda membalas sapaannya.
Fira ni boleh tahan lajunya kalau bawa motor.Kena pulak dia berdua bersaiang
dengan buah hati dia.lagi la tak pandang
kiri kanan dah.
"Hareyy betul Fira ni.Bukannya nak tunggu aku"Maki ku dalam hati.
Dia bantainya memecut dengan pakwe dia Hareyy punya Fira.
Aku fokus pada jalan.Bahaya ni tak kira masa.Kalau nak jadi , sekelip mata je jadi.
Raihan memberi ruang aku memotongnya
Dia kini di belakangku.Mungkin tidak mahu
aku ketinggalan.Tiba-tiba aku rasa bersalah cakap dia gila tadi.Tapi..ahhh
lupakanlah.Fokus za..fokus!!!
Perjalanan masih diteruskan.Hampir sejam perjalanan,kami masing-masing masuk ke stesen minyak,untuk mengisi minyak motor dan membuang hajat.Aku juga mengisi minyak sebelum masing-masing meneruskan kembali perjalanan 15 minit kemudian.Raihan macam biasa masih
menemaniku.Cuma aku pelik.Kenapa
konvoi kali ni dia berani sangat.Selalu
kami berbual yang penting -penting je, atau
sekadar berbalas senyum.Ahhhh..malas
fikir!!!
emmm..Raihan ni macam suka je dengan Zaharah kan guys. Happy reading guys!!!
Share this novel