6-Ecah yang kepoh.

Others Series 42687

"Morning my sista!!!!"Jerit ecah saat aku baru letak helmet atas tank boipren' aku.
Minah ni kan.memang tak reti malu ke.
Terjerit-jerit macm sakai.Aku yang dengar
pun rasa malu.

"Kak zaaa..senyumlah sikit.Muka macam kerang busuk!"Ecah menghampiri aku
sambil menepuk-nepuk sit boipren aku ni.

"Mahu tak mencuka muka akak,cuba ber
sopan santun sikit.Ini tidak, terjerit-jerit
macam akak duduk jauh sebatu."

"Alolo..lo..kakak saya ni..ok..ok..sopan santun ye..jap ..jap..ehemmm..."Si Ecah mula tegak mematung,sambil tangannya bercantum macam persembahan nasyid tu.

"Assalamualaikum kakak Zaharah yang manis menawan.Selamat morning,izinkan saya tumpang lalu ye"Ecah terus berlalu
sambil tergelak-gelak.

Kecik besar,kecik besar je aku tengok budak Ecah ni.Ada juga aku blender jadi jus
pagi-pagi ni.Aku segera turun dari motorsikal ku,sambil membetulkn awning
tudungku yang menyenget,aku cabut kunci
motorku lalu bergegas masuk kerja,

"Morning kak za"Sapa fazil ketika kami bepapasan.

"Morning Zil,"Bukan Fazil je yang menyapa,boleh dikatakan semua geng-geng dapur kalau berpapasan dengan
aku mesti diorang tegur.Bagus perangai
diorang.Kami dekat dapur ni dah macam adik beradik.Kalau ada masalah , sama-sama settlekan.Kalau ada kegembiraan sama-sama gembira.Kalau ada yang bersedih mesti akan sama-sama rasa sedih.Kalau ada yang marah?Aku lah tu.Time naik angin semua kecut perut.
Semua jadi robot.Diorang memang tahu,
aku kalau naik hantu,muka auto jadi rimau.
Aku bukan jenis menengking,atau menghambur tak tentu pasal.Cukup aku kasi jeling satu kali,lepas tu buka apron terus keluar.Maknanya aku tengah mendidih panaslah tu.Jadi kalau nampak
aku macam tu,team dapur akan sunyi
sepi.Semua dah faham benar peragai
aku.Nanti pandai -pandailah diorang
settle kan masalah.

Seperti biasa, pagi-pagi macam ni memang semua akan sibuk.Semua ada tugas masing-masing.Tak perlu disuruh atau kena suruh.Kecuali kalau tukar menu last minute.Itu aku yang pening kepala.Aku
memang tak berapa gemar menu tukar
last minute ni,dia akan menyusahkan semua orang.Nanti mulalah ada yang hangin.

"Kak za,nak tanya sikit boleh?"Si Ecah
tiba-tiba terjengul depan muka.Budak
ni kan,macam hantu.Tiba-tiba je muncul
secara mengejut.

"Kau ni cah,boleh sakit jantung akak ni.
cuba bagi salam ke.Hish...Hah,nak tanya apa?!"Aku mula memotong kobis untuk
dibuat masak lemak putih dengan udang.

"Akak single kan?"Aku mengangguk.
apa punya soalan daa..

"Pak we tak ada lah kan..kan"Aku letak
pisau tepi meja.

"Kau ni cah kenapa?Apa benda yang kau
nak cakap sebenarnya.Akak sibuk ni.Nanti kepala kau akak buat rencah gantikan
udang kang"

"Hish..seramnya.Saya belum kahwin lagi
kak.Kalau ye pun bagilah saya berlaki dulu.
Bagi saya rasa beranak pinak.Lepas tu baru akak laksanakan hasrat akak tu"

Aku memandang mulut Ecah.Mulut dia
ni tak reti cakap point je ke.Aku mengangkat pisau menghala ke arah dia.

"Err..kak..nak cakaplah ni..eeerrr..anu...
bapak saya kan...errr.."Aku memandang tepat muka Ecah.Mata aku tak berkelip
sikit pun.

Ecah sambil berundur terus menjerit.

"Kak za..!!!bapak saya kirim salam
penuh kasih dan cintaaaaaa"Ecah
terus berlari ke belakang dapur.

Aku mengetap kan gigi.Hareey betul
budak Ecah ni.Bapak dia bagi dekat
aku.Ada makan pisau budak ni kang.
Menyesal betul layan si Ecah ni.

Budak-budak lain terkekeh ketawakan aku.
Aku meneruskan kerja aku yang tergendala
dek perangai ngok ngek si Ecah.
Ecah .Ecah...

selamat malam.Nah satu lagi sis update malam ni.Enjoy guys,Maaf andai ada salah dan silap ayat dan ejaan ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience