Saat terpandang sahaja
stesen minyak Petronas,aku tidak teragak-agak memberi signal masuk ke
situ.Kali ini aku nekad.Biarlah kena tinggal.
Aku sedikit pun tidak kisah.Nanti pandai-pandailah aku roger diorang dekat mana.
Aku park motor,dan terus bergerak ke arah surau.Semasa aku berjalan ke surau,aku
perasan sebiji motor Ducati Panigale merah terparking elok di satu sudut.
Fuh smart gila wehh.Aku minat gila
motor tu.Aku memandang kiri dan kanan.
Yeahhh clear!! Cepat-cepat aku ambil
telefon,lalu aku click tiga empat keping
gambar.Tersenyum lebar aku.Aku segera
menyambung langkahku ke surau.
Usai menunaikan solat zohor,aku menyandar sekejap dekat dinding surau.
Kemudian dengan perlahan aku jatuhkan
badan aku.
"Ahh..leganya dapat baring."Hilang rasa
kejang otot seketika.Aku meraba telefon
aku, untuk melihat gambar yang aku
ambil sebentar tadi.
Tapi telefon ku tak boleh on.Bateri habis woiii...
Aisehh, Powerbank lupa bawa.Charger!!
Puas aku selongkar beg galasku.Tapi
tetap tak jumpa.Tertinggal juga ke?
"Alamak!!"Aku menepuk dahi.Tertinggal
dekat rak kasut.Aduhh cuai betullah aku
ni.Aku baring semula sambil pejamkan mata.hampir 15 minit berbaring aku segera bangun
Jam ditangan aku tatap.Dah pukul 4.25 minit.Asar dah masuk.Solat dululah,nanti baru fikir macamna nak buat.Usai aku mengerjakan solat Asar,aku terus menyarung tudungdan bergerak keluar dari surau.
Saat berpapasan dengan motor idamanku,
aku nampak sosok lelaki yang termenung
disisi motor tersebut sambil mengotak katik telefonnya.Mungkin tu owner dia
kut.Boleh tahan orangnya.
Aku terus melintasi dia,sambl menjeling
motor disebelahnya.Best gila kalau dapat
bawa motor ni
Sampai tempat aku park motor,aku segera
mengeluarkan sepasang glove dari beg
sandang hitamku.sedang aku sibuk
memakai glove ditangan kananku,
tiba-tiba:
"Bro, boleh minta tolong tak"Aku yang sudah full berhelmet terkejut dengan panggilan tersebut.Segera aku menoleh
kearah nya.
Eh,ini kan mamat yang termenung dekat
motor tadi.Dia panggil aku bro??
Apakah???Macam jantan sangat ke aku ni.
Aku turun dari kuda hitamku.Visor full face
aku tolak keatas.Aku mengisyaratkan dengan hanya mengangguk.
"Motor aku tak boleh hidup.Aku rasa bateri
aku kong.Kau boleh tolong aku tak?"Sekali
lagi mamat tu minta tolong.
"Aku tak tahu sangat pasal motor ni.Tapi
kalau boleh aku tolong,aku tolong."
balasku
"Kau...perempuan???"Aku buka balik helmet full faceku,dan menarik kebelakang
topi hoodie ku.Cuma bandana dimuka je
aku tak buka.
Aku mengangguk.Dia aku tengok
menggaru-garu kepalanya.
"Nak suruh aku tolong apa?"
Mamat tu agak terkejut.Mungkin dia
tak sangka aku perempuan.Yealah
tudungku terselindung disebalik hoodie
yang aku pakai.
"Errr..sorry,aku ingat kau lelaki."Ada nada suara kesal disitu.
"So jadi tak minta tolong?"Ah..soalan apkah
ini Zaharah!
Aku nampak lelaki itu terfikir -fikir.
Kemudian dia bersuara lagi.
"Ingat nak minta tolong kau tunda motor
sampai kampung aku,tapi kau perempuan.
Tak mungkinlah."
Memang tak mungkinlah.Motor dia lagi besar dari motor aku.Mahu patah kaki aku.
Aku nampak dia mengeluh berat.
"Kau dah cuba call sesiapa tak?Maksud aku kawan-kawan kau?"Aku cuba berbasa
basi.Nantikan menyombong,tak elok pula.
"Aku ada call sepupu aku.Tapi tak dia tak angkat.Aku call pakcik aku,dia
tak ada dekat sini.A1ku tak ada kawan dekat sini."Aku mengangguk faham
Kesianlah pulak.
"Kampung kau jauh tak?"Soalku sambil
memandang mukanya.Fuh!!manis melenting weyyy.
"Dah tak jauh.Dalam satu kilometer dari sini.Kalau nak tolak boleh.Tapi rebeh arr bahu aku.Tak apalah.aku tolaklah slow-slow."Balasnya lemah
"Aku tolong lah.Kalau setakat satu kilometer tak jauh dah."Lelaki tu memandang tepat muka aku.
"Kau nak tunda aku?"soalnya macam tak percaya.
"Kenapa?tak percaya??Memang tak lah.
Macam ni,kau yang tunda pakai motor
aku.Biar aku yang handle motor kau."
Aku lihat dia mengangguk faham.
"Ok deal.Tapi tak apa ke?Tak menganggu kau ke?"
"Aku sebenarnya ikut berkonvoi.Tapi nampaknya aku kena tinggal.Kebetulan
Telefon aku habis bateri.Powerbank dengan charger tertinggal."Kataku perlahan.
"Aduh...kes naya ni.Kau dari mana?"
"Selangor!"
"Eh..!jangan-jangan dia ni geng konvoi yang aku jumpa pagi tadi".Gumam Iqbal dalam hati
"Tak apalah,cas dekat rumah nenek aku ja.
Nanti aku fikirlah macam mana nak tolong kau."
***
Raihan berkali-kali call Zaharah tetapi masih tidak bersambung.
"On lah fon tu Za."Gumam Raihan perlahan.
Fira menghampiri Raihan.
"Dapat tak?"Raihan menggeleng.
"Aku pun sama.Aku rasa fon dia habis bateri lah.Macam mana ni?"
"Kita tunggu lagi sejam dua.Kalau tak ada juga kita kena bagitahu diorang lah.
Terpaksa kita patah balik cari."
Fira mengangguk tanda setuju.
Masing-masing muka rasa bersalah.
Terutama Raihan.Ni semua salah Raisya.
Ada sahaja nak menyendeng dekat dia.
Raihan melepaskan keluh penyesalan.
emmm..baru nak menyesal ye Raihan. happy reading guys
Share this novel