13-Minum petang

Others Series 42687

***Flash back***

"Minum dulu.Ni apa nama tak tau."Belum pun sempat aku menjawab Iqbal terlebih
dahulu memotong percakapan ku.

"Ara tok!"Potong Iqbal.Aku memandang muka Iqbal.Dia selamba sahaja meneguk
air sirap, beberapa kali.

"Oo..Ara..macamna boleh jumpa Iqbal ni.
Arah nak p mana?Ka memang mai sekali dengan Iqbal?"

"Tak tok,saya datang asing-asing.
kebetulan saya singgah surau dekat
Petronas nak solat zuhur."Aku terhenti
seketika.Iqbal masih memandang muka
aku.Haihhh..mamat ni.Nak cerita pun jadi
gugup.

"Lepaih tu"Sampuk tok tidak sabar.

"Masa dekat motor,Iqbal tegur saya.
Dia minta tolong tunda motor dia.Motor
dia tak hidup,bateri kong katanya."

"Ara tunda motor Iqbal ka?Berat tu."

"Tak lah tok,ceq yang tunda.Ara tolong handlekan motor ceq ja.Tak kan ceq nak
suruh dia pulak.Baik ceq tolak ja "Sampuk
Iqbal.Aku hanya mengangguk setuju.

"Laa..makasih lah naah tulung Iqbal nih.
Kalau dak,jenuh tok kena mengurut dia malam ni."Kata tok sambil ketawa kecil.

"Ni Ara mai berjalan sini ka?Nak pi ghumah sapa?"Soal tok lagi.

"Saya join konvoi tok .Saya dari selangor.
kebetulan saya cuti sabtu dengan Ahad,itu
yang ikut sekali datang sini.Tapi sebenarnya saya terpisah dari kawan-kawan saya yang lain."Kata ku sayu.
Eh,sayu lah sangat.

"Laaa..awat??depa tinggai ka."Soal tok agak terkejut.

"Eh tak lah tok.Saya Singgah solat dekat
surau.Salah saya,sebab tak bagi tahu
kawan-kawan saya dulu."kataku dengan penuh sopan santunnya.

"Cantik aturan Allah nooh.Dia dah atuq baik.Kalau Ara tak p semayang lohoq
di surau,maka cucu tok ni kenalah menolak sakan motor dia ni.Dah tau nak jalan jauh
bukan nak cek dulu.Nasib ada Ara "Sempat
tok menyindir cucunya.

"Ceq mana tau nak jadi macam ni tok.
Kalau ceq tau,awai lagi ceq tukaq.
Mintak tulong mai sini sorang pun
tak leh tulong.Kena sungguh ceq
hari ni."Iqbal menyandarkan belakangnya
ke dada sofa.

"Lenkali kena beringat .nak jalan jauh
cek betul-betul motor tu.Ni Ara,nanti
tok sediakan kain ngan tola untuk Ara
mandi,lepas tu boleh baring-baring.Jauh
ooo selangoq dengan kedah.Naik gheta syoklah.Naik motor,jenuh sakit pinggang."
Bicarah tok seluruh.Aku suka sungguh dengar loghat orang kedah ni.Santai
ja membahan.ki..ki.

"Terima kasih tok,Ara menyusahkan tok saja.Tok,nak tanya,sawah belakang tu,tok punya ke?"Aku memandang muka tok
dengan penuh perasaan.

"Ya .tok punya.Pi la belakang tengok.Orang bandaq mana ada bendang.Mai sini rogi
tak melawat."

"Boleh ke tok?"Mataku bersinar.

"Laa..awat tak bulihnya.Pi saja.Ada bangku bawah pokok pelam tu.Boleh duk situ ambik angin.Tok rajin juga petang-petang
duk melangut tang tu.Duduk sorang-sorang
macam ni lah Ara.Minum ayaq tu.cayaq aih,tawaq ,tak sedap."

Aku mengangguk lantas mengambil gelas
berisi air sirap.Sekali teguk, MashaAllah..
sedap gila.Ada bau pandan ros.Tidak
terlalu manis.Ngam-ngam rasa dia.Air
tangan orang-orang tua memang tiada tandingan.

***End flash back***

Jam menunjukkan pukul 6.00 minit petang.Aku bangun dari katil tok.Segar sikit badan.sejam juga aku terlelap.
Aku bangun dan terus masuk bilik
air.Aku cuci muka dan gosok gigi,
kemudian mengelap muka hingga kering Tudung aku tarik dan terus sauk ke
kepala.Aku berjalan keluar dari bilik tok.
Aku menghalakan langkahku kedapur.
Aku lihat tok sedang menumbuk sesutu.

"Tok!"Seru ku.

"Ha,bangun dah.Mai duk sini minum.Tok
ada goreng pisang nangka ni.tu segak noh
pakai kain batik ngan baju kurung kedah.Muat elok noh."Seluruh tok sambil
mengusik aku.Tersipu-sipu malu dibuatnya
aku..ceehhh!!!

"Ye ke tok?malu saya."Ahh..makin
blushing muka aku yang tak berapa
nak cerah ni .

"Lawa baju tok ni.Pertama kali saya
pakai baju kurung Kedah.Nasib muat.Saya dah lah gemuk."Sambungku lagi.

"La nak malu apa,Ara kan tetamu tok.
Tok tengok elok ja badan Ara.Mana ada gemuk haihh.kuruih-kuruih sangat bukan
elok pun.Tok suka hat macam Ara ni lagi."

Aku tersipu malu.Ada juga orang suka
badan berisi macam aku ni.Yang aku ni beria nak kurus.

Kerusi kayu aku tarik dan terus aku duduk berhadapan dengan tok.

"Tok nak masak ke tu"Aku menuang air kopi
ke dalam cawan,dan aku letak di hadapan tok.

"Tok tumbuk sambal belacan.Nanti lepas maghrib kita makan."

"Ada apa-apa yang boleh Ara tolong?"Aku mula selesa dengan tok.Keramahan tok
membuatkan aku senang berdamping dengannya.Ara...sedap juga kan..ki..ki.

"Tok ingat nak masak gulai nangka.Nangka tok dah rebuih dah.Tinggal nak masak ja."

"Sedap tu,Ara dah lama tak makan gulai
nangka.Dekat selangor mahal tok.Ara suka sangat masak lemak nangka campur ikan masin.Boleh bertambah nasi."Aku
mula selesa dengan panggilan Ara.Terasa
macam perempuan melayu terakhir pula.

"Makan goreng pisang dulu.Paih tu baru
kita masak.Ara pandai masak?"Soal tok,semasa ingin menyuap sekeping pisang goreng kemulutnya.

"Sikit -sikit InshaAllah boleh tok.Nanti tok
ajar Ara ye masak gulai nangka resepi tok."

" Ala,resepi biasa-biasa ja Ara.
Kita makan dulu,sat gi kita masak
sama-sama"Tok memandang muka Arah dengan penuh makna.Iqbal tu,cukup susah
nak dekat-dekat dengan perempuan.Tapi
dengan Ara ni,elok pula.Kalau lah Iqbal
suka denga Ara,dialah orang pertama yang
sokong.Harap ada jodohlah cucunya nanti.

Nampaknya,tok pun suka Ara.Haihh berjodohkah iqbal???nantiiii maaf kalau ada salah dan silap ayat atau perkataan.Begitu juga dengan loghat utara.Sis bukan orang utara,cuma tahu sikit2 dari kawan-kawan sis.Maaf kalau ada salah ye geng utara

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience