21-Teruja.

Others Series 42687

"Din,kau rasa awek tu dah ada yang punya tak?"Syakir meneguk air yang baharu dia ambil.

"Emm..kau rasa?"

"Ahh..dia tanya balik kita."

"Jap..jap..awek mana ni?Dari tadi kau orang berdua duk cakap pasal awek.Cuba bagitahu detail sikit."Iqbal pelik dengan dua sahabatnya ini.Dari dia datang asyik bercakap pasal awek,awek...Awek mana ntah.

"Kau ni lembab lah.Awek yang aku cakap
sombong tadilah."Iqbal memandang geram muka manusia di depannya.Aku cekik juga dua orang ni karang.Suka hati cakap aku lembab.

"Mana satu???yang tudung putih tu ke?"
Mata Iqbal masih melilau.Eh,semua pakai
tudung putih.Diorang ni kan.Saja nak bagi
aku angin.

"Aikk,tadi ada..mana lak hilang.Dia tak pakai baju macam diorang tu.Dia pakai
hoodie hitam,tudung hitam,slack hitam.
Serba hitam,tapi manis menawan."Sahut
Dr syakir.

"Ha!!tu..tu..nampak tak.Yang badan cam
gagah sikit tu ."Dr izzudin tiba-tiba menunjuk ke arah seseorang.
Gagah???? Bukan-bukan
je otak diorang ni.Iqbal segera menoleh ke arah yang di tunjukkan dan...

Saat matanya terpandang figura yang dimaksudkan,Iqbal kaku.Betul ke apa
yang dia nampak??
Atau aku yang sedang mimpi.Iqbal
menggosok-gosok kan matanya.

"Ha..kau kenapa???terpesona???Aku..
terpesona."Sempat Dr Izzuddin menyanyi.

"Aku macam kenal lah dia."

"Kau biar betul?"Dr Syakir masih memandang muka Iqbal.

"Ka..kawan aku..ya kawan aku."Ada nada
teruja disitu.Mashaallah..akhirnya.
Doanya dimakbul Allah.

"Kawan??Kau yang aku kenal mana ada
kawan perempuan.Bukan kau allergic
ke dengan perempuan?"Iqbal menjeling.

"Bila masa aku allergic??Aku tak suka je.
Kau tunggu kejap.Aku nak jumpa dia"
Kedua sahabatnya berpandangan.Ini pelik
bin ajaib.Ni bukan Iqbal yang diorang kenal.Ni orang lain ni.Sah mamat tu kena sampuk jin.

Tanpa pedulikan dua sahabatnya,Iqbal bangun lalu meninggalkan keduanya
yang termanggu.

"Ini berita hot wehhh..very the hot!!!
Sejarah tercipta kawan!!!Fuh sensasi
sensasi."Keduanya ketawa perlahan.

"Ara!"panggil Iqbal perlahan,dia berdiri berhampiran dengan meja di bahagian
belakang hidangan.

Ara????macam...
Aku tersentak!!!Aku macam dengar orang
panggil nama aku.Tapi,tak mungkinlah.
Budak-budak ni semua panggil aku
Za.Ahh..banyak sangat berkhayal aku ni.
Aku meneruskan kerja aku .Bukan aku seorang je nama Ara.Ntah-ntah ada di
antara peserta seminar nama sama dengan aku.Aku masih lagi ralit dengan handphone.

Siti yang perasan ada seorang lelaki
lengkap berkot putih berdiri tidak
jauh dari meja hidangan.
Siti menghampiri lelaki tersebut.Dah kenapa dia kebelakang.Kalau ada
masalah,boleh sahaja berjumpa dengan
staff yang menjaga hidangan.

"Boleh saya bantu Doc?"Iqbal agak terkejut
bila disapa oleh pekerja tersebut.

"Boleh saya berjumpa dengan Ara?"Siti
mengerutkan dahinya.Ara??,puas dia berfikir.Dia memandang muka Dr Iqbal kembali.

"Err..Siapa Ara ye Doc?Saya tak kenal.Siapa yang Doc maksudkan."Siti tak habis fikir.

"Boleh saya berjumpa dengan dia"Iqbal menunjuk kearah seorang wanita yang sedang berbual dengan seseorang.

"Owh..itu Kak Za,my leader chef.Tapi kenapa Doc nak jumpa dia yea.Kalau ada masalah boleh sahaja bercakap dengan saya."Sebagai ketua di situ,Siti rasa bertanggungjawab jika ada masalah.

Leader chef??Wow!!i like it.Iqbal tersenyum.Chef rupanya.

"Saya ada hal nak bincang dengan dia.
sebagai pengurus,saya perlu berjumpa
direct dengan chef yang terlibat.
Saya tunggu di meja depan sana."Iqbal menunjuk meja yang di maksudkan.
Dengan muka ketat tanpa senyuman, dia
berlalu pergi.Banyak songeh pula minah
ni.

Siti ternganga.Huh,harap muka je
handsome.Tapi sombong.
Siti lantas berjalan ke arah Zaharah.

"Kak za,ada orang nak jumpa.Dia nak bincang apa ntah"

"Bincang? siapa"Aku blurr

"Dia kata dia pengurus.Dia cakap ada hal.nak bincang.Pasal apa tak tahu
pula saya."

"Kau ni Siti,Tanya jelah kenapa.Kau kan
hired kat sini."Aku mengeluh.Aku ni dah
lah tengah letih.

"Dah kak,tapi dia nak jumpa akak.Akak pergi jelah."

"Mana dia?"

"Meja hujung sana tu kak.Yang ada tiga
orang doktor duduk tu"Siti menjuihkan
mulutnya kearah yang dimaksudkan.

"Meja yang ada tiga orang mamat tu ke?"
Siti mengangguk.Aisehhh..ni yang lemah
ni.Baru je tadi kena kacau.Aduhhh..
Terpaksa juga aku melangkah ke sana.

sementara itu, Izzuddin dan Syakir memerhatikan sahabat mereka kembali
duduk dengan senyum simpul.

"Muka ada sinyumlah.Ini hari ong manyak
baik maaa "Dr Syakir mencuit pinggang Dr izzudin disebelahnya.
Belum sempat Iqbal membalas ,ada satu
suara menyapa dari belakangnya.

"Maaf,doc nak jumpa saya ke?"Aku memandang salah seorang muka mereka.
Dan aku langsung tak memandang muka
seorang lagi yang sedang duduk membelakangi aku.

"Err..bukan saya,tapi dia.."Dr izzudin menunjukkan jari telunjuknya ke arah
Iqbal.

Aku bergerak menghadap lelaki yang dimaksudkan.Dan aku.....

Deg..!!

"Hi Ara..."Sapa Iqbal antara dengar dengan
tidak.Suaranya tiba-tiba macam ketat
nak keluar.

"Iqbal???means..doktor Iqbal???owh."
Aku betul-betul hilang kata.Tak sangka
betul.Selama ni mamat nilah yang kecoh.sangat tu.Haihh kecilnya dunia.

Iqbal hanya mengangguk dan tersenyum
penuh makna.
Aku pula macam tak cukup oksigen.
Berhadapan dengan Iqbal,macam berhadapan dengan cikgu disiplin.
tiba-tiba jadi seram, walaupun suka
eh..hihi..

"Err..duduklah."Pelawa Iqbal.

Aku tarik kerusi kebelakang sikit dan aku duduk.

"Tak sangka boleh jumpa dekat sini."Kataku
memecahkan kegugupan hati.Malu,tapi
kang tunjuk sangat nampak macam gedik
pula.So kita try santai-santai.

"Itulah,aku pun macam eh..ye ke?
Kau ingat tak Din,awek yang aku cerita dekat kau,yang tolong masa motor aku tak hidup tu."

"Yup,ooo..jadi ini empunya dirinya.Patutlah
kemain happy bercerita.Hi..saya izzudin."

"Saya yang kacak bergaya ni,Syakir."Iqbal
membuat muka menyampah.Mamat poyo
dua ekor ni,pantang jumpa awek cun.Mula
lah tukar spesis.

Aku hanya mengangguk dan mampu
tersenyum gugup.

"Ada masalah dengan hidangan kami
ke?"Aku berbalik pada tujuan asal.
Iqbal sedang merenung wajah Ara,
seolah-olah tersedar dari lamunan.

"Err..just to say,kami amat berpuas hati dengan apa yang dihidangkan.Setakat
sampai ke hari ini,tak ada satu pun yang
merungut tentang rasa dan sebagainya.
the taste,it's a really good."

"Alhamdulillah,ingatkan ada yang kurang
dari perkhidmatan kami.Kami amat
berterima kasih.Kalau tak ada apa-apa
lagi aku..err..saya minta diri dulu ye.Saya masih ada sikit kerja yang kena bereskan.
Jumpa lagi ye semua."Aku bangun
lalu menolak kembali kerusi rapat ke meja.

Aku cepat-cepat bergerak laju meninggalkan mereka.Ah..gila.6 biji mata
memandang muka aku.Aku rasa macam
nak terkencing pun ada.
Fuh..nasib aku cepat cabut ...
Gila arr...merah padam muka beb!

last,last jumpa juga Ara.Senyum sampai ke telinga ye doc Iqbal. selamat membaca semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience