14-Sawah padi

Others Series 42687

Siap sahaja memasak.Aku minta izin tok untuk pergi ke belakang rumah.Tujuanku satu ingin menikmati keindahan dan
merakam sebanyak mungkin moment indah,ketika berada dikawasan sawah padi.Shahdu perasaan ,bbila berangan dekat sini.

Oh,ye aku dari tadi tidak nampak batang hidung Iqbal.Jejaka tu tidak ada dalam
rumah saat aku bersama tok tadi.Kemana
ye.Mungkin ke bandar mencari bateri untuk
motor dia agaknya atau berjumpa dengan sauadara -mara yang lain.Tok ada cerita,di kampung yang sama,maksu dan pak lang Iqbal juga tinggal disini.

Aku duduk di pangkin bawah pokok mangga.Ini kalau stress dengan kerja, cukup lepak dekat sini je.Terus otak dan fikiran serabut auto jadi clear.
Aku memejamkan mata seketika.

Dari kejauhan,tok Iqbal memerhati tingkah
laku Zaharah.Dia mengeluarkan telefon dari saku baju kurung kedahnya,untuk mengabadikan beberapa keping moment
cantik si gadis muda sedang menikmati
permandangan cantik sawah padi.
Kemudain dia menyimpan telefon bimbitnya kembali dalam saku bajunya.

"Ara...!!!Mai masuk.nak magerib dah ni.
Nyamuk banyak tu "Jerit tok dari jendela dapurnya.Bahagianya rasa.Seolah-olah
yang memanggil tu tok aku sendiri.
Rindu arwah dekat nenek.Kalau masih nenek hidup mungkin mereka sebaya.

Aku memusingkan kepalaku dan terus bangun.Sayangnya nak tinggalkan sawah
padi,kejap lagi aku dah nak gerak ke homestay.Aku pasti rindu suasana
tempat ni.Aku pusing balik badan ku menghadap sawah sekali lagi.

Jumpa lagi ya si cantik."Gumam ku perlahan,sebelum melangkah meninggal
kan kawasan tersebut.

"Treet..trettt!!"Telefon ditanganku bergetar.
Nama Raihan terpapar di skrin telefonku.
Aku berkira-kira,nak jawab ke tidak??
Hmmm...

"Assalamualaikum,hello..."

"Za..aku Raihan.!!"Ye aku tahu.Aku
dah save nombor kau.Senang kalau jadi
apa-apa,tak dapat contact Fira,dia ada.
Tapi tak akan aku nak cakap pula kan.

"Owh..Raihan.kenapa?"

"Kau send location.Biar aku dengan member aku ambik kau lepas maghrib.
Risau pula kau sorang-sorang
bawak motor nanti."

"Tak menyusahkan ke?"Aku menyoal kembali.Aku kalau boleh tak nak
menyusahkan orang.Ini pun diorang
dah risau.

"Mana ada.send cepat.!"Kata Raihan lembut.Mencair hatiku..tiberrr..

"Yea..yea.kejap lagi aku send."

"Orait..aku tunggu."Aku hanya membalas dengan gumaman kecil sahaja.
setelah talian dimatikan,
Aku segera send location melalui
whatsapp kepada Raihan.

"Done"Taipku.
Raihan membalas dengan emoji
senyum dan good.

Mataku kembali menatap hamparan indah
dihadapan ku.Allahhuakbar!!!! Subhanallah,
walhamdulillah, Wallahu akbar.Ucapku
berkali-kali dalam hati.Sayunya nak tinggalkan tempat ni.

Setelah berjemaah solat maghrib dengan tok,aku bersiap-siap dan berkemas segala barang yang aku keluarkan dari beg petang tadi.Tok hanya memerhati tingkah laku aku.

"Tiduq sini lah Ara,buat kawan dengan tok."
Sayu sahaja suara tok.Sedih lah pulak aku dengar.

"Ara dah janji dengan kawan-kawan.dalam
pukul 8, dia orang jemput Ara tok.Lain kali ye."Aku duduk disamping tok,dan mengusap tangan tuanya dengan lembut.

Tok senyum.Entah kenapa hatinya terpaut
dengan sikap dan tingkah laku Ara.Ikutkan
ini baru pertama kali mereka berjumpa.
Tetapi dia rasa macam sudah kenal lama.

"Habaqlah dekat kawan tu kata Malam ni Ara tiduq sini.Sunyilah tok."
Aku terkekeh kecil Sunyi??Iqbal kan ada.
Tetapi memang betul.Dari apa yang tok cerita.Anak-anak jarang balik.Semuanya
duduk bandar.Kalau ada yang dekat pun,
masing-masing ada masalah sendiri.
Sepupu Iqbal rajin menemaninya.Tapi
itulah cucu lelaki mana nak sama dengan
cucu perempuan.

Tok kata,cucu dia ramai lelaki.Yang perempuan pula tak berapa suka balik ke kampung.Itu yang dia suka sangat bila aku cakap aku suka suasana kampung.

Tok bangun menuju ke alamari bajunya.
sepasang telekung dan beberapa helai
kain batik dia keluarkan dari rak almari.

"Ni untuk Ara.Pakai tau.Bukan senang tok nak bagi barang sembarangan.Sebabkan
tok dah anggap Ara macam cucu tok sendighi,tok hadiahkan ni kepada Ara."
Tok meletakkan kain-kain tersebut dia atas pangkuanku.

Mataku berkaca -kaca.Aku tahan dari air
mataku mengalir ke pipi.Aku ambil dan mengusap lembut kain yang tok bagi.

"Cantik coraknya tok.Terima kasih banyak-banyak,sebab tok anggap Ara
macam cucu tok.Ara sayang tok."
Aku merangkul dan memeluk erat badan tok.Tok mengusap-usap belakangku.
Air mataku mula mengalir tanpa dapat
dibendung lagi

"Janganlah menangis,nanti tok pun menangis sekali.Jomlah kita makan."
kami sama-sama keluar dari bilik dan menuju kedapur.

"Tok,iqbal tak balik lagi?"

"Dia balik dah petang tadi,masa Ara tiduq.
Motor pun dah hidup.Katanya nak bawa
pi bengkel.Cek apa benda tak tau.Biaqlah
kita makan dulu.Nanti lambat Ara nak balik
homestay."Aku mengangguk,lantas mengambil mangkuk dan menceduk gulai
nangka untuk dihidangkan.
Sambil makan,aku dengan tok berbual
macam-macam perkara.Suka dengar tok
bercerita.Tok ni kelakar!!Sampai senak
perut aku ,asyik ketawa je.Aku pasti
akan rindu moment indah dan bahagia
macam ni.Hu..hu

Sudilah berkomentar untuk chapter kali ni.kalau ada idea ka,takpuas ka komen ye. Happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience