Bab 9

Romance Series 2314

DIJAH
"Hahaha, tak adalah aku tipu je."

DHIYA
"Aish, dia ni...orang tengah serius ni."

DIJAH
"Ala budak class rep yang minta. Nak buat group untuk kelas ni."

DHIYA
"Oh, okay."

DIJAH
"Kenapa Dhiya? Ada scammer call ke?"

DHIYA
"Tak adalah cuma..."

DIJAH
"Cuma apa?"

DHIYA
"Tak ada apalah."

DIJAH
"Hmm, kau datang tak open house rumah Nina?"

DHIYA
"Mestilah datang."

DIJAH
"Good."

Dijah menunjukkan simbol bagus kepada Dhiya memandangkan dia jugak akan hadir kerumah sepupunya. Jadi, dapat jugaklah mereka berjumpa sabtu ini.

Hari demi hari, Dhiya memikirkan tentang bagaimana Arsyad mendapat nombor telefonnya. Walaupun ia tidaklah perkara yang besar tetapi baginya nombor telefon itu adalah sesuatu yang tidak boleh dikongsikan kepada sesiapa melainkan orang yang dia kenal dan rapat sahaja.

Hari sabtu yang dinantikan telah tiba, dia tidak sabar ingin bertemu dengan Nina dan Dijah walaupun mereka sudah banyak kali berjumpa di kampus. Perasaan berjumpa di luar kampus memberikan aura yang lain seperti dia sudah lama tidak ketemu dengan mereka berdua. Ini adalah kali pertama dia akan datang kerumah Nina.

Rumah yang berada dihadapannya amat besar hingga boleh memuatkan 5 buah kereta dan terdapat sebuah kolam renang yang sangat cantik dan lebar.

DHIYA
"Assalammualaikum."

NINA
"Waalaikumusalam, masuklah Dhiya. Sofia pun dah sampai dah."

DHIYA
"oh, ya ke? Hehehe, segan pula aku datang rumah kau ni."

NINA
"Hahahaha, tak payah nak malu-malu. Mummy... ni kawan Amani dah sampai."

PN. MARIA
"Oh, Dhiya kan? Housemates Amani kan?"

DHIYA
"Haah, aunty."

PN. MARIA
"Jemput masuk Dhiya, jangan malu-malu."

DHIYA
"Okay, aunty."

NINA
"Jom Dhiya."

Makanan yang disediakan semuanya nampak enak dan memuaskan hati. Mata Dhiya tidak berhenti-henti memandang makanan terpampang didepan matanya.

DHIYA
"Nak ambil yang mana dulu eh...hmmm."

SOFIA
"Eh Dhiya."

DHIYA
"Sofia, hehehe. Kau dah habis makan ke?"

SOFIA
"Hahahaha, aku dah makan dah. Ni nak refill air. Kau ambillah dulu makanan. Aku duduk dekat meja luar tu."

DHIYA
"Okay."

NINA
"Dhiya, ada orang nak jumpa kau."

DHIYA
"Siapa? Dijah ke?"

NINA
"Bukan Dijah, orang lain. Orang tu ada dekat belakang kau."

Dhiya pun toleh ke belakang dan mukanya sangat terkejut apabila melihat orang itu ada disini.

DHIYA
"Arsyad?"

ARSYAD
"Hai Dhiya."

Arsyad mengulum senyuman mesra yang menampakkan barisan gigi putihnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience