Bab 8

Romance Series 2314

Mesej yang diterima oleh orang yang tidak dikenali menimbulkan tanda tanya kepada Dhiya. Dhiya membaca mesej itu berulang kali dan memikirkan siapakah yang mesejnya pada malam yang sunyi ini. Patutkah dia membalas atau biarkan sahaja mesej itu tergantung tanpa berbuat apa-apa.

DHIYA
“Tapi aku nak tahu siapa yang mesej ni…balas jelah.”

Waalaikumusalam, awak ni siapa ya?
-Dhiya

Orang itu tidak membalas pertanyaan Dhiya.

DHIYA
“Aik, tak reply pulak tapi read…hmmm.”

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi oleh nombor tidak dikenali.

DHIYA
“Hello? Siapa ni?”

ARSYAD
“Sayalah, Arsyad. Mesti awak fikir saya ni scammer kan.”

DHIYA
“La, awak ke?! Terkejut saya…saya fikir siapa pulalah yang call malam-malam ni.”

ARSYAD
“Hahaha, sorry. Saja buat surprise.”

DHIYA
“Macam awak boleh dapat nombor saya? Saya pernah bagi ke?”

ARSYAD
“Hahaha, awak tak pernah bagi pun nombor awak dekat saya.”

DHIYA
“Eh, kalau macam tu…macam mana awak boleh dapat nombor saya? Siapa yang bagi? Alia ke?”

ARSYAD
“Bukan Alia, tapi orang yang bagi tu awak kenal sangat dia. Boleh dikatakan kawan awak jugak. Dia juga satu tempat belajar dengan awak sekarang ni.”

DHIYA
“Ya ke? Siapa?”

ARSYAD
“Hahaha, mana boleh bagi tahu. Tekalah sendiri. Oklah bye. Selamat malam.”

Belum sempat Dhiya nak mengucapkan selamat malam, Arsyad sudah mematikan perbualan mereka.

DHIYA
"Hmm, dia ni…"

Pagi keesokkannya, Dhiya bergegas keluar dari rumah dan menaiki basikal menuju ke kelas di dewan kuliah. Jam di pergelangan tangannya menunjukkan pukul 9.30 pagi tepat. Rakan serumahnya yang lain sudah lama keluar kerana mereka ada kelas pada pukul 8 pagi.

DHIYA
“Aaahh…macam manalah aku boleh tak sedar. Tolonglah lecturer tak sampai lagi.”

Ketika sampai ke dewan kuliah, pensyarah untuk kelas itu belum tiba lagi. Tempat duduk di belakang sudah dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang awal sampai.

DHIYA
“Ala, terpaksalah duduk depan.”

DIJAH
“Dhiya! Sini!”

DHIYA
“Eh Dijah?”

DIJAH
“Sini…aku dah jaga tempat untuk kau. Lambat kau sampai, nasib baik lecturer tak sampai lagi.”

DHIYA
“Itulah, syukur.”

Oleh kerana memikirkan perbualannya dengan Arsyad malam semalam membuatkan Dhiya lewat masuk tidur. Itu menyebabkan dia tidak sedar jam loceng di telefon sudah banyak kali berbunyi.

DHIYA
“Dijah, kau ada bagi nombor aku dekat siapa-siapa tak? Ataupun ada tak orang minta nombor aku dekat kau?”

DIJAH
“Ada.”

DHIYA
“Siapa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience