Bab 25

Romance Series 2314

Dhiya menunggu Arsyad berkata sesuatu. Bunyinya seperti serius dan penting.

ARSYAD
"Dhiya... sebenarnya saya dengan Sara tak jadi nak bertunang."

DHIYA
"Tak jadi nak bertunang? Kenapa?"

Dhiya terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Arsyad. Mereka tidak jadi nak bertunang?

ARSYAD
"Sebab saya..."

NINA
"Hei...sorry lambat. Eh, Dhiya asal tak makan lagi?"

DHIYA
"Oh, aku tunggu koranglah."

DIJAH
"Jom kita makan."

Masing-masing tumpu pada makanan tanpa ada perbualan di antara mereka. Perut dah terlalu lapar, gitu. Arsyad sekali sekala mencuri-curi lihat Dhiya yang sedang makan. Nina perasan akan tingkah laku sepupunya itu. Dia menyiku lengan Arsyad dan Arsyad pun mengalih pandangan ke arah Nina sambil terpinga-pinga.

DIJAH
"So, lepas ni kita nak pergi mana?"

DHIYA
"Kita pergi tengok wayang nak?"

NINA
"Alright."

Habis makan mereka bergerak ke destinasi seterusnya iaitu panggung wayang yang terletak di aras atas sekali. Sudah membeli tiket wayang, Nina pula ingin ke tandas. Mula-mula Dhiya ingin mengikuti tetapi Nina sudah mengajak Dijah untuk menemaninya. Jadi Dhiya diminta untuk menunggu bersama dengan Arsyad.

DHIYA
"Alamak, aku dengan Arsyad pula."(cakap dalam hati)

ARSYAD
"Err, Dhiya..."

DHIYA
"Iya."

ARSYAD
"Sorry la tak bagi tahu awak awal-awal pasal saya dan Sara."

DHIYA
"Eh, tak apa. Saya tak kisah pun. Cuma kenapa awak tiba-tiba tak jadi nak bertunang?"

ARSYAD
"Sebab saya..."

Jantung Arsyad berdegup kencang. Dia mencari keberanian untuk mengatakan sesuatu. Dhiya pula memandang Arsyad dengan reaksi tertanya-tanya.

DHIYA
"Ya...?"

ARSYAD
"Sebab saya sukakan awak."

DHIYA
"Apa...?"

ARSYAD
"I like you, Dhiya. "

Mata mereka bertentangan antara satu sama lain. Arsyad terpesona melihat mata gadis itu seolah-olah bersinar. Dia juga berasa lega kerana dapat meluahkan perasaan kepada gadis disukainya. Oleh kerana itu, Muka Dhiya menjadi kemerahan apabila mendengar ungkapan yang tidak disangka-sangka. Adakah dia bermimpi?

ARSYAD
"I'm telling the truth. Actually, saya dah lama minat kat awak sejak sekolah lagi."

DHIYA
"Oh, tapi Sara? Saya ingatkan awak suka dia?"

ARSYAD
"Well, sara tu saya anggap sebagai kawan je. Pasal pertunangan tu pun sebab family. Not because of my own choice. I'm really sorry pasal tu. Saya takda niat pun nak lukakan hati awak masa dekat taman hijau tu."

DHIYA
"Oh, tapi sejak bila? Selama ni kalau saya tengok awak dalam kelas atau dekat luar, awak buat tak tahu je kalau nampak saya."

ARSYAD
"Well, saya pun malu kalau nampak awak. That's why saya cuba nak cover kalau saya terserempak dekat awak. Awak pun setiap kali kalau saya tengok awak dalam kelas, mesti awak pandang tempat lain. Saya ingatkan awak tak sukakan saya."

DHIYA
"What, really? Jadi apa yang Alia cakap memang betul la."

ARSYAD
"Maksud awak?"

DHIYA
"Alia pernah cakap yang awak ada pandang saya. Tapi saya tak percayalah. Saya ingatkan awak mungkin pandang tempat lain. Yalah, awak ni kan handsome. Tak kan la awak suka kat saya."

ARSYAD
"Dhiya, saya sebenarnya tak tahulah macam mana nak bagi tahu perasaan saya dekat awak. Saya ingatkan awak mungkin ada suka orang lain. Bila saya dapat tahu yang awak ada tanya Harris pasal saya, I'm so happy about it."

DHIYA
"Dia bagi tahu awak?!"

ARSYAD
"Hahaha, of course. Dia tahu saya suka awak."

DHIYA
"Ya Allah malunya..."

Dhiya menutup mukanya kerana berasa malu bila Arsyad mengetahui tentang itu. Dia juga merasakan tidak percaya yang Arsyad mempunyai perasaan suka terhadapnya.

ARSYAD
"Hahaha, Dhiya...awak ni comel. Saya suka tengok senyuman awak.

Bila mendengar Arsyad berkata begitu, terbitnya senyuman di bibir Dhiya. Pandangan Dhiya terhadap lelaki di hadapannya dipenuhi bibit-bibit cinta. Arsyad pun tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya bila melihat Dhiya tersenyum.

Tidak jauh dari mereka, Nina dan Dijah sedang menyembunyikan diri mereka disebalik kedai. Mereka berdua memerhatikan Dhiya dan Arsyad sedang meluahkan perasaan dari hati ke hati.

DIJAH
"So plan kau menjadilah. Tak sia-sia kau dapat idea masa kat kampung hari tu."

NINA
"Haha, bijakkan aku."

Nina tersengih-sengih bila memikirkan kejayaannya untuk menyatukan sepupunya dan kawannya berbuah hasil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience