Bab 12

Romance Series 2314

Dhiya kembali semula ke kampus Uniten bersama dengan Sofia yang baru sampai ke stesen bas di Muadzam Shah. Masing-masing berada dalam kepenatan kerana terlalu lama duduk di dalam bas. Tidak lama lagi, akan menjelang hari peperiksaan yang besar buat mereka semua. Hari peperiksaan akan dijalankan selama dua minggu berturut-turut. Dhiya harus fokus terhadap pelajaran agar dia mendapat keputusan yang cemerlang yang boleh membahagiakan ibubapanya. Oleh kerana dia hendak mengulang kaji dengan tekun tanpa sebarang gangguan, Dhiya tidak dapat pulang ke halaman rumahnya. Dia akan pulang apabila sudah selesai menjawab peperiksaan itu kelak.

Ting!

Telefon bimbitnya berbunyi apabila mendapat mesej dari seseorang.

Dhiya, good luck for your final exam. Cuti semester nanti…kita pergi tengok wayang ye. :)
-Alia-

Dhiya tersenyum apabila melihat mesej daripada kawan baiknya, Alia. Dia berasa tidak sabar nak menghabiskan peperiksaan dan berjumpa semula dengan Alia. Manakala, pada masa yang sama Alia yang berada di kampus KPTM Bangi itu berasa serba salah terhadap kawannya kerana ada sesuatu yang dia merahsiakan daripada Dhiya. Hari demi hari, Dhiya dan kawan-kawan yang lain bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran. Mereka semua bersengkang mata berjaga malam menghafal nota, membuat banyak latihan agar dapat menjawab peperiksaan tanpa sebarang masalah.

-Jam 9.00 malam

NINA
“Korang, nanti pukul 11…kejutkan aku tau. Aku nak tidur kejap.”

DHIYA
“Aku pun sama jugak, kejutkan aku sekali.”

PEAH
“Okay!”

SOFIA
“Nervous la esok…tak sangka dah nak final exam. Rasa kejap je masa.”

PEAH
“Samalah kita Sofia…aku pun risau jugak esok. Harap-harap paper esok senanglah.”

SOFIA
“Itulah, amin…”

-Jam 9.00 pagi
(Di dewan peperiksaan)

Kelihatan ramai pelajar yang menduduki peperiksaan untuk hari ini. Hari ini mereka berempat sedang menjawab kertas Audit and Investigation dalam masa 3 jam. Dhiya sedang tekun mengingat semula nota yang dia sudah menghafal malam semalam. Dia memandang sekelilingnya dan mendapati sudah ramai yang habis menjawab kertas itu. Masa sudah suntuk, dah tidak lama kemudian sudah tamat masa menjawab peperiksaan. Dhiya berasa lega kerana sempat menjawab sehingga penamat tanpa meninggalkan soalan tanpa jawapan.

DHIYA
“Macam mana tadi? Okey tak?”

SOFIA
“Susah…”

NINA
“Aku no comment.”

PEAH
“Bolehlah…ada susah dan senang.”

DHIYA
“Hehehe, jomlah kita pergi makan. Lapar…”

SOFIA
“Cun. Aku lapar sangat ni.”

Dua minggu pun berlalu selepas mereka sudah tamat menjawab peperiksaan yang merupakan peperiksaan terakhir di Uniten. Masing-masing bercampur sedih dan bangga apabila hari terakhir mereka di Uniten memberikan sebuah memori yang tidak dapat dilupakan. Selama 5 tahun mereka berada di Muadzam Shah untuk melanjutkan pelajaran di Uniten dan banyak perkara mereka lalui sama ada manis atau pahit. Mereka berempat menyambut hari terakhir mereka di Muadzam Shah dengan menikmati juadah makanan di restoran yang terkenal dengan kunjungan pelajar disebabkan dekorasi di kedai itu yang sangat cantik dan boleh dikatakan hipster. Dhiya mula mengemas barang-barang yang hendak dibawa balik.

-Jam 10.00 pagi

DHIYA
“Sofia, Nina, Peah... parents aku dah sampai. Aku akan rindu korang semua. Lagi-lagi Peah…dahlah duduk jauh. Selama aku duduk sini, banyak perkara yang aku belajar…aku dapat pengalaman duduk dengan kawan-kawan yang aku dah anggap macam family, aku belajar tentang skincare dengan Sofia, Nina pula bagi aku rasa drive kereta dia walaupun aku tak ada lesen, hehehehe…Peah pula kadang-kadang suka kacau aku tengah tidur. I’m gonna miss you guys so much.”

PEAH
“Oh Dhiya, aku pun akan rindu kau jugak... nanti kalau kau datang Melaka jangan lupa bagi tahu aku. Boleh kita jumpa.”

DHIYA
“Hahaha, okay Peah.”

SOFIA
“Bye Dhiya…kau kalau nak datang jumpa aku, inform aku tau.”

DHIYA
“Hahaha, okay Sofia.”

NINA
“Dhiya, take care. Kalau kau nak datang rumah aku, bagi tahu aku je.”

DHIYA
“Bye Nina, bye Sofia, bye Peah. Good luck untuk intern nanti!”

NINA, SOFIA dan PEAH
“Kau pun…bye Dhiya!”

Sudah tiga hari Dhiya berada di rumahnya. Dia menghabiskan masa mengemas bilik yang dipenuhi dengan barang-barang yang dibawa pulang dari hostel. Buku-buku yang diconteng dan dibuat sebagai nota akan diasingkan untuk dikitar semula. Dhiya menelefon kawannya, Alia untuk mengajak keluar esok ke tempat membeli-belah.

DHIYA
“Hello, Alia. Kau sibuk esok?”

ALIA
“Esok tak busy pun. Asal? Kau nak ajak aku keluar ke?”

DHIYA
“Yup!”

ALIA
“Hahahaha, okay cun. Lagipun aku ada benda nak bagi tahu kau ni…”

DHIYA
“Bagi tahu apa?”

ALIA
“Esok jelah aku bagi tahu dekat kau. By the way, pukul berapa kita nak jumpa?”

DHIYA
“Kita pergi waktu lunch time, tengah hari macam tu. Okay tak?”

ALIA
“Okay je Dhiya.”

DHIYA
“Alia, aku nak tanya…kau kalau berani nak buat sesuatu yang kau rasa teragak-agak..kau buat tak?

ALIA
“Contoh?

DHIYA
“Macam kau suka dekat someone. Lepas tu, kau nak confess dekat dia.”

ALIA
“Hmm, maybe aku confess dekat dia...kalau aku dah betul-betul sukakan dia.”

DHIYA
“Oh, okay faham.”

ALIA
“Asal? Kau nak confess dekat Arsyad ke? Aku rasa better kau…

DHIYA
“Tak adalah, aku saja tanya. Heheheh…”

ALIA
“Hmm, okay. Jumpa esok. Bye…”

DHIYA
“Bye.”

Pada jam 7 pagi, Dhiya melangkah keluar dari rumah dan menghidupkan enjin kereta untuk pergi joging ke taman yang dia selalu pergi. Aktiviti joging telah menjadi rutin pagi kerana ia dapat memberikan satu perkara yang faedah buatnya untuk mendapat tubuh badan sihat malahan dapat menghirup udara segar di sana.

-Jam 7.35 pagi
(Di taman hijau)

DHIYA
“Yeay…nasib baik tak ramai orang hari ini.”

Ketika dia sedang berjoging di kawasan itu, Dhiya ternampak kelibat seseorang dia amat kenali.

DHIYA
“Hai Arsyad, seorang je ke?”

ARSYAD
“Hei Dhiya, jumpa lagi kita dekat sini. Haah, saya seorang je. Awak datang dengan Alia sekali ke?”

DHIYA
“Tak pun, saya pun datang seorang ni.”

ARSYAD
“Oh…rajin awak joging. Hahahaha.”

DHIYA
“Patut ke aku bagi tahu dia? Kalau dia reject aku macam mana? Tak apalah, bagi tahu jelah..tak bagi tahu menyesal pula.” (bercakap dalam hati)
ARSYAD
“Okaylah, saya gerak dulu.”

DHIYA
“Err, kejap. Sebenarnya ada sesuatu saya nak bagi tahu dekat awak.”

ARSYAD
“Oh ya ke? Apa dia?”

DHIYA
“Sebenarnya…saya…macam mana saya nak bagi tahu awak, malulah. Tak apalah.”

ARSYAD
“Come on Dhiya, bagi tahu je dekat saya. Saya sedia mendengar. Hehehehe…”

DHIYA
“Sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Saya…”

ARSYAD
“Sorry Dhiya, saya rasa awak patut berhenti sukakan saya.”

DHIYA
“Tapi kenapa?”

ARSYAD
“Sebab saya tak lama lagi akan bertunang dengan orang lain. I’m so sorry Dhiya…saya betul-betul minta maaf…”

DHIYA
“Oh…that’s fine. Anyway, tahniah untuk pertunangan awak nanti. Awak abai jelah apa saya cakap tadi. Kalau macam tu saya pergi dulu.”

ARSYAD
“Wait Dhiya, Dhiya! Tunggu…”

Dhiya berlalu pergi begitu sahaja tanpa memandang wajah Arsyad kerana risau dia akan ternampak wajahnya yang sedang menahan air mata apabila mendengar berita itu. Hati Dhiya berasa amat sedih apabila orang yang dia suka selama ini akan menjadi milik orang lain. Air matanya jatuh membasahi pipinya apabila mengingat kejadian tadi. Lalu, Dhiya membuat keputusan untuk pulang ke rumah kerana tiada rasa ingin berjoging.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience