Bab 24

Romance Series 2314

ALIA
"Lambatlah kau ni. Kita pergi kelas jap. Aku nak ambil botol air."

DHIYA
"Sorry, tadi aku terlanggar si Arsyad tu."

ALIA
"Arsyad? Oh, yang berdiri sebelah kau tadi tu. Hahaha, jodohlah tu."

DHIYA
"Memang taklah..."

ALIA
"Kau ni, aku tengok korang berdua sesuailah. Dua-dua pakai cermin mata."

DHIYA
"Hmm, iyalah. Tapi aku suka lelaki yang suka senyum. Dia ni jarang senyumlah. Not my style."

ALIA
"Eleh, manalah tahu nanti dia senyum kat kau.Terus cair, hehehe."

Dhiya tersenyum bila teringat semula kejadian itu. Siapa sangka yang lelaki yang jarang senyum inilah yang akan suka menunjukkan senyumannya setiap kali berjumpa dengan Dhiya. Ini yang membuatkan Dhiya berasa nervous bila berjumpa dengan Arsyad. Orang kata malulah...gitu. Lagi-lagi bila berjumpa dengan crush. Dhiya menyimpan semula gambar itu di dalam diarinya.

Keesokkan harinya, bermulalah hari yang sibuk kerana sudah hari isnin. Nasib baiklah Dhiya hanya bekerja di rumah. Dapatlah Dhiya menjimat kos perbelanjaan kerana tidak perlu bergerak ke mana-mana. Dia cuma berharap cepatlah habis waktu bekerja kerana sudah penat.Tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon dari Nina. Dia mengambil telefonnya yang berada di atas meja.

DHIYA
"Hello, Nina?"

NINA
"Hello Dhiya. Kau busy ke?'

DHIYA
"Sekarang ni tak busy pun. Ada apa call?'

NINA
"Aku ingat nak ajak kau keluar. Rasanya minggu ni ada public holiday kan?"

DHIYA
"Jap, aku tengok kalendar..Haah. Jumaat ni cuti. Nak keluar gi mana?"

NINA
"Pergi IOI City Mall la. Aku tak pernah pergi situ."

DHIYA
"Ohh, boleh je. Siapa lagi yang ada?"

NINA
"Aku ada ajak Dijah sekali."

DHIYA
"Kau...tak ada ajak Arsyad kan?"

NINA
"Asal, kau segan ke?"

DHIYA
"Seganlah...dahlah aku pernah confess yang aku suka kat dia."

NINA
"Hahaha, aku takde ajak dia pun. So apa-apa aku Whatsapp kau."

DHIYA
"Alright cun."

NINA
"Okaylah bye Dhiya. "

DHIYA
"Bye."

Hari demi hari sudah berlalu. Pagi jumaat itu, Dhiya sudah bersedia turun ke bawah kerana sebentar lagi Nina akan sampai di rumahnya. Dia memakai kasut sneakers yang dibeli di Rubi. Kasut berwarna pink itu sangat sepadan dengan baju hoodie kelabu dan seluar jeans. Nampak casual dan sporty. Gaya ala-ala anak remaja. Dhiya membetulkan tudung shawl dengan jarum yang diselit di seluarnya.

Kereta axia berwarna merah akhirnya sudah sampai di perkarangan rumahnya. Dhiya bergegas ke pintu pagar dan menuju ke kereta Nina.

NINA
"Dhiya, kau alihkanlah beg aku kat bawah. Sorry la banyak barang."

DHIYA
"Hahaha, boleh. "

DIJAH
"So Dhiya, apa cadangan kau nanti kita nak lunch?"

DHIYA
"Korang nak makan apa? Western? Korea? Jepun? Melayu?"

NINA
"Aku tak kisah mana-mana. Asalkan aku dapat makanlah. Hahaha."

DIJAH
"Aku ikut kau Dhiya. Kau kan pandai pilih tempat best."

DHIYA
"Okay, jap aku try google."

Perjalanan mereka ke sana mengambil masa dalam sejam kerana hari ini merupakan cuti umum. Jadi akan ada banyak kereta berada di atas jalan raya. Mereka bertiga seronok berbual apabila teringat balik zaman belajar. Rindu nak belajar balik katanya. Momen yang best zaman universiti ini.

Akhirnya sampai juga di IOI City Mall. Yang menjadi cabarannya adalah apabila nak mencari tempat parkir. Di situ tempat parkir agak susah nak dapat kerana ramai orang suka datang ke Mall. Dalam 20 minit, mereka dapat juga jumpa satu tempat kosong untuk parkir.

Semasa masuk ke dalam Mall, Dhiya ternampak kelibat Arsyad berdiri di sebelah kedai emas Wah Chan.

DHIYA
"Eh, itu bukan Arsyad ke?"

NINA
"Haah, Arsyad."

DHIYA
"Eee Nina, kau kata dia takde."

NINA
"Arsyad cakap dia pun nak ikut sekali. "

DHIYA
"Ala, aku malulah."

NINA
"Ala, kau buat tak tahu je. Kau berdiri je kat sebelah aku."

Mereka bertiga pergi ke arah Arsyad yang sedang tekun melihat telefon pintarnya.

NINA
"Oi!"

ARSYAD
"Hey, sampai pun korang. Hai Dhiya."

Arsyad tersenyum bila nampak Dhiya berdiri di sebelah sepupunya.

DHIYA
"Hai..."

DIJAH
"So, jom kita pergi makan dulu. Dhiya kita nak makan kat mana?"

DHIYA
"Aku ingat kita pergi makan Dave Deli. Korang okay ke?"

NINA
"Western ke?"

DHIYA
"Yup."

NINA
"Okay."

DIJAH
"Aku okay."

ARSYAD
"Boleh je."

Mereka berempat berjalan mengharungi orang ramai yang berada di dalam Mall ini. Boleh kata memang sesaklah dengan ramainya yang jalan-jalan di setiap kawasan. Dhiya berharap sangat adalah tempat kosong dekat restoran itu. Ketika mereka semua sedang berjalan, Arsyad cuba mendekati Dhiya kerana ingin berkata sesuatu tetapi Dhiya mengelak dan berjalan ke depan.

Arsyad dapat merasakan Dhiya seolah-olah cuba mengelak daripada dia. Namun begitu, dia tetap berusaha untuk mendekati Dhiya kerana dia ingin menjelaskan sesuatu yang penting kepada gadis itu.

Restoran yang mereka cari sudah dijumpai. Dhiya, Nina dan Dijah terus beratur ke kaunter untuk memesan makanan manakala Arsyad pula mencari tempat duduk yang kosong. Mujur ada satu meja kosong. Oleh kerana Dhiya sudah pernah makan di situ, jadi dia sudah tahu pilihan makanannya. Laju sahaja dia memesan dan bayar selepas itu.

Dia membawa tray makanan ke meja yang Arsyad sudah pilih. Dia baru teringat yang nanti hanya dia dan Arsyad sahaja di meja tersebut sementara Nina dan Dijah sedang berada di kaunter. Dhiya cuba bertenang dan menuju ke meja itu. Bila difikir semula, Arsyad nanti mesti akan bergerak ke kaunter kerana dia belum membuat pesanan.

ARSYAD
"Wah, cepatnya. Awak order apa?"

DHIYA
"Fish and Chips. Sedap. Awak pergilah order."

ARSYAD
"Oh, saya dah bagi tahu Nina dah nak makan apa. Tadi dia baru mesej saya."

DHIYA
"Ohh. Awak pula order apa?"

ARSYAD
"Saya order yang ayam tu. Roasted chicken yang ada side dishes."

DHIYA
"I see"

Mereka berdua hanya terdiam seketika sambil menunggu Nina dan Dijah.

DHIYA
"Alahai, lama pulak Nina dengan Dijah ni.”(kata dalam hati)

ARSYAD
"Erm, Dhiya..."

DHIYA
"Ya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience