Bab 16

Romance Series 2314

Kini, Dhiya sedang berada di rumah sambil menghadap laptop di depannya. Sudah beberapa hari mulanya latihan praktikal selama 6 bulan sebelum dia boleh menamatkan pengajian dan bermula kehidupan baru iaitu mencari kerja sesudah habis belajar.

Dia melihat jam sudah hampir pukul 5.30 petang. Tidak sabar dia ingin keluar makan dengan kawan-kawan setelah menghabiskan banyak masa berehat di rumah.

Jam 8.30 malam, kereta Nina sudah berada di luar pagar rumahnya. Dhiya mengambil beg dan lalu terus turun ke bawah. Pintu pagar di luar rumahnya sudah terbuka luas.

Pn. Lisa
Okay ke tu nak keluar? Kaki tu ada rasa tak selesa ke?

Dhiya
Okay je mama. Dhiya ada bawa sekali tongkat ni kalau in case nak guna.

Pn. Lisa
Hmm, okaylah. Hati-hati. Ingat, kaki tu masih tengah recovery.

Dhiya
Alright.

Nina keluar dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Dhiya yang baru keluar dari rumah.

Nina
Kau okay tak? Nak aku papah ke?

Dhiya
Ehh, tak apa.

Tiba-tiba, keluar lagi seorang dari kereta Nina. Dhiya terkejut melihat Dijah pun ada juga.

Dijah
Dhiya, meh aku ambil beg kau.

Nina
Ke kau nak pakai kerusi roda? Aku ada je dalam bonet kereta.

Dhiya
Dah kenapa pula kau ada kerusi roda...?

Nina
Hahaha, nenek aku punya. Ringan je.

Dhiya
Alahai...terharu pula dapat kawan-kawan macam ni.

Nina
Hahaha, tak payah nak touching sangat. Meh aku tolong.

Semasa dalam perjalanan nak menuju ke restoran yang kebiasaan budak-budak muda suka singgah iaitu 10gram di Tamarind Square, Cyberjaya. Mereka rancak berbual-bual di dalam kereta sambil mendengar lagu 7 rings-Ariana Grande.

Dhiya
Wow, malam pun banyak kereta dekat Cyberjaya.

Nina
Biasalah, dekat sini kan banyak tempat makan. Cara kau cakap ni macam tak pernah pergi je sini. Bukan kau dah biasa ke jalan-jalan dekat sini?

Dhiya
Hahaha, yalah tu. 10gram tu pun aku recommend korang makan kat situ.

Dijah
Hahaha, LOL Dhiya. Aku terhibur.

Nina
Hahaha, untunglah rumah dekat dengan banyak tempat best.

Dhiya
Jomlah weh, pindah sini. Jadi orang selangor. Hahaha.

Kereta yang dipandu sudah hampir ke bangunan Tamarind Square. Bangunan yang kelihatan ala-ala tak siap tapi hipster. Nina mencari tempat parkir yang berdekatan dengan cafe. Memudahkan Dhiya untuk bergerak. Semasa dia memusing-musing keretanya sekitar situ, dia terjumpa satu ruang parkir kosong.

Nina
Yesss...

Dhiya
Nasib baik ada parking kosong. Aku dah lapar ni.

Dijah
Samalah kita. Harap-harap ada tempat kosong.

Dhiya
Hmm, kemurungan aku kalau penuh. Aku lapar. (bisik dalam hati)

Di luar kaca hadapan 10gram, Dhiya melihat ramai orang berada di ruang makan.

Pelayan
Ya cik, berapa orang?

Nina
4 orang.

Dhiya
Eh, 4 orang? Siapa lagi seorang?

Nina
Aku jemput Arsyad sekali.

Dhiya
Hah!? Serious ah?

Nina
Tak adalah, aku memain je.

Dhiya
Kau ni kan...member ni dahlah tengah nak cuba move on.

Dijah
Ehem, korang berdua jomlah masuk. Waiter ni dari tadi pandang kita je. Dia kata ada tempat kosong.

Dhiya
Hehe, okay- okay. Jom masuk.

Hiasan dalaman cafe ini sangat cantik untuk bergambar. Mereke bertiga mendapat ruang meja makan kosong berdekatan dengan tingkap besar yang boleh menampakkan permandangan di luar. Masing-masing sedang meneiti menu makan yang terpapar di depan mereka.

Nina
Wow, ada juga dia hidang dengan nasi. Aku dah tahu dah nak pilih apa.

Dijah
Aku tak tahu nak pilih apa. Semua nampak sedap.

Dhiya
Aku nak yang ini la kot. Dijah, try la yang ni. Yang ni pun sedap juga. Kenyang.

Dijah
Oh ya ke? Bolehlah ambil yang ini.

Nina
Air korang nak apa? Meh aku tulis dalam kertas ni.

Dhiya
Aku nak yang ni.

Dijah
Aku pun.

Selepas selesai membuat pesanan makanan, masing- masing mengeluarkan telefon pintar untuk bergambar. Pelbagai 'posture' ditonjolkan depan kamera. Kebiasaannya telefon Nina menjadi mangsa untuk dihiasi dengan berbelas-belas gambar.

Dhiya
Nina, macam biasa jangan lupa send gambar.

Nina
Ha, yalah.

Dijah
Dhiya, aku dengar kau work from home kan?

Dhiya
Haah, supervisor aku suruh kerja dekat rumah sampai kaki aku okay.

Nina
Tak silap aku first day kau ada pergi office kan masa nak report duty tu?

Dhiya
Haah. Masa tu aku datang guna tongkat. Semua orang macam tercengang pandang aku. Ada security guard datang tanya aku adik nak jumpa siapa. Pastu aku cakaplah yang aku budak intern bla bla bla. Dia pun bawa aku pergi level atas, level 15 finance department. Masa tulah aku jumpa supervisor. Ada jugalah jumpa budak intern lain.

Nina
Okaylah supervisor kau jenis yang boleh consider dan memahami situasi kau.

Dhiya
Weh Nina. Kau intern dekat audit firm kan?

Nina
Haah. Penat doh buat audit. Ada satu hari tu aku call client nak minta document. Pastu client tu macam rude jugalah. Terus hilang mood aku nak buat kerja.

Dijah
Lelaki ke perempuan?

Nina
Lelaki...tengok gambar dekat whatsapp pakai songkok pula tu. Aku macam ehhh, pakcik ni kan aku bagi tazkirah kan. Terus insaf.

Dhiya dan Dijah
Hahahaha...

Dhiya
Dijah, kau intern dekat bank kan?

Dijah
Iya betul. Bagi aku okaylah juga, tapi kadang-kadang ada juga stres.

Dhiya
Bila aku fikir balik, ni baru intern. Belum masuk dunia kerja yang betul-betul. Bertabahlah kita semua. Nina, tadi kau cakap 4 orang. Siapa lagi seorang?

Nina
Haah, adalah. Mana boleh bagitahu. Rasanya dia tengah on the way. Kejap lagi sampai la kot.

Dhiya
Bukan Arsyad kan?

Nina
Hehehe, adalah...tu hah baru sampai.

Dhiya menoleh kepalanya ke arah pintu masuk dan rupa-rupanya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience