Bab 4

Romance Series 2314

-Jam 11.00 Pagi
(Di dalam bilik Dhiya dan Sofia)

DHIYA
“Hello, Alia. Sorry ganggu…kau busy ke?”

ALIA
“Eh Dhiya, tak adalah busy pun…aku tak ada kelas hari ini.”

DHIYA
“Oh, aku just nak cakap yang minggu ni aku balik lagi so bolehlah kita pergi mega sale tu nanti.”

ALIA
“Okay cun. Tak sabarnya nak pergi dengan kau.”

DHIYA
“Ala, kau setiap minggu boleh pergi mall tu. Untunglah belajar dekat Kptm Bangi…”

ALIA
“Tak ada maknanya tiap-tiap minggu pergi sana…habis duit aku nanti. Aku ajak kau ni pun sebab manalah tahu kau boleh jumpa jodoh kau ke.”

DHIYA
“Hahahaha, kenapa aku pulak. Kaulah yang jumpa jodoh nanti dekat mall sebab dekat.”

ALIA
“Hahahaha, aku cakap je.”

Perbualan di antara Dhiya dan Alia sampai ke penamat apabila Dhiya harus bergerak ke kelasnya. Dia bergegas keluar dari rumahnya dan menaiki basikal yang dibeli oleh papanya sewaktu hari jadinya yang ke 20.

Sampai ke bangunan fakulti, Peah atau nama sebenarnya Sofea melambai-lambai tangannya ke arah Dhiya yang sedang memarkir basikal di tempat khas letak basikal. Hanya rakan serumahnya yang sahaja panggil dengan nama panggilan Peah oleh kerana ada dua nama yang sama di dalam rumah tersebut.

DHIYA
“Hei Peah, kau ada kelas apa dekat sini?”

PEAH
“Aku ada kelas macroeconomic kejap lagi.”

DHIYA
“Oh…kau dah makan belum?”

PEAH
“Dah, aku makan dekat bangunan student centre tu. Kau dah makan ke? Siapa je ada dekat rumah?”

DHIYA
“Dah makan dah dekat kedai Kak Liza tu. Pagi tadi aku seorang je ada dekat rumah. Sofia dengan Nina tak balik pun tadi.”

PEAH
“Oh, macam tu. Okeylah aku gerak dulu, kelas aku dah nak start. Bye!”

DHIYA
“Bye!”

Dhiya duduk di buaian yang disediakan tempat untuk pelajar berehat. Pensyarah untuk subjek kelasnya belum tiba lagi. Dulu ada sebuah bilik khas untuk pelajar-pelajar boleh menikmati tempat berehat yang dilengkapi dengan penghawa dingin tetapi ia sudah diubah menjadi sebuah kelas.

Sambil menunggu pensyarahnya tiba, Dhiya ternampak Nina dan Dijah sedang berbual di tingkat dua. Dhiya mendongak kepalanya dan memerhati mereka berdua di tingkat atas. Tingkat dua ialah bahagian pejabat pensyarah yang dimana boleh dilihat dari bawah jika orang lalu lalang di kawasan tersebut.

DHIYA
“Sejak bila mereka berdua kenal? Aku tak pernah tahu pun…Mungkin mereka sama kelas kot.” (bicara dalam hati)

-Jam 8.00 Malam
(Di dalam bilik Dhiya dan Sofia)

DHIYA
“Sofia, Nina dengan Peah mana?”

SOFIA
“Ada dekat foodcourt. Kenapa?”

DHIYA
“Aku nak tanya Nina tapi tak apalah aku tanya kau…”

SOFIA
“Tanya apa?”

DHIYA
“Sejak bila Nina kenal dengan Dijah…mereka berdua lain jurusan mesti jarang berjumpa. Aku tengok rapat betul mereka.”

SOFIA
“La, kau tak tahu ke yang mereka tu sepupu…sebab tulah rapat.”

DHIYA
“Seriuslah sepupu…patutlah muka pun lebih kurang je tengok. Hahahaha…”

SOFIA
“Apalah kau ni…buat lawak pulak.”

DHIYA
“Hehehehe…”

Beberapa minit kemudian, Nina dan Peah pun sampai di rumah dengan membawa dua bungkus teh ais dan keropok lekor.

NINA
“Assalamualaikum, Dhiya…Sofia…”

DHIYA dan SOFIA
“Waalaikumusalam…”

PEAH
“Korang, minumlah air teh ais ni…sedap kot.”

DHIYA
“Wah, teh ais!”

SOFIA
“Nina, kau nak tahu tak yang Dhiya tak tahu kau sepupu dengan Dijah.”

NINA
“Seriuslah Dhiya tak tahu…aku rasa aku pernah bagi tahu Dhiya yang aku sepupu Dijah.”

DHIYA
“Ya ke? Hehehe, aku lupalah tu…”

NINA
“Dhiya ni buat lawaklah…jap aku tunjuk gambar aku dengan Dijah waktu kecil.”

Nina menunjukkan gambarnya bersama dengan Dijah ketika mereka berumur 6 tahun. Gambar- gambar mereka sewaktu kecil disimpan di dalam telefon bimbitnya.

NINA
“Yang ni gambar waktu aku dengan Dijah pergi tengok sungai dekat belakang rumah opah aku.”

DHIYA
“Comelnya…rambut macam Dora. Yang ni?”

NINA
“Yang ni waktu aku tidur dekat kampung…aku main-main dengan sepupu aku yang lain.”

SOFIA
“Kau dengan Dijah jelah yang sebaya?”

NINA
“Ada lagi seorang, budak lelaki sebaya dengan kita. Jap aku cari gambar dia kalau ada…hmm, tak ada.”

SOFIA
“Ala, baru je nak jodohkan dia dengan Dhiya…”

DHIYA
“Apasal aku pulak…”

NINA
“Hahahaha, boleh je kau kahwin dengan sepupu aku. Boleh kita jumpa selalu.”

SOFIA
“Hah tengok tu Dhiya, Nina dah bagi restu dah kat kau.”

DHIYA
“Ish malulah…memang taklah.”

Nina dan Sofia ketawa melihat rakannya, Dhiya malu tersipu-sipu menutup mukanya yang kemerahan. Peah yang baru datang dari dapur menyediakan air teh ais yang dibeli dan keropok lekor juga.

PEAH
“Girls, let’s enjoy…bon appetit!”

Mereka menikmati hidangan sambil menonton cerita Train to Busan bersama-sama di bahagian ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience