Bab 11

Romance Series 2314

(Di rumah Nina)

DHIYA
"Oh, begitulah cerita dia..."

NINA
"Ya."

DIJAH
"Oh, tak tahulah Dhiya pernah sama sekolah dengan Arsyad."

DHIYA
"Dari form 1 sampai form 3 je, lepas tu dia dah pindah sekolah."

NINA
"Tu dia...dia tengah makan kat sana."

Dhiya mencuri pandang ke arah sana. Arsyad kelihatan sedang berbual dengan seorang perempuan ni. Arsyad kelihatan segak dengan berbaju kemeja bercorak batik.

SOFIA
"Oh, tu ke Arsyad? Handsome jugak."

DHIYA
"Dia memang handsome pun..."

Masing-masing pandang kearah Dhiya apabila dia memuji Arsyad dengan begitu sahaja. Mereka tersengih-sengih melihatnya.

DHIYA
"Err, apasal korang tengok aku macam tu??"

NINA
"Tak ada...saja tengok."

SOFIA
"Arsyad tu dah ada girlfriend ke?"

NINA
"Setahu aku tak ada, tak sure."

DIJAH
"Kenapa kau tanya? Kau pun suka dia ke? Heheheh."

SOFIA
"Eh, aku minat orang lain. Hehehehe. Arsyad tu Dhiya punya."

DHIYA
"Tak ada maknanya..."

DIJAH
"Aku tolong tanyakan dekat dia."

DHIYA
"Eh, tak payah. Kan pelik pula dia kenapa kau tanya dia."

DIJAH
"Aku cakaplah yang dia ada peminat."

DHIYA
"Tak payah bagi tahu nama aku eh."

DIJAH
"Hahahaha, yalah."

SOFIA
"Dah pukul 3...aku balik dulu eh kawan-kawan."

DHIYA
"Kalau macam tu aku pun nak balik jugalah."

NINA
"Ala nak balik dah...okaylah bye-bye korang."

DIJAH
"Bye!"

SOFIA dan DHIYA
"Bye!"

-Jam 5.00 petang
(Di rumah Dhiya)

Dhiya mencari semula buku tahunan sekolahnya yang sudah lama tidak diusik.

DHIYA
"Hah jumpa pun..."

Dia membelek buku itu sehingga terjumpa laman muka surat kelasnya.

DHIYA
"Hahahaha, kelakar pula aku tengok gambar aku sendiri. Hmm, agaknya bilalah aku boleh confess feelings aku dekat dia. Dia nak ke aku? Hmmm, Sara tu sesuai la kot dengan dia...sama padan."

Dhiya membaring diri di katil sambil mendengar lagu Alone Again(Naturally) by Gilbert O'Sullivan. Dia memang minat dengar lagu lama-lama mat saleh. Rasa tenang dan dapat kenang semula kenangan lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience