Bab 3

Romance Series 2314

Mengimbas semula kenangan zaman sekolah menimbulkan rasa rindu terhadap kawan-kawan sekolahnya yang sudah lama tidak berjumpa setelah masing-masing membuat halatuju berbeza selepas SPM. Ada yang meyambung pelajaran di pengajian tinggi dan ada juga yang bekerja ataupun terus berkahwin selepas tamat sekolah.

Dhiya menyimpan semula diari yang dinamakan tajuk sebagai Memoire di rak buku dengan rapi. Memoire yang diambil daripada perkataan bahasa perancis bermaksud memori. Diari yang dicatat dengan segala peristiwa yang berlaku sama ada pahit mahupun manis membawa seribu makna buat Dhiya. Sesudah dia mengemas barang-barang dibiliknya, telefon bimbit miliknya berdering.

DHIYA
"Hello? Hah Sofia..."

SOFIA
"Hai Dhiya, just nak tanya kau dah baca ke whatsapp group kelas Madam Fatimah?"

DHIYA
"Belum lagi, aku tengah busy kemas bilik aku. Kenapa?"

SOFIA
"Next week hari jumaat kelas Madam Fatimah cancel. So bolehlah kau balik hari jumaat pagi."

DHIYA
"Ya ke? Tapi minggu ni aku dah balik…takkan next week balik lagi?"

SOFIA
"Ala kau ni...balik jelah. Aku pun nak balik lagi next week. Jomlah kita balik sama-sama. Aku tak ada kelas lepas pukul 2. Kelas tu cancel jugak. Peah dengan Nina pun balik jugak."

DHIYA
"Hah? Mereka pun balik jugak? Maksudnya minggu depan semua baliklah ni?"

SOFIA
"Haah. Peah dengan Nina kan minggu ni tak balik…so next week baru mereka balik."

DHIYA
Oh, kalau macam tu aku pun balik jugaklah."

Setelah menghabiskan dua hari di rumah, sudah tiba masanya untuk Dhiya pulang semula ke kampus pada hari Ahad petang.

-Jam 5.00 petang
(Di terminal bas TBS)

DHIYA
"Mama, papa…bas Dhiya dah sampai. Next week Dhiya balik lagi."

PN. LISA
"Bye, dah sampai sana bagi tahu."

EN. AZMAN
"Dhiya, nah duit belanja."

DHIYA
"Thanks papa. Dhiya gerak dulu. Bye…"

-Jam 9.30 pagi
(Di bilik kuliah Amanah)

DHIYA
"Hehehe, tak sangka minggu ni balik lagi."

SOFIA
"Hehehe, kelas cancel…bolehlah balik minggu ni. Kau dah beli tiket bas ke?"

DHIYA
"Belum lagi…"

SOFIA
"Kalau macam tu, lepas kelas ni kita pergi beli tiket."

DHIYA
"Okay Sofia."

Dalam perjalananan mereka ke sebuah stesen bas, Dhiya dan Sofia terserempak dengan rakan sekelas mereka, Khadijah atau dengan nama panggilannya Dijah.

DIJAH
"Hei korang pun ada jugak? Ni mesti sebab kelas madam Fatimah cancel kan?"

DHIYA dan SOFIA
"Hahahah, ya."

DIJAH
"Beli tiket pukul berapa?"

DHIYA dan SOFIA
"Pukul 10 pagi."

DIJAH
"Wah, samalah kita. Okeylah aku pergi dulu, bye-bye."

DHIYA dan SOFIA
"Bye!"

Setelah mereka membeli tiket bas, masing-masing pulang ke penginapan kerana tiada kelas selepas ini.

-Jam 8.00 Malam
(Di dalam bilik Dhiya dan Sofia)

DHIYA
"Sofia, aku nak tanya sikit boleh? Ke kau nak study?"

SOFIA
"Eh, tanya jelah. Aku tak ada mood nak study hari ini."

DHIYA
"Kau pernah ada crush tak waktu sekolah?"

SOFIA
"Crush? Mestilah ada."

DHIYA
"Lepas tu kau luah tak perasaan kau dekat dia?"

SOFIA
"Huhuhu, tak pun. Aku dapat tahu crush aku suka orang lain. Oleh itu, aku dah move on."

DHIYA
"Ya ke? Hmm, kau ada suka seseorang ke ni? Cepat bagi tahu aku!"

SOFIA
"Hehehe, kau jangan bagi tahu orang lain pulak. Aku suka Amirul. Nampak macho."

DHIYA
"Amirul? Budak yang tinggi pakai cermin mata tu?"

SOFIA
"Haah…Kau pulak apa cerita? Ada suka seseorang ke?"

DHIYA
"Ada…dulu waktu sekolah."

SOFIA
"Kau bagi tahu dia tak yang kau suka dia?"

DHIYA
"Tak…tak sempat pun sebab aku terlambat."

SOFIA
"Terlambat? Dia dah ada girlfriend ke?"

DHIYA
"Aku tak sempat nak bagi tahu perasaan aku dekat dia sebab aku baru dapat tahu yang dia pindah sekolah masa tingkatan 4."

SOFIA
"La ya ke…kenapa kau tak bagi tahu awal-awal dekat dia?"

DHIYA
"Aku baru sedar yang aku suka dia masa tingkatan 4. Sebelum ni, aku belum pasti yang aku suka dia ke tak. Bila aku dapat tahu yang dia pindah sekolah tu…aku betul-betul rasa sedih sangat."

SOFIA
"Nama dia apa? "

DHIYA
"Nama dia Arsyad. Aku pernah sama kelas dengan dia masa tingkatan 1."

SOFIA
"Ada pernah bercakap dengan dia tak? Ke kau malu-malu…"

DHIYA
"Pernah je cakap dengan dia waktu first time jumpa dia…aku tanya soalan dekat dia, tapi boleh pulak dia gelak. Lawak sangat ke soalan aku ni…"

SOFIA
"Apa soalan kau?"

DHIYA
"Aku tanya dia dah berapa lama pakai braces?"

SOFIA
"Itu soalan first kau dekat dia? Apalah Dhiya ni…cubalah tanya soalan lain. Tanyalah yang dia dulu sekolah mana, ada berapa orang adik beradik…"

DHIYA
"Apa yang pelik je soalan aku? Okey apa aku tanya dia, lagipun aku curious nak tahu dia pakai braces tu berapa lama…boleh pulak dia gelak."

SOFIA
"Dia terhiburlah tu dengan soalan kau…maybe dia fikir kau buat lawak ke apa. Hahaha, aku rasa dia suka kaulah."

DHIYA
"Eh, apasal pulak. Tak ada maknanya…ramai je perempuan lain yang lagi cantik lawa daripada aku."

SOFIA
"Hahaha…eleh, apa kurangnya kau. Kau comel, baik hati dan pandai buat lawak."

DHIYA
"Seganlah aku dengar. Dahlah aku nak pergi foodcourt jap. Tata."

Sewaktu Dhiya sedang bergerak ke foodcourt, dia mendapat mesej dari kawannya, Alia.

Dhiya, minggu ni kau balik tak? Ada mega sale dekat IOI City Mall.
Jomlah pergi sama-sama nanti kalau kau balik minggu ni :)

-Alia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience