Bab 22

Romance Series 2314

Nina dan sekeluarga baru sahaja tiba di kampung halaman yang terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Bukan keluarga mereka sahaja yang ada, tetapi keluarga Dijah dan Arsyad juga datang berkumpul di situ. Datuk dan nenek mereka telah mengadakan sebuah majlis kenduri tahlil pada malam tersebut.

Oleh itu, saudara mara mereka juga akan berkunjung di sana. Suasana di dalam rumah itu boleh dikatakan riuh kerana ramai anak kecil berlari sini sana. Tidak lupa juga, makcik-makcik kaki gosip yang berada di dapur.

Mereka semua gigih menyediakan hidangan dan menyusun meja kerusi untuk malam itu memandangkan tetamu akan ramai. Datuk dan nenek mereka juga rajin membuat majlis makan-makan dan menjemput penduduk kampung.

Menjelang malam tiba, majlis tahlil dimulakan selepas solat maghrib. Orang ramai mula mengambil tempat duduk sambil memegang buku bacaan yasin. Dijah dan Nina pula hanya duduk di dalam bilik kerana mereka berdua dalam keadaan haid.

NINA
"Dijah, kau perasan tak Arsyad tadi aku tengok macam tak ada mood?"

DIJAH
"Aku tak perasan pulak. Asal, muka dia bad mood ke?"

NINA
"Tak sure, tapi dia asyik termenung je. Nanti aku try tanya dia."

Sesudah habis majlis tahlil itu, ramai orang berkumpul di bawah khemah untuk mengambil makanan. Nina dan Dijah menuju ke tempat itu lalu mereka ternampak Arsyad yang sedang berseorangan makan di sebuah meja kosong. Selesai mengambil makanan, mereka berdua terus ke tempat Arsyad.

NINA
"Oi!"

ARSYAD
"Eh, kau ni...terperanjat aku."

NINA
"Hahaha, saja buat surprise."

DIJAH
"Arsyad, Nina kata dia nampak kau macam tak happy."

NINA
"Iya, weh. Aku tengok kau ni macam tengah sedih je, tak happy pun."

ARSYAD
"Tak adalah, aku okay je."

NINA
"Nonsense, ceritalah kat kitorang. We are listening."

ARSYAD
"Betul. Tak ada apa."

DIJAH
"Mesti pasal Dhiya."

NINA
"Arsyad, kau dah bagi tahu belum pasal pertunangan tu kat Dhiya?"

ARSYAD
"Not yet."

NINA
"Laa, cepatlah bagi tahu dia. Hari tu masa kau minta address dia, kau jadi tak pergi rumah dia?"

ARSYAD
"Aku ada pergi rumah dia malam tu."

DIJAH
"Tapi kau tak bagi tahu dia?"

ARSYAD
"Aku ingat nak bagi tahu dia masa tu tapi tak ada gunanya kalau aku bagitahu."

NINA
"Kenapa pulak?"

ARSYAD
"She doesn't like me anymore..."

DIJAH
"Betul ke?"

ARSYAD
Ya, seriously Dhiya bagi tahu aku yang dia tak suka aku dah.

DIJAH
"Eh, tak kan la. I think she still likes you."

NINA
"Iya,weh. Tapi aku tak tahulah kalau dia dah move on kan."

DIJAH
"Maybe Dhiya cakap macam tu sebab dia fikir kau kan nak bertunang dengan Sara. Dia mestilah nak move on."

NINA
"Yup, correct."

ARSYAD
"Jadi, korang rasa Dhiya masih sukakan aku?"

NINA dan DIJAH
"Yup!"

ARSYAD
"Okaylah. Hopefully macam tulah.

Arsyad tersenyum bila mendengarnya. Kemungkinan ada peluang untuk dia.

Adik Arsyad, Alisa dan juga abang kepada Nina, Danish datang ke meja mereka apabila ternampak mereka bertiga berbual-bual di situ.

DANISH
"Oi, borak apa tu..."

NINA
"Abang long buat apa kat sini? Dah habis makan ke?"

DANISH
"Dah habis makan dah. Orang nak kemas-kemas dah. Tinggal korang bertiga je dari tadi tak habis-habis makan. "

ARSYAD
"Hahaha, abang long kitorang ni tengah bermesyuarat. Tu yang lama tu."

DANISH
"Hahaha bermesyuarat? Cerita pasal apa ni? Ke cerita pasal Amani ni...? Amani dah ada boyfriend ya..."

Panggilan Nina kebiasaannya di rumah dipanggil sebagai Amani oleh keluarganya. Maklumlah, nama Nina atau nama penuhnya Nur Amanina Binti Zakaria boleh dijadikan pelbagai nama pendek.

Abang Nina, Mohd Danish Bin Zakaria merupakan anak yang sulung daripada 2 orang adik beradik. Danish suka mengusik adiknya berkaitan dengan teman lelaki dan sebagainya.

NINA
"Abang long ni...I don't have a boyfriend okay."

DANISH
"Betul ke ni... Dijah, betul ke Amani tak ada boyfriend?”

DIJAH
”Iya, betul.”

ALISA
”Abang long, abang Arsyad ada girlfriend."

ARSYAD
"Eh, budak ni."

DANISH
"Arsyad ada girlfriend? Yang Sara tu ke? Jadi ke nak bertunang?"

NINA
"Abang ni... yang Sara tu bukan. Lagipun dorang tak jadi nak bertunang."

ALISA
"Haah... abang tak jadi nak bertunang. Jadi bolehlah dia dengan Kak Dhiya lepas ni."

DANISH
"Dhiya? Wah Dhiya ni siapa pulak...Kau ni Arsyad, aku tahulah kau ni handsome. Cepat pula dah ada girlfriend lain."

ARSYAD
"Eh, tak adalah. Dia bukan girlfriend saya."

NINA
"Dhiya tu kawan sekolah Arsyad. Lepas tu, kebetulan pula yang Amani dan Dijah kenal Dhiya dekat kampus. And then, Dhiya tu pulak housemate Amani."

DANISH
"Oh, macam tu. Jadi Arsyad ni ada crush dekat Dhiya la ni?"

ARSYAD
"Eh, tak adalah. Mana ada."

Muka Arsyad merah bila mendengar nama Dhiya. Dia menjadi malu bila mereka berbual mengenainya.

ARSYAD
"Dahlah, aku nak pergi basuh pinggan. "

Nina dan Dijah senyum ketawa bila melihat sepupunya kelihatan malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience