Bab 27

Romance Series 2314

NINA
"Korang berdua nak pergi mana?"

DIJAH
"Pergi toilet jap...kau dengan Arsyad pergilah dulu."

NINA
"Okay, apa-apa roger"

Dhiya dan Dijah berjalan dengan pantas menuju ke bahagian tandas wanita. Selesai sudah urusan mereka, gadis-gadis itu bergerak sambil melihat kedai - kedai disekeliling mereka. Dijah mengeluarkan telefon dan kemudian mencari nama Nina untuk bertanya keberadaan dia dan Arsyad. Sambil-sambil itu, mereka berdua singgah ke kedai 'boost' apabila Dhiya terasa dahaga dan teringinkan air itu memandangkan ia sedap dan sihat.

DHIYA
"Dorang dekat mana?"

DIJAH
"Aku dah bagitau kat dorang kita dekat sini"

DHIYA
"Okay cun, kau nak order apa? Kau pergilah duduk dulu."

DIJAH
"Aku order sama macam kaulah"

Dhiya berjalan ke kaunter sambil melihat menu minuman yang terpapar di atas. Dia menjadi keliru kerana kesemua minuman dilihatnya nampak sedap. Namun dia ternampak minuman yang mempunyai bahan kandungan oreo, biskut kegemarannya. Jadi dia memesan dua air kepada pekerja boost di depannya. Selesai itu, Dhiya pergi semula ke meja di mana kawannya, Dijah sedang leka bermain dengan permainan apikasi yang baru sahaja 'install' di telefonnya.

DHIYA
"Amboi, macam best je game kau main ni"

DIJAH
"Hahaha, aku pun tak tahu game apa yang aku download. Tapi best la"

DHIYA
"Dijah, tadi kan waktu kau ngan Nina pergi mana tah....Arsyad ada cakap sesuatu dekat aku"

DIJAH
"Arsyad luahkan perasaan dia kat kau kan?"

DHIYA
"Eh, macam mana kau tahu? Arsyad ada bagi tahu ke?"

DIJAH
"Hahaha, tak lah. Sebenarnya, aku ngan Nina nampak korang berdua macam serious masa tengah berdua. Masa tu aku dan Nina terkejutlah, so kitorang pergi intai dari jauh-jauh...Pastu terdengar yang korang berdua tengah buat confession."

DHIYA
"Laaa...serious la. Bertuah punya kawan. So korang dengarlah semua tu?"

DIJAH
"Haah, hahaha. Sorry la aku curi-curi dengar tadi. Tapi apapun aku support hubungan kau dengan sepupu aku"

Dhiya! Nama Dhiya dipanggil oleh perkerja boost menandakan air yang dipesan sudah siap. Dhiya bergegas ke sana kerana dia pun sudah berasa dahaga. Semasa dia ingin mengambil air-air tersebut, dia mendengar suara lelaki memanggil namanya di belakang. Dhiya menoleh dan terkejut apabila lelaki yang dikenali berada di sini.

DHIYA
"Danial? Terkejut Dhiya...Sorang je ke?"

DANIAL
"Oh, tak. I datang dengan kawan tadi. Dia pergi kedai IT jap."

DHIYA
"Oh, i see. Hahaha, terkejut jumpa Danial dekat sini. Biasanya kita jumpa dengan office."

DANIAL
"Hahaha, I pun tak sangka jumpa you dekat sini. You sorang je ke?"

DHIYA
"Oh, Dhiya pun datang dengan kawan. Tadi kitorang baru je lepas habis tengok wayang."

DANIAL
"Oh ya ke? I pun baru je lepas habis tengok wayang tadi."

DHIYA
"Eh, ya ke? Danial tengok cerita apa tadi?"

DANIAL
"Cerita Jumanji yang second movie tu. You pula?"

DHIYA
"Laaa, samalah kita. Dhiya pun tengok cerita tu tadi. Hahaha..jangan-jangan kita pun ada dekat tempat sama. tadi"

DANIAL
"Yalah tu, hahaha. I tadi duduk seat belakang, You?"

DHIYA
"Kitorang duduk dekat seat tengah-tengah. Hahaha, tak perasan pula Danial tadi. Kalau tak mesti dah tegur tadi."

DANIAL
"Hahaha, ala ni pun kita dapat jumpa dekat sini"

DHIYA
"Hahaha, yalah tu"

Sementara itu, Nina dan Arsyad tiba di level atas. Mereka ingin menuju ke boost, tempat di mana Dijah dan Dhiya berada. Semasa mereka hampir sampai ke destinasi yang di tuju, Arsyad nampak Dhiya sedang seronok berbual-bual dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal.

NINA
"Eh, tu pun Dhiya. Dhiya!"

Dhiya menoleh kepalanya ke arah suara yang didengar, dia nampak Nina dan Arsyad sedang berjalan ke arahnya. Dhiya tersenyum sambil melambai tangan ke mereka namun apabila dia berpaling ke Arsyad, Dhiya melihat muka Arsyad tidak begitu ceria seperti tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience