Bab 18

Romance Series 2314

(Di rumah Dhiya)
-Jam 11.00pm-

Dhiya yang baru sahaja keluar dari bilir air, ternampak notifikasi yang baru muncul di paparan skrin telefon yang diletakkan di atas katil.

Dhiya terkejut melihatnya kerana dia mendapat mesej Whatsapp dari orang yang dia tidak benar-benar menyangka iaitu Sara.

Walaupun dia dan Sara sudah saling mengenali satu sama lain sejak sekolah rendah, namun dia masih rasa janggal kerana hubungan mereka tidaklah serapat seperti dia dan Alia.

Hi Dhiya
Ini Sara..Dhiya dah tidur ke?
-Sara-

Dhiya pun membalas mesejnya mengatakan dia masih berjaga. Lalu, telefonnya berbunyi daripada panggilan seseorang.

DHIYA
"Helo?"

SARA
"Helo, hai Dhiya. Ini Sara."

DHIYA
"Oh, Sara...hai, ada apa call ni?"

SARA
"Hmm, Dhiya okay ke? Sara dengar Dhiya masuk hospital."

DHIYA
"Dah okay. Dah boleh jalan sikit-sikit."

SARA
"Wow, baguslah macam tu. Sorry la ganggu malam-malam ni call."

DHIYA
"Eh, tak mengganggu pun. Dhiya okay je."

SARA
"Dhiya...Sara nak minta maaf."

DHIYA
"Minta maaf? Eh, kenapa pula? Tiba-tiba je ni."

SARA
"Sara nak minta maaf sebab yalah, sebab Arsyad. Mesti kau sedihkan bila dengar pasal pertunangan tu."

DHIYA
"Eh, buat apa nak minta maaf? Aku okay jelah. Memang jodoh korang."

SARA
"Dhiya ingat tak masa kita form 4, ada satu kali tu Sara tanya Dhiya. Masa kita tengah rehat. Kita duduk dekat kerusi yang dekat tapak perhimpunan."

DHIYA
"Oh, ingat kot. Sara tanya apa ya dekat Dhiya? Lupa."

SARA
"Masa tu kita bincang pasal love life. Pastu aku tanya kalau kau ada crush dekat sesiapa masa tu."

DHIYA
"Haah...Sara masa tu ada bagi tahu suka dekat budak kelas ni kan..apa nama dia. Hah, Danial kan?"

SARA
"Haah. Pastu Dhiya ada bagi tahu Dhiya suka budak ni nama dia A. Dhiya pernah sama kelas dengan dia tapi form 4 dia dah pindah. Dhiya malu nak bagi tahu nama dia."

DHIYA
"Yalah. Aku baru teringat. Ala malulah."

SARA
"Arsyad kan orangnya?"

DHIYA
"Hah, Arsyad? Bukanlah, orang lain.

SARA
"Dhiya, tak perlu nak cover. Lagipun siapa je yang pindah sekolah kalau bukan dia. Arsyad seorang je kan. Semua hint tu memang padan dengan Arsyad. Korang kan pernah sama kelas masa form 1."

DHIYA
"Haah aku pernah sama kelas dengan dia."

SARA
"Actually aku dah agak A tu Arsyad. Cuma aku diam jelah tak bagi tahu kau yang aku dah tahu."

DHIYA
"Jadi kau dah lama tahulah yang aku suka dia..."

SARA
"Dhiya, aku betul-betul minta maaf. Sebenarnya aku tahu je yang kau minat dia, tapi still nak Arsyad jugak."

Bila Dhiya mendengar perkara itu, hatinya berasa sedih. Yalah, siapa sahaja yang tidak 'frust' bila 'crush' yang kita minat akan menjadi milik orang lain. Dan orang lain itu bukanlah sesiapa tetapi kawan yang dia kenal. Namun, Dhiya cuba menerima dengan redha atas takdir itu.

DHIYA
"Ohh, tak apalah. Aku pun lambat nak confess perasaan dekat dia. Memang korang dah nak bertunangkan. Kita tak boleh buat apa dah. Lagipun Dhiya tengok Arsyad pun okay je dengan Sara. Kan?"

SARA
"Actually, Sara dengan Arsyad..."

DHIYA
"Hmm? Helo?"

Dhiya melihat skrin telefonnya sudah gelap. Dhiya terlupa baterinya tinggal sikit. Dia tertanya-tanya apa yang Sara cuba nak sampaikan tadi.

DHIYA
"Hmm, esoklah jelah aku tanya." (kata dalam hati)

Malam pun makin lewat, lalu dia terus menutup lampu bilik dan baring di atas katil. Ketika dia sedang lena tidur, Dhiya bermimpi sewaktu dia berada di sekolah menengah.

(Di dalam kelas 1 Kenanga)

Ketika itu, cikgu tiada dalam kelas. Maka, kelas menjadi bising dan masing-masing mula bergerak kesana kesini untuk berborak dan bermain. Dhiya pula hanya duduk di meja dia sahaja kerana perut dia senggugut. Dia meletakkan kepalanya di atas meja sambil menahan kesakitan itu. Alia yang berada di sebelahnya sedang menyalin nota yang dipinjam daripada Dhiya

ALIA
"Dhiya, perut kau okay tak? Sakit lagi ke?"

DHIYA
"Aku rasa macam nak terberanak dah ni."

ALIA
"Aku ada bawa minyak cap kapak ni. Jom kita pergi toilet. Cikgu tengah tak ada ni."

DHIYA
"Errrr...sakit."

ALIA
"Jomlah."

DHIYA
"Okay."

Mujur di tandas tingkat 4 itu tiada orang. Dhiya menyelak baju kurungnya lalu menyapu minyak itu dengan berharap boleh melegakan sikit kesakitan dialaminya.

ALIA
"Tadikan, masa kau tengah sakit-sakit tu...aku ternampak yang Arsyad pandang kau."

DHIYA
"Hah? Betul ke?"

ALIA
"Yalah, kau ingat aku tipu."

DHIYA
"Haha, manalah tahu. Lagipun dah kenapa dia nak tengok aku. Maybe dia pandang orang lain kot. Dia mungkin tercari-cari si Luqman tu ke, atau si Kevin yang duduk sebelah dia ke."

ALIA
"Dia suka kau kot. "

DHIYA
"Hahaha, memang tak ah. Mengarutlah. Kau buat lawak ke apa. Ala dia pandang orang lain kot. "

ALIA
"Ya ke..."

DHIYA
"Yalah."

Selamat membaca :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience