Bab 5

Romance Series 2314

Sekali lagi, minggu ini Dhiya pulang ke rumah halamannya pada hari jumaat pagi. Dia bersiap-siap membawa begnya turun ke bawah.

DHIYA
"Sofia, kau dah call grab ke?"

SOFIA
"Sudah. Hah tu dah sampai..."

Mereka tiba di sebuah stesen bas yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan pelbagai kemudahan yang disediakan. Dulu, stesen bas di Muadzam Shah boleh dikatakan tidaklah besar dan tiada penghawa dingin. Bangunannya pun agak lama tetapi selepas sudah diubahsuai, bangunannya menjadi baru dan selesa untuk penumpang.

Bas mereka mula bergerak ke destinasi seterusnya. Dhiya berasa tidak sabar untuk pulang ke rumah walaupun baru minggu lepas dia sudah balik. Selain itu, dia juga menantikan hari esok kerana esok adalah hari jualan termurah yang diadakan di IOI City Mall. Sudah agak lama dia tidak membeli-belah kerana kesibukkan belajar di kampus.

Keesokkan harinya, Dhiya dan Alia berjumpa di IOI City Mall.

ALIA
"Aku dah beli tiket wayang untuk kita berdua."

DHIYA
"Terbaiklah Alia!"

ALIA
"Hehehe, jomlah kita pergi tengok baju dulu pastu pergi makan."

DHIYA
"Ok cun."

Tatkala mereka sudah membeli-belah di butik-butik pakaian. Dhiya dan Alia singgah ke Mcdonald's untuk makan tengahari.

ALIA
"Kau nak duduk luar ke dalam?"

DHIYA
"Luarlah."

ALIA
"Aku pergi order jap, kau jaga tempat."

DHIYA
"Okey."

Semasa Dhiya sedang menunggu dimeja makan, dia ternampak susuk tubuh lelaki yang agak familiar sedang berjalan di kawasan mereka berada. Wajahnya tidak nampak dengan jelas kerana dikerumuni dengan orang ramai yang lalu lalang disana.

DHIYA
"Nampak macam dia...takkanlah dia ada dekat sini. Dia kan dah pindah dekat johor. Maybe perasaan aku je kot."(bicara dalam hati)

ALIA
"Hah Dhiya! Termenung nampak..."

DHIYA
"Uish kau ni...terkejut kita."

ALIA
"Hahahaha, cepat makan. Kejap lagi nak pergi tengok wayang."

Selesai makan tengahari, mereka mula berangkat daripada tempat duduk dan berlalu pergi ke tempat wayang.

ALIA
"Dhiya, aku nak ke toilet. Tunggu kejap."

DHIYA
"Okey Alia. Jangan lama-lama, kejap lagi pukul 2.30 kita nak kena cari seat dekat panggung wayang."

ALIA
"Baiklah cik Dhiya oi..."

Sementara Dhiya menunggu Alia, dia melihat sekeliling sekitar dalam IOI City Mall dipenuhi dengan orang ramai. Oleh kerana jualan murah secara-besaran diadakan pada hari ini, Dhiya dan Alia juga tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah di butik-butik baju.

Tiba-tiba, seseorang tidak sengaja terlanggar bahu Dhiya ketika dia hendak memasuki kedai hardware.

DHIYA
"Aduh..."

I'm so sorry. Are you okay?

Apabila Dhiya menatap muka orang yang terlanggar badannya, mukanya terkejut melihat orang yang dia ingin melihat sekali lagi muncul didepannya buat sekian lama.

DHIYA
"Arsyad?"

ARSYAD
"Dhi..."

Tanpa sempat lelaki itu berkata apa-apa, datang seorang gadis yang Dhiya amat kenali. Orangnya tinggi dan sentiasa kelihatan cantik di mana jua berada.

SARA
"Oh my god, Dhiya ke ni?"

DHIYA
"Sara?!"

SARA
"Dhiya, dah lama kita tak jumpa...kau seorang je ke?"

DHIYA
"Aku datang dengan Alia. Kau?"

SARA
"Aku datang dengan jejaka sebelah aku ni, Arsyad."

DHIYA
"Ohh...macam mana korang boleh kenal?"

SARA
"Kami berdua kenal sebab satu kampus."

DHIYA
"Oh, I see...datang sini sebab ada mega sale ke?"

SARA
"Of course...nasib baiklah ada Arsyad ni yang boleh temankan. By the way, you guys pernah satu kelas kan?"

DHIYA dan ARSYAD
"Yup."

Ketika Dhiya beralih pandangannya kearah Arsyad. Muka lelaki yang berkacukan melayu dan cina tidak berubah, dia kelihatan tampan dan matang bagi umur mereka yang sekarang 22 tahun. Arsyad memandang Dhiya sambil mengukir senyuman terhadapnya.

DHIYA
"Kenapa dia senyum kat aku...cover happy Dhiya, jangan tunjuk kau suka."(bicara dalam hati)

Nada telefon bimbit Dhiya berdering apabila Alia menghubunginya untuk datang segera ke panggung wayang.

DHIYA
"Okeylah, I gotta go right now...bye."

SARA
"Hehehe, bye Dhiya!"

-Jam 2.00 petang
(Di panggung wayang)

ALIA
"Mana kau pergi tadi...aku ingat kau dah ada dekat sini."

DHIYA
"Aku terjumpa Arsyad dengan Sara..."

ALIA
"Arsyad?! Seriously, dia ada dekat ini?"

DHIYA
"Haah. Dia dan Sara...berdua. Jomlah kita masuk dalam, nanti aku cerita kat kau."

Beberapa jam kemudian...

DHIYA
"Best kan cerita tadi! Handsome la hero dia. Romantik gila."

ALIA
"Hahahaha, hero dia handsome. Tiba-tiba aku teringat, kau kata nak cerita apa yang terjadi tadi."

DHIYA
"Oh, pasal Arsyad tu ke? Aku terjumpa dia masa nak masuk kedai...pastu terlanggar bahu, tengok-tengok Arsyad. Terkejut aku. Pastu Sara pun ada jugak. Rupa-rupanya Arsyad dengan Sara satu tempat belajar."

ALIA
"Oh, begitu rupanya...ada cakap-cakap dengan dia tak?"

DHIYA
"Siapa? Sara ke?"

ALIA
"Bukan dia...Arsyad la siapa lagi."

DHIYA
"Oh, tak sempat pun."

ALIA
"Ala, sukalah tu dapat jumpa dia lagi. Jodoh kot."

DHIYA
"Tak adalah...kebetulan kot. Lagipun tengok macam Arsyad dengan Sara couple je..."

ALIA
"Tak kot, maybe kawan. Manalah tahu. Aku ingat lagi kau sedih gila bila dapat tahu Arsyad nak pindah sekolah."

DHIYA
"Kau ingat lagi pasal tu?"

ALIA
"Hahahaha, mestilah ingat."

Dhiya teringat kembali saat dia mendapat tahu bahawa Arsyad sudah berpindah sekolah semasa mereka mula masuk ke tingkatan 4.

Semasa di perhimpunan sekolah, Dhiya terdengar perbualan kawan-kawan Arsyad yang mengatakan dia sudah berpindah sekolah.

DHIYA
"Dia dah pindah sekolah...?"

Patutlah selama ini sejak dia sudah masuk tingkatan 4, tak pernah sekali pun dia terserempak dengan Arsyad. Dhiya terus bertanya dengan Haris, kawan rapat Arsyad ketika ternampak dia di kantin sekolah.

DHIYA
"Haris, betul ke Arsyad dah pindah sekolah?"

HARIS
"Haah, dia dah pindah sekolah."

DHIYA
"Oh, dia pindah ke mana?"

HARIS
"Dia pindah sekolah dekat Johor."

DHIYA
"Oh...okay."

Dhiya beredar dan berjalan menuju ke kelas apabila loceng sekolah sudah berbunyi. Dalam perjalanan ke kelas, hati Dhiya merasa hiba apabila mendapat tahu berita itu. Perasaan yang tidak pernah dia menyedari selama ini. Adakah dia mula menyukai Arsyad?

DHIYA
"Kenapa aku rasa sedih tiba-tiba ni...tak kan sebab Arsyad pindah sekolah?" (bicara dalam hati)

ALIA
"Eh, itu macam Dhiya...Dhiya! Dhiya! Dia tak dengar pulak...Dhiya!"

DHIYA
"Oh, Alia?! Sorry tak dengar kau panggil."

ALIA
"Kau okey tak? Mata kau merah ni..."

DHIYA
"Okey je, mata aku ni masuk habuk..."

ALIA
"Tipu, cepat bagi tahu aku."

DHIYA
"Okeylah, dalam kelas aku bagi tahu kau..."

(Di dalam kelas 4 Cempaka)

ALIA
"Cepat bagi tahu."

DHIYA
"Aku baru dapat tahu yang Arsyad pindah sekolah...patutlah aku dah lama tak nampak dia sejak first day lagi."

ALIA
"Ohh, kau suka dia eh? Tak pernah bagi tahu aku pun."

DHIYA
"Mana ada, sebelum ni aku mana pernah suka dia."

ALIA
"Habis tu asal kau sedih-sedih tu...hahaha kau suka dia eh."

DHIYA
"Yelah kot. Entah tiba-tiba rasa sedih sebab lepas ni dah tak dapat jumpa dia."

ALIA
"Alolololo, poor Dhiya. Tak apa nanti in the future kalau ada jodoh jumpa dia lagi."

DHIYA
"Hmm, yalah tu. Kalau ada jodohlah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience