Bab 6

Romance Series 2314

Dhiya dan Alia pulang ke rumah sebaik saja mereka sudah menghabiskan masa keluar bersama-sama dalam satu hari. Apabila Dhiya sampai ke rumah, dia bergegas membersihkan diri dan berehat di katil. Pertemuan dia berjumpa dengan Arsyad memberikan satu kejutan buat Dhiya kerana tidak menyangka bahawa lelaki itu betul-betul muncul didepannya.

DHIYA
"Oh Arsyad...kenapalah awak muncul saat-saat saya mula teringat kat awak."

Dhiya teringat semula kata-kata Alia semasa berita tentang Arsyad pindah sekolah. Alia pernah menyatakan kalau ada jodoh, jumpa lagi dengan si dia.

DHIYA
"Jodoh...? Tak mungkinlah."

Keesokan pagi...
-Jam 7.00 pagi

DHIYA
"Mama, Dhiya nak keluar jogging dengan Alia."

PN. LISA
"Okey, kat mana tu?"

DHIYA
"Dekat Taman Hijau."

PN. LISA
"Okey Dhiya."

DHIYA
"Dhiya, pergi dulu. Bye."

Tiba di Taman Hijau, Dhiya memakir kereta Myvi yang dipandu bersebelahan dengan kereta Honda Jazz.

DHIYA
"Hehehe, nasib baik ada kosong. Mana Alia ni? Kata tunggu dekat tangga, tak ada pulak orangnya..."

ALIA
"Dhiya! Lama ke kau tunggu? Hehehe, aku cari parking tadi."

DHIYA
"Tak adalah, aku pun baru sampai ni. Let's go."

Cuaca pada hari ini indah bilamana Taman Hijau diselubungi dengan bunga-bunga yang mengeluarkan haruman yang wangi disekeliling tempat joging itu.

ALIA
"Eh, Dhiya...itu bukan Arsyad ke?"

DHIYA
"Mana, mana...tak nampak pun?"

ALIA
"Tu hah kat sana! Arsyad kan?"

DHIYA
"Yalah...Weh, jom kita lalu belah sana."

ALIA
"Apasal pulak?"

DHIYA
"Ala Alia...jomlah."

ALIA
"Hehehe, kau malu nak terserempak dengan dia eh..."

DHIYA
"Mana ada!"

Alia pun menurut kemahuan Dhiya untuk berjoging di laluan yang berbeza.

-Jam 8.00 pagi.

DHIYA
"Huh penatnya...laparlah pulak. Mana aku parking kereta aku eh?"

Ketika dia mencari-cari kereta yang diparkir tadi, lelaki yang dia ternampak semasa di tempat joging berada disebelah kereta Myvi.

DHIYA
"Alamak?! Kereta sebelah aku tu kereta dia ke...aduh, macam mana nak elak jumpa dia ni."

Dhiya cepat-cepat berlari terus ke kereta tanpa melihat orang disebelah keretanya.

ARSYAD
"Dhiya...? Dhiya kan?"

DHIYA
"Eh, Arsyad? Hehehe, tak nampak pulak awak dekat sini...err, dah habis jogging ke?"

Arsyad
"Haah, dah. Ni saya nak pergi breakfast. Awak nak join sekali?"

DHIYA
"Eh, tak apalah."

ARSYAD
"Jomlah, saya ada tahu satu tempat ni. Makanan dekat situ semua sedap."

DHIYA
"Err, okay..."

Kereta yang dipandu oleh Dhiya mengikuti belakang kereta Arsyad. Tempat yang mereka ingin pergi berada berdekatan dengan tasik buatan manusia. Tasik buatan ini besar dan sekeliling dibina untuk pengunjung berjalan dan berjoging sambil boleh menikmati ketenangan air tasik yang jernih.

DHIYA
"Wow, cantiknya pemandangan dekat sini."

ARSYAD
"Itu baru pemandangan dekat tasik, orang disebelah saya ni pun cantik juga."

Hati Dhiya berkocak apabila melihat senyuman mesra terukir di bibir Arsyad.

DHIYA
"Adakah ini satu mimpi atau nyata...? Aku macam tak sangka dapat jumpa dia lagi." (bicara dalam hati)

ARSYAD
"Awak belajar dekat mana sekarang?"

DHIYA
"Saya belajar dekat Uniten, ambil jurusan accounting. Awak pula?"

ARSYAD
"Saya ambil jurusan sains komputer dekat UKM."

DHIYA
"So maknanya Sara pun ambil course yang sama dengan awaklah?"

ARSYAD
"Haah, saya kenal dia masa kat ukm. Kita order makanan dulu eh. Awak nak yang mana?"

DHIYA
"Hmm, yang nilah."

ARSYAD
"Waiter!"

DHIYA
"Boleh saya tanya kenapa awak pindah sekolah masa form 4?"

ARSYAD
"Sebab...jap eh, kami nak 2 set ni. Hah itu saja. Apa soalan awak tadi Dhiya?"

DHIYA
"Kenapa awak pindah sekolah masa form 4...?"

ARSYAD
Sebab family. Time tu ada problem sikit, then ayah saya ajak pindah ke johor. Mulanya, saya kalau boleh memang tak nak pindah sebab dah selesa dengan kawan-kawan dan environment kat sekolah kita tapi saya kena akur dengan arahan parents saya. Tapi sekarang ni saya dah pindah semula ke rumah lama saya.

DHIYA
"Ohh, faham. Patutlah nampak awak dekat mall hari itu. Saya terkejut jugak. Pastu jumpa Sara sekali."

ARSYAD
"Awak kenal dengan Sara sejak bila?"

DHIYA
"Sejak sekolah rendah lagi. Awak ni mesti rapat dengan Sara kan? Yalah, mesti selalu jumpa."

ARSYAD
"Saya dengan Sara kawan biasa je."

DHIYA
"Yalah tu...mesti awak selalu ajak dia datang sini kan."

ARSYAD
"Eh, mana ada. Awaklah orang pertama saya ajak datang makan dekat sini."

DHIYA
"Hahahaha, tipulah."

ARSYAD
"Eh, tak percaya pulak. Hahahaha, saya ajak awak ni pun sebab seronok nak jumpa awak lagi."

DHIYA
"Betul ke apa yang aku dengar ni...dia seronok nak jumpa aku? Cover happy Dhiya!"(bicara dalam hati)

ARSYAD
"Hah tu pun makanan kita...jom makan."

DHIYA
"Okay."

Sewaktu mereka habis makan, sudah tiba masa untuk masing-masing pulang ke rumah.

DHIYA
"Thank you sebab tunjuk tempat makan yang sedap, serius sedap."

ARSYAD
"Hahahaha, sedap kan. Tak rugi saya ajak awak breakfast sini."

DHIYA
"Hehehe, okeylah saya balik dulu. Bye!"

ARSYAD
"Bye Dhiya!"

Sampai sahaja di rumah, Dhiya menelefon Alia. Dhiya memaklumkan bahawa petang ini dia akan balik semula ke kampus.

DHIYA
"Hah lagi satu, lepas kita pergi jogging tadi...aku pergi breakfast dengan Arsyad."

ALIA
"Betul ke? Tak ajak aku pun."

DHIYA
"Hahahahah, kau dah balik nak buat macam mana. Itupun dia yang ajak aku breakfast sekali. First aku tolaklah, sebab segan pastu dia ajak aku lagi and aku pun join la sekali breakfast dengan dia."

ALIA
"Hahahaha, sukalah tu."

DHIYA
"Mana ada!"

ALIA
"Eleh, tak mengaku pulak. Kau ada nombor dia tak?"

DHIYA
"Tak ada."

ALIA
"Hahahahah, kau ni Dhiya...asal kau tak minta nombor dia. Haih, Dhiya...oh Dhiya."

DHIYA
"Hahahahah, aku betul-betul tak ingat."

ALIA
"Ataupun cuba kau minta nombor dia dari Sara."

DHIYA
"Sara? Okay jugak idea kau...tapi aku tak tahulah ada lagi ke tak nombor Sara. Nanti aku check."

ALIA
"Hehehehe, okey Dhiya. Take care. Bye."

DHIYA
"Bye."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience