Bab 13

Romance Series 2314

(Di rumah Dhiya)

DHIYA
"Assalamualaikum..."

PN. LISA
"Waalaikumusalam, eh cepatnya balik?"

DHIYA
"Tak ada mood nak jogging...ma, dhiya masuk bilik dulu."

Dhiya naik tangga menuju ke biliknya yang berada di tingkat dua.

PN. LISA
"Hmm, mesti ada something wrong ni."

Tok,tok,tok

PN. LISA
"Dhiya, dhiya..."

Puan maria memulas tombol pintu lalu membukanya. Kelihatan dhiya sedang membaringkan diri di katil sambil menutup mukanya dengan bantal.

PN. LISA
"Dhiya menangis ke? Kenapa ni? Cuba cerita dekat mama..."

Dhiya mengalihkan perlahan-lahan bantal dari mukanya dan memandang mamanya dengan perasaan sayu. Bantal dhiya habis basah akibat menangis teresak-esak.

DHIYA
"Mama..."

PN. LISA
"Dhiya...kenapa nangis ni?"

DHIYA
"Dhiya...dhiya..."

PN. LISA
"Tak apa, lap dulu air mata tu. Habis mata anak mama merah."

DHIYA
"Mama, macam mana dhiya nak cuba lupakan seseorang...? Hati dhiya terlalu sakit."

PN. LISA
"Siapa yang buat anak mama menangis ni? Dia sakitkan hati dhiya?"

DHIYA
"Dhiya dah lama sukakan dia sejak sekolah lagi. Tapi tak lama lagi dia nak bertunang dengan orang lain. "

PN. LISA
"Oh, my baby...anak mama jangan risau. Ada je lelaki lain dekat luar sana yang sukakan dhiya."

DHIYA
"Dhiya cuba nak lupakan dia tapi susah..."

PN. LISA
"Tak apa, perlahan-lahan. Dhiya kena kuat . Anak mama kan kuat. Cuba senyum sikit."

Dhiya memeluk mamanya kerana lega dapat meluahkan rasa sedihnya yang sudah terpendam.

-Jam 12.30 tengah hari

DHIYA
"Mama, dhiya keluar kejap. Nak pergi jumpa Alia dekat IOI City Mall."

PN. LISA
"Okay, hati-hati."

-Jam 1.00 petang
(Di kedai makan)

NINA
"Arsyad, betul ke kau nak bertunang dengan sara? Aku dengan maklang cakap tadi dekat telefon."

ARSYAD
"Ya, nina."

NINA
"Before that, aku nak kau tahu yang Dhiya sebenarnya..."

ARSYAD
"Sukakan aku? Ya, aku tahu Nina...aku baru jumpa dia pagi tadi. Aku baru tahu perasaan dia selama ni. Kenapalah aku tak sedar selama ni..."

NINA
"Itu menunjukkan perempuan ni pandai sorok emosi terhadap lelaki. Dhiya tu dah lama ada crush dengan kau sejak sekolah lagi."

ARSYAD
"Betul ke? Hmm, aku pun tengah buntu sekarang ni. Aku sebenarnya anggap sara macam kawan je selama ni. Aku tak ada perasaan pun dekat dia."

NINA
"Then, kenapa kau terima dia? Kenapa kau nak bertunang dengan dia?"

ARSYAD
"Aku terpaksa nina...Papa nak aku capai hajat dia kawin dengan anak kawan dia."

NINA
"Kau cubalah berbincang dengan paklang slow-slow. Kau sebenarnya suka siapa?"

ARSYAD
"Actually, aku pun suka dhiya. Sejak aku kenal dia dekat sekolah lagi, aku ada crush dengan dia cuma itulah...aku ingatkan Dhiya tak sukakan aku."

NINA
"Sara agree ke nak tunang dengan kau?"

ARSYAD
"Yalah, kot. Papa cakap yang sara setuju nak bertunang dengan aku."

NINA
"Kau cakap tak dekat sara yang kau sukakan orang lain?"

ARSYAD
"Aku dah bagi tahu dah dekat dia yang aku sukakan dhiya. Tapi, waktu tu dia fikir aku bergurau je. Dia kata dia tak percayalah. Lepas tu, dia confess perasaan dia dekat aku tapi aku reject. Then, baru-baru ni aku cuba mesej dia...tapi no reply from her."

Nada ringtone berbunyi di telefon Nina. Dia menjawab panggilan daripada Sofia.

NINA
"Hello, ya sofia. Ada apa call? Eh jap, apa kau cakap? Betul ke ni?! Okay, kejap lagi aku ke sana."

ARSYAD
"Kenapa nina, nampak gelisah je ni."

NINA
"Dhiya accident..."

ARSYAD
"What?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience