Bab 23

Romance Series 2314

Majlis tahlil semalam akhirnya berjalan lancar dan selesai. Pagi ini mereka semua sudah berkemas-kemas pakaian untuk pulang semula ke bandar. Semua keluarga bersarapan di luar beranda sambil menikmati angin sejuk dan permandangan kabus di kawasan hutan.

Khadijah atau nama panggilannya, Dijah sibuk bermain dengan kucing kelabu yang dibela oleh datuk dan neneknya. Kucing itu dinamakan sebagai Jojo. Dijah memang menyukai kucing sejak kecil lagi. Dia juga mempunyai dua ekor kucing putih yang dipelihara di rumah bernama Simba dan Fify.

NINA
"Wah, main dengan kucing ke?"

DIJAH
"Yalah, siapa lagi aku nak main. Kau dah mandi ke?"

NINA
"Belum... kejap lagilah."

Dijah mempunyai seorang abang yang tinggal di London. Abangnya bekerja di sana selepas tamat pengajian di universiti. Jadi agak susah untuk mereka berjumpa melainkan hari perayaan sahaja. Dia juga mempunyai seorang adik lelaki yang sebaya dengan Alisa. Malangnya, adik lelaki Dijah meninggal dunia oleh kerana penyakit asma yang kritikal.

DIJAH
"Tadi masa kau pergi dapur, dekat bilik air tu ada orang tengah mandi ke?"

NINA
"Rasanya tak ada."

DIJAH
"Okaylah aku mandi dulu."

NINA
"Okay."

Nina mengambil Jojo si kucing ke dalam ruang tamu untuk bermain dengannya. Ketika leka bermain dengan kucing, Arsyad datang ke arahnya.

ARSYAD
"Hey, jojo. Eh, apa cakar orang ni."

NINA
"Hahaha, dia tak suka kau."

ARSYAD
"Iyalah, aku redha."

NINA
"Kau balik pukul berapa?"

ARSYAD
"Kejap lagi nak geraklah kot. Nina, aku nak tanya sikit."

NINA
"Apa dia?"

ARSYAD
"Macam mana kalau aku nak ajak Dhiya keluar...tapi dia tak nak pergi. Yalah, macam korang cakap...dia tak nak sebab dia ingat aku dan Sara nak bertunang."

NINA
"Habis kau nak minta aku tolong kau la ni."

ARSYAD
"Iya, tolong bagi aku idea atau apa-apa je yang boleh aku explain something dekat dia terus."

NINA
"Kalau call? Ataupun aku boleh je explain untuk kau pasal pertunangan tu dekat Dhiya."

ARSYAD
"Call okay...tapi, tak nampak muka dia. Takpe, biar aku yang terangkan kat dia. Aku sebenarnya nak luahkan perasaan dekat dia."

NINA
"Seriously? Wah, aku bangga dengan kau."

ARSYAD
"So kau jangan bagi tahu dia pasal tu pulak."

NINA
"Alright. No problem."

ARSYAD
"Okay, thanks bro."

NINA
"Bro kau cakap?!"

ARSYAD
"Hahaha, gurau je."

Ibu bapa Arsyad sudah mula memanggil anaknya untuk bergerak pulang. Datuk dan neneknya memberi setiap cucunya wang belanja berjumpa RM50. Bukan selalu dapat duit dari nenek dan atuk kan...Lagi-lagi untuk cucu-cucu mereka yang sudah besar panjang.
Tinggal keluarga Nina dan Dijah yang masih lagi sedang bersiap-siap sebelum balik semula ke bandar.

DIJAH
"Nina, kau tak siap lagi ke?"

NINA
"Hahaha, aku nak pergi mandi la ni. "

DIJAH
"Pergilah, bilik air tak ada orang pun."

NINA
"Sebelum tu, aku ada idea nak share dengan kau."

DIJAH
"Idea apa pulak ni?"

NINA
"Idea macam mana kita boleh satukan Dhiya dan Arsyad."

DIJAH
"Ohh, macam mana?"

Nina tersengih-sengih apabila idea dia muncul saat-saat ini. Dhiya pula hanya menggeleng kepalanya apabila melihat tingkah laku si Nina ini. Lalu, Nina menerangkan satu persatu idea bernasnya kepada Dhiya. Dhiya memberi tanda 'good' dengan idea Nina itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Bilik Dhiya habis berselerak semasa dia menyusun novel-novel di rak buku itu. Tiba-tiba, dia terjumpa semula diari Memoire dan gambar kelas 1 Kenanga yang diselit di dalam buku itu. Dia yang berada di dalam biliknya duduk termenung ketika melihat gambar kelasnya yang sedang dipegang erat. Matanya hanya tertumpu kepada orang yang berada di sebelahnya iaitu Arsyad.

Walaupun, ketika itu dia tidaklah mempunyai perasaan suka kepada Arsyad. Tetapi bagi Dhiya, dia berasa malu semasa Arsyad berdiri di sebelahnya. Mungkin kerana dia tidak biasa berdiri di sebelah budak lelaki yang sebaya dengannya. Semasa mereka semua sedang bersiap sedia di hadapan kamera, Dhiya mencuri-curi pandang ke arah Arsyad.

DHIYA
"Hmm, dia ni handsome tapi tulah jarang senyum." (bicara dalam hati)

CIKGU SALMAH
"Okay kelas, memandangkan dah nak dekat waktu rehat...cikgu bagilah kamu semua rehat awal."

Yeay!!! Semua pelajar bersorak gembira bila mendengarnya.

Setelah habis sesi bergambar, semua pelajar bergerak daripada posisi masing-masing. Dhiya bergegas pergi ke arah kawannya, tanpa sengaja dia terlanggar bahu Arsyad waktu itu.

DHIYA
"Oops, sorry..."

Dhiya cepat-cepat meminta maaf kerana perbuatan tidak sengajanya. Tetapi Arsyad membuat tidak endah dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.

DHIYA
"Hmph, dia ni blah macam tu je. At least senyumlah sikit."

ALIA
"Dhiya! Cepatlah..."

DHIYA
"Iya, aku datang ni"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience