Bab 26

Romance Series 2314

Dhiya
Lamanya Nina ngan Dijah ni...

Arsyad
Hah tu pun dorang.

Nina
Hai guys, hahaha sorry lambat.

Dhiya
Ramai orang ke kat toilet?

Nina
Tadi kitorang singgah kat kedai komputer, Dijah nak cari earphone baru.

Dhiya
Ohh.

Arsyad
Korang, lagi 10 minit sebelum start movie tu. Nak masuk sekarang ke?

Dhiya
Boleh jugak.

Dijah
Korang nak order makanan apa-apa tak? Nak popcorn ke? Aku belanja.

Nina
Wow, Dijah...aku nak popcorn. Hehehe.

Arsyad
Aku pun sama juga. Nak popcorn. Thanks, Dijah.

Dijah
Aku pun nak popcorn. Thanks Dijah.

Dijah
Alright aku pergi order jap. Kalau korang nak pergi dulu, pergilah.

Dhiya
Aku teman kau Dijah.

Nina
Kalau macam tu aku ngan Arsyad cari tempat kejap.

Dhiya
Okay.

Nina dan Arsyad terus menuju ke pintu masuk panggung wayang. Mereka mengeluarkan tiket dan berikan kepada pekerja di situ. Sementara itu, Dijah dan Dhiya sedang beratur ke kawasan membeli popcorn. Nasib baik kehadiran orang di situ tidak terlalu ramai.

Arsyad yang berjalan di hadapan Nina sedang mencari pintu masuk No.5. Lelaki itu berjalan perlahan-lahan sambil melihat sekeliling. Nina yang dari tadi memerhati Arsyad lalu menegurnya.

Nina
So, happy tak dapat confess dekat crush tadi?

Arsyad
Eh, jap. Kau nampak ke?

Nina
Aku nampaklah hahaha. Sweet je aku tengok.

Muka Arsyad menjadi merah apabila sepupunya, Nina ternampak kejadian tadi. Dia terus berjalan laju meninggalkan Nina.

Nina
Woi, lajunya jalan. Malulah tu.

Panggung wayang sudah mula di penuhi oleh ramai di tempat duduk. 'Movie' yang mereka ingin menonton adalah Jumanji Next Level. Semestinya ramai yang tidak sabar ingin melihat watak-watak dan babak yang kelakar dalam cerita itu. Dhiya dan Dijah pula baru sahaja tiba di dalam panggung itu. Mereka gigih mencari tempat duduk walaupun dalam keadaan gelap. Ketika sedang menyusup masuk di celah-celah tempat duduk, Dhiya tidak sangka orang disebelahnya rupa-rupanya Arsyad. Popcorn yang berada di tangannya terus edarkan kepada Arsyad dan Nina.

Tontonan itu dipenuhi dengan gelak tawa daripada penonton di dalam panggung itu. Lalu Arsyad menoleh sebelah kanan melihat Dhiya sedang seronok bergelak dan ketika itulah, Dhiya juga toleh pandangan di sebelah kirinya dan perasan yang Arsyad sedang leka melihatnya. Mata mereka terleka seketika melihat satu sama lain. Tiba- tiba, Dijah memanggil nama Dhiya.

Dijah
Dhiya, nanti habis movie ni...teman aku pergi toilet?

Dhiya
Okay.

Tidak lama itu, semua penonton bangun daripada tempat duduk apabila cerita itu sudah habis. Lampu di dalam panggung dibuka semula. Semasa Dhiya hendak turun tangga, Dijah menarik tangan Dhiya kerana sudah tidak tahan ke tandas.

Dijah
Dhiya, jom.

Dhiya
Hah jom. Kesian member.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience